Tuah ayam nampak di kaki tuah manusia tiada siapa yang tahu. Tahniah diucapkan kepada penyanyi cilik Amir Sisi dan jurulatihnya Putera Muhammad yang telah diumumkan sebagai juara ‘The Chosen One’ musim pertama. Ini sekaligus turut melakar sejarahnya yang tersendiri sebagai anak Orang Asli pertama yang menjuarai pertandingan nyanyian bagi program realiti televisyen di Malaysia!
Dengan kemenangan ini, Amir membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM30,000, sebuah trofi berserta sebuah lagu single daripada Rocketfuel Entertainment.
Manakala, Putera Muhammad selaku Jurulatih Terbaik membawa pulang wang tunai sebanyak RM10,000.
Ads
Amir Sisi, Orang Asli suku kaum Temiar berusia 12 tahun yang berasal dari Pos Kemar, Gerik, Perak, berjaya menewaskan tiga lagi peserta lain yang bersaing di peringkat akhir iaitu Khalyn, 17 tahun, Erika Foo, 17 tahun dan Raja Dayana Umayma, 13 tahun.
Ads
Keunikan suara dan personalitI Amir yang bersahaja telah menyentuh hati ramai penonton. Malah kelunakan suaranya cukup luar biasa sehingga menjadi viral di media sosial memperkatakannya terutama di TikTok dengan jumlah tontonan sebanyak 150 juta.
Sementara itu dengan kejuaraan yang diraih oleh Amir, rata-rata warganet memberikan reaksi positif dan ramai juga yang turut berasa sebak apabila melihat ahli keluarga kanak-kanak tersebut menitiskan air mata sejurus keputusan diumumkan.
Weekend ni tak tahu nak bonding time di mana bersama famili? Apa kata sertai Projek Parenting Care 2023 dengan pelbagai aktiviti menarik serta hadiah lumayan sesuai untuk seisi keluarga! Ibu ayah boleh ikuti Bual Sihat & Selamat serta Carseat Talk dan anak-anak boleh join pertandingan mewarna.
Tanam sendiri sayuran di rumah banyak manfaatnya. Selain dapat makan hasil yang segar, ia juga membantu menjana pendapatan. Malah, kawasan rumah juga nampak cantik lebih-lebih lagi jika sayuran jenis kobis yang seakan-akan kelopak bunga. Dari jauh sudah nampak menarik.
Jika ibu-ibu rasa berminat nak tanam kobis, bolehlah cuba kaedah yang dikongsikan oleh Jaja Azman ini. Haritu saya share gambar kobis bulat, ramai yang tanya kaedah tanam / baja / tanah apa saya guna.
Di sini saya share step by step cara saya jaga kobis. Moga bermanfaat
cara menanam:
Step 1 : Saya tanam biji benih dalam peatmoss. Lepas dah tumbuh daun macam gambar di atas, saya pindah dalam mini polibag ni, terus guna cocopeat.
Kenapa kena tanam benih dalam peatmoss?
Peatmoss bantu utk hydratekan benih. In sha allah cepat bercambah.
Orang tanya saya, jual ke kobis dalam mini polibag tu? Kadang2 saya jual. Harga rm1-rm3 bergantung pada saiz.
Peatmoss berapa harga?
Rm6 satu pack.
Boleh semai 30 anak pokok.
Step 2 : Bila kobis dah besar macam ni, saya pindah ke dalam polibag saiz 16×16.
Saya guna midea cocopeat sepenuhnya.
Baja AB dua hari sekali.
Baja AB tu macam mana?
Baja AB ialah baja air.
Semua pokok ke boleh guna baja AB?
Ya. Pokok sayur semua sangat sesuai guna baja AB. So far apa yang saya pandang, baja AB ni sangat friendly.
Berapa harga?
RM8 je satu set.
Step 3 : Ni kobis saya lepas sebulan setengah kot. Dia dah besar , tapi belum tutup. Saya tenang je. Terus layan dia macam biasa.
Baja AB dua hari sekali.
Direct matahari.
Masig gunakan midea cocopeat.
Cocopeat berapa harga?
Satu guni rm15
Boleh dapat 4-5 bag polibag saiz 16×16
Step 4 : Tersusun cantik sangat kobis ni. masih belum tutup. Tapi daun makin besar. Its okayy. Take your time. Umi setia tunggu dia tutup bulat.
Baja 2 hari sekali.
Air saya lebihkan.
Step 5 : Bila rak tak muat dah nak letak, saya pindah dia ke tanah semula. Masih tanam dalam polibag 16×16 macam awal2. Waktu ni saya dah tukar midea tanaman.
Saya guna cocopeat + tanah.
Air saya lebihkan.
Baja maintain 2 hari sekali.
Kobis saya dah membulat bahagian dalam tu. Masa ni dah berusia 2
Step 6 : Kobis saya dah membulat. Nampak macam kecik kan? Tapi sebenarnya dia besar dan padat.
Step 7: Tuaian 8 biji kobis . Berat sekitar 900g – 1.2 kg. Syukur
Dalam pada semua insan bergembira ingin menyambut hari raya, kelihatan seorang nenek tua yang uzur masih lagi berniaga menjual tisu di ibu negara.
Kehadirannya di situ telah meraih perhatian seorang pemuda bernama Ariff Hanafiah yang dalam misi untuk ‘berkongsi’ rezeki kepada yang memerlukan.
Dalam pertemuan penuh emosi itu, peniaga berkenaan memaklumkan dia kini menetap di Kampung Baru, di sebuah rumah yang diberikan oleh seorang ustaz.
“Kampung kat Melaka. Rumah dah tak ada, tinggal rumah kosong je. Nenek duduk Kampung Baru. Kampung Baru tu pun ustaz yang bagi duduk sana.
“Nenek tak hari-hari (meniaga) tak boleh, kaki sakit. Naik bas kan. Kalau nenek tak sihat, tak datang. Nenek nak cari duit lebih sikit, nak beli makanan kucing,” ujar peniaga itu yang mengakui dia tinggal bersendirian dan tidak dijaga oleh sesiapa.
Dalam rancak perbual, Ariff sengaja mahu meminjam duit kepada nenek tersebut. Apa yang mengejutkan adalah reaksi nenek tersebut yang dengan pantas ingin mengeluarkan duit seperti yang ingin dipinjam oleh Ariff.
“Apabila orang dalam kesusahan, nenek tolong juga. Duit, rezeki, Allah yang turunkan pada hamba yang baik,” ujar peniaga itu dalam nada sebak.
Arif yang dalam misi eksperimen dan ingin berkongsi rezeki terus mengeluarkan sampul berisi duit kepada nenek tersebut.
“Sebab kita dah nak raya. Saya ada duit raya sikit untuk nenek. Ni ikhlas. Cuba nenek kira berapa kat dalam tu,” ujar pemuda itu.
Warga emas itu pada mulanya tidak mahu menerima pemberian berkenaan kerana nilainya yang banyak, namun Ariff tetap berkeras untuk bersedekah kepadanya.
“Banyak ni, nenek tak nak. Ya Allah, RM500. Alhamdulillah, ini dah lebih besar. Ya Allah, berikan kamu rahmat, dipanjangkan umur, dapat isteri dan anak soleh, keluarga bahagia sampai akhir hayat.
“Terima kasih. Moga Allah dapat balas kebaikan kamu. Selamat Hari Raya, maaf zahir batin” ujar nenek itu kepada Ariff sambil menangis teresak-esak.
Para netizen yang menonton video berkenaan rata-ratanya sebak dengan reaksi nenek tersebut. Walaupun susah namun tetap ingin membantu tanpa berkira.
Hidup ini ada kala terasa senang dan bahagia, sekali sekala didatangkan ujian yang terasa begitu perit dilalui.
Pun begitu dalam menempuh ujian dan dugaan, kita perlu faham kenapa adanya ujian. Andai tidak difahami dengan jelas, bimbang kita akan cepat putus asa, kecewa dan lebih sedih lagi bersangka buruk dengan Allah.
Tidak mahu terjadi begitu, perkongsian daripada seorang suami ini mungkin boleh dijadikan inspirasi bagi anda sekiranya saat dan ketika ini berdepan dengan ujian diberhentikan kerja.
Ini perkongsiannya.
Bila diberhentikan kerja, saya tahu ia adalah satu perasaan yang amat buruk.
Sudah hampir dua minggu saya tak datang kerja, tak lapor diri, tinggalkan kerja kerana masa tu isteri baru bersalin anak kedua, carah.
Saya dapat sms,
“Dimaklumkan bahawa staf bernama Muhammad Abu Hurairah Bin Roslan sudah di tamatkan perkhidmatan serta merta. Harap maklum”
Masa tu, saya dalam perjalanan naik komuter ke Kuala Lumpur mengajar nasyid. Masa tu memang saya ambil job mengajar nasyid di tadika untuk menampung anak isteri yang menumpang rumah abang ipar.
Down.
Satu persatu, rasa asa ini dipatahkan. Terdiam sahaja dalam perjalanan ke tempat mengajar.
Bermula lah perjalanan saya dalam menjadi suami dan lelaki realiti.
Satu hari, masa saya berjalan-jalan tiada arah di kotaraya, saya nampak ramai orang berkumpul. Oh, ada pertandingan gusti lengan. Hadiah dia lumayan. Saya nampak tempat ketiga saja sebab tahu saya tak kuat mana. RM300 hadiah dia. Sempena pembukaan Kedai komputer Dell.
Saya daftar yuran RM5 dan lawan.
Saya tak pasti dari mana kekuatan untuk sampai ke separuh akhir dan dapat tempat ketiga. Wang tunai RM300 dalam tangan. Cuma nak genggam duit tu tak boleh sebab tapak dan lengan bengkak melawan tadi.
Balik rumah beli semua barang dapur, pampers dan keperluan anak yang baru lahir.
Lepas subuh buka laman web cari kerja. Nampak iklan angkat perabot dan barang pindah rumah. Sehari boleh dapat RM80. Kalau buat kerja lebih masa InsyaAllah ada bonus. Balik dari kerja kaki luka tersepak kaca, tangan berbirat tersagