Jika dulu dari kecil hingga dah meningkat besar ibu bapa tidak pernah berkira menjaga kita. Bila dah ada kehidupan sendiri, mampu untuk berbakti semula pada orang tua kita, ambillah kesempatan itu kerana kita tidak tahu sampai bila kita mampu berbakti pada mereka.
Malah, rezeki anak-anak yang menjaga ibu bapa ini juga tidak akan putus berkat doa dari orang tua dan orang yang datang ke rumah untuk menziarah. Itulah yang dirasai oleh penyanyi, Nora Ariffin semenjak dia memilih untuk menjaga ibunya.
“Alhamdulillah syukur pada Allah SWT, semenjak Ma tinggal dirumah bersama kami, rezeki tak pernah putus, ada saja anak menantu cucu, adik beradik,saudara mara jauh & dekat bertanya kabar dan datang berkunjung ziarah ma. Seronok sgt.
“Terima kasih buat semua ye sudi dtg jengok ma😍 Makanya kita sebagai anak, jgn sekali – kali merungut & terlalu berkira bab menjaga IBU. Harta lain boleh cari tapi ibu kandung hanya satu saja.” tulisnya.
Malah, pelantun lagu ‘Hanyalah Satu’ itu sempat memetik kata-kata daripada Ustaz Rushdi bahawa menjaga ibu ini besar pahala dan ada barakahnya, walaupun ada sukarnya tetapi sentiasa dipermudahkan.
Ads
Dalam perkongsian tersebut, Nora juga berterima kasih buat suami dan rakan-rakan yang membantu sepanjang ibunya ada di rumah.
“Terima kasih buat suami yg dikasihi kerana memberi izin, support saya menjaga ibu & tinggal bersama.
Ads
“Juga buat sahabat & jiran saya. Dato Khairul & eja sayang😍 @yayakitchen2020 , terima kasih kerana hampir tiap hari sedekah makanan pada kami.
“Juga kpd caretaker saya, terima kasih menyantuni ibu saya dgn baik. Allah saja yg membalas jasa baik kalian. Moga Allah memberkati hidup kita semua.” tambahnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata bersetuju dengan penulisan Nora dan ada yang berkongsi pengalaman sendiri menjaga orang tua mereka.
Bila anak mengamuk, mak ayah mulalah rasa tak keruan. Bertambah rasa tak keruan bila mana anak mula mengamuk serentak. Apa nak buat bila dalam situasi macam ni?
Puas dipujuk namun anak masih lagi berdegil. Nak biarkan atau macam mana? Jadikan perkongsian, OT Pn Aisyah Rozalli untuk anda mengatasi masalah ini.
BILA SEMUA ANAK MENGAMUK SERENTAK
Dan kita seorang diri uruskan, jom cuba lima strategi ini. Antara cabaran mak anak lebih dari seorang, adalah bila semua anak meragam serentak.
Anak saya 4 orang yang usianya selang 2 tahun. Jadi, saya faham. Cabaran itu, untuk diusahakan penyelesaiannya.
Jadi, saya nak ajak anda baca strategi ini, dan bincangkan. Adakah ianya possible untuk kita apply.
1. EMOSI BUKAN USAHA 1 HARI
Maksudnya, untuk mengelakkan keadaan mengamuk beramai-ramai dikalangan anak-anak kita, ianya adalah proses yang perlu berlaku SETIAP HARI. Terutamanya waktu anak tak mengamuk. Kenapa macam tu?
2️. NAK BELAJAR MASA TENANG
Kalau masa anak mengamuk tu lah kita nak ajar anak apa yang boleh, apa yang tak boleh, jangan bergaduh adik beradik, jangan berebut harta bagai, memang tak jalan.
Sebab. Masa tu, tahap keresahan anak dalam keadaan tinggi. Anak no.1, tak puas hati mama dia sokong adik. Anak no.2, tak puas hati mama dia asyik mengiyakan abang je. So, buat Social Story. Bincang dengan anak, masa waktu tenang.
Waktu kita tenang, anak tenang. Buat role play ke, main anak patung sambil cerita tentang sharing ke, berbuat baik sesama adik beradik, Allah sayang anak soleh.
3️. ADIL BUKAN BERMAKSUD SAMA
Memang. Kalau masa seorang anak mengamuk, kita terpaksa tinggalkan anak seorang lagi untuk uruskan anak yang mengamuk tu. Nanti, kita akan jadi resah.
Lagi pula anak seorang lagi tu jenis touchy-touchy kan. Rasa kesian bila terpaksa ketepikan dia untuk uruskan adik yang mengamuk. It’s okey, Mama Ayah! Adil tak bermaksud sama.
Adil bermaksud kita berikan apa yang diperlukan anak ketika itu. Anak yang mengamuk, perlu diberikan bantuan untuk tenang dahulu. Nanti, kita redeem balik dengan anak yang kita minta ketepi tadi.
4️. FAHAMKAN ANAK KONSEP SAYANG
Rajin-rajin cerita pada anak. “Kalau Husam tengah mengamuk, abang-abang semua duduk tepi dulu. Husam tengah tak boleh kawal rasa sedih/marah dia. Bagi mama tolong dia dulu ya”.
Dan cerita ini berlaku semasa semua anak tengah tenang. “Kalau Imdad rasa marah, ambil bantal dan jerit dalam tu, ya. Kalau kita pukul orang, nanti Mama sedih. Anak soleh sayang orang.”
Beritahu pada semua anak yang mereka saling sayang-menyayangi. Dan kita sayang semua sekali. Dan sebab sayang itu, kita perlu belajar beri ruang kalau ada adik-beradik (atau mama ayah juga) tengah sedih atau marah. Nanti, sampai waktu mengamuk tu, kita tinggal nak ingatkan semula apa yang kita pernah cerita tu.
5️. LATIH ANAK FAHAM MAKSUD EMOSI
Bila anak faham maksud emosi dan tindakan biasa manusia bila sedang beremosi, anak akan tahu apa yang dirasainya. Most of the time, anak mengamuk, tantrum sebab mereka tak faham perasaan besar yang mereka rasa. BIG EMOTIONS.
Jadi, bila kita selalu cerita, latih anak tentang emosi, nanti anak akan lebih mudah belajar mengawal emosinya, dan respon pada emosi orang lain.
ELAKKAN LABEL ORANG!
Kalau ternampak ada anak orang lain mengamuk tepi jalan, jangan pula beritahu anak kita
“Ish.. ish nakal anak orang tu mengamuk-ngamuk”. Kita nak POSITIVE REPONSE TOWARD BIG EMOTIONS. Bukan LET’S PUT A LABEL ON THE BIG EMOTIONS & PUNISH!
6️. RAJINLAH CAKAP “MAMA SAYANG AWAK”
Anak-anak yang ada ramai adik-beradik ni, mereka risau kalau mama atau ayah dah tak sayang mereka lagi. Sebab ramai yang perlu mama ayah sayang kan. Jadi, rajin-rajinlah panggil anak, peluk, cium pipi, dahi dan sebutlah:
“Mama saaaayang Thufayl ni. Dah lah baik, soleh, pandai, sayang adik-adik. Mama happy sangat dengan Thufayl”. Sila ganti dengan nama anak sendiri.
7️. IT IS OKEY TO SHOW YOUR EMOTION
Mama, kalau kita teremosi masa uruskan emosi anak kita, IT IS TOTALLY OKEY! Anak perlu faham yang kita juga punya rasa sedih, marah, kecewa, gembira dan lain-lain.
Anak perlu faham perasaan kita juga. Cuma, kerana kita ni dah besar, matang. Kita tunjukkan juga macam mana cara kita kawal emosi kita.
Kalau tertengking, beritahu kenapa, dan beritahu kita minta maaf. Dan kita harap sangat anak kita tak buat lagi. Supaya kita tak termarah macam tu lagi.
Kalau termenangis depan anak, beritahu kenapa, dan beritahu anak yang kita keletihan, dan kecewa bila anak-anak selalu bergaduh. Dan the best. Bila kita berjaya uruskan emosi kita dengan tenang, anak boleh belajar dari kita macam mana nak uruskan emosinya.
Dan ajak anak usaha sama-sama untuk saling sayang antara satu sama lain. BERI ROLE ANAK UNTUK FAHAM KITA JUGA. Baru anak boleh belajar empati.
Saya serius. Fahamkan anak tentang emosi. Akan sangat memudahkan perjalanan parenting kita. Semoga bermanfaat.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Setiap kali memuat naik kisah anak kesyangannya di media sosial, pasti ramai yang memberi respond. Malah, memang semua menantikan perkembangan terbaru bidadari kecil hasil perkongsian hidup Ahmad Safiuddin dan Nurul Erwani Zaidi.
Terbaru, Ahmad Safiuddin memuat naik beberapa keping gambar bayi berusia 14 bulan itu yang kelihatan comel memakai tudung berwarna ‘peach’. Sangat comel, rasa geram nak cubit-cubit pipi tu. Menurut Ahmad Safiuddin, tudung tersebut diberikan oleh seseorang untuk di kecil Ainul Mardhiah.
Ada hamba Allah swt beri hadiah tudung kepada ainul. Cuba pakaikan ainul, terasa macam mula walid versi perempuan pulak 😄
Gambar muka je dapat ambil sebab atas bertutup, bawah ” Open ” 😂.
Thank you @fieitacollectionkids beri ainul hadiah ini.
Sementara itu, ibunya Nurul Erwani turut teruja dengan hadiah yang diberikan itu.
Diuji dengan kehidupan yang mencabar dari satu masalah kepada masalah yang lainnya, bukan semua mampu melaluinya dengan tenang.
Pun begitu melalui kisah hidup seseorang ini yang dikongsikan oleh Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan, nyata jiwa dan semangat kental yang dimiliki oleh pesakitnya itu adalah wujud dari sokongan ahli keluarganya. Ini sekali gus menjadikan setiap ujian dapat ditempuh dengan tenang.
Semoga kita juga boleh ambil semangatnya untuk kita semua lebih tabah mendepani ujian yang mendatang di tahun 2021 yang cukup mencabar ini.
Ini perkongsiannya.
Di klinik, datang seorang brader ni. Masa masuk bilik konsultasi, nampak dia ceria sahaja. Datang pun hanya kerana nak ubat gatal-gatal.
“Gatal dekat mana?”
“Dekat sini, doktor,” katanya sambil singsing kedua-dua belah seluar hingga ke paras bawah lutut. Kemudian dia tunjuk kaki dia ada ruam dan kudis. Ada juga calar balar.
“Ni kena luka-luka ni?” soal saya ambil belek-belek kulit di kakinya.
“Ni? Kena masa banjir hari tu. Redah seluar apa semua. Nak selamatkan kambing.” kata dia.
“Bagus betul. Kambing pun awak tolong.”
“Itulah. Sebenarnya, itu je harta yang saya ada.” katanya.
Bermula di situ, dia buka kisah tentang dirinya. Semasa PKP pertama tempoh hari, dia kehilangan kerjanya. Bukan dibuang kerja, tetapi syarikat majikannya gulung tikar. Ada dapat pampasan sedikit.
Oleh kerana sukar dapat kerja, dia pun kumpul duit yang ada untuk beli beberapa ekor kambing untuk mulakan ternakan kambing di tanah pusaka bapanya. Mulanya, semua nampak OK. Namun, sepantas kilat, semua berubah.
Dia ingat 2020 dah mencabar. Hilang mata pencarian yang telah lama dikerjakannya. Terpaksa gadai semua yang ada nak jadi penternak dan pengusaha sayuran. Tiba-tiba datang pula 2021 membawa bah. Habis semua musnah.
Reban kambing roboh, kambing-kambing pula hanyut di bawa arus. Tak tahu apa nasib mereka. Kebun sayur pun dah tenggelam, dan selepas surut, ditimbus selut yang hingga tenggelam buku lali. Duit dah habis, harta musnah, tiada apa lagi yang tinggal untuk dia.
“Kecuali satu sahaja, doktor!”
“Apa dia?” tanya aku.
“Keluarga saya!”
Nampak senyuman di wajahnya.
“Itu adalah motivasi saya untuk terus berjuang. Selagi sihat, selagi tangan dan kaki ni boleh gerak, selagi tu saya usaha cari rezeki untuk dia orang.” kata dia lagi sambil kedua-dua tangannya dikepalkan.
Kental brader ni. Berdasarkan cerita dia tadi, boleh kata dia tinggal sehelai sepinggang, tapi dia kekal positif. Kekal bersemangat. Masih tak luntur jiwa juang dia tu walaupun PKP 2.0 baharu sahaja diumumkan. Demi kelangsungan hidup keluarga dia.
Saya yang masih ada simpanan, masih ada pekerjaan, ni pun sebenarnya dah rasa risau dengan keadaan kita pada masa ni. Dah goyang, kata orang. Saya tak tahu jika saya diuji dengan dugaan yang dihadapi oleh brader ni, bolehkah saya kekal optimistik macam dia.
Semoga brader ni dikurniakan kesihatan berpanjangan. Semoga kita semua dikurniakan kekuatan seperti dia ni. Semoga dugaan ini cepat-cepatlah berlalu.
Sumber : Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di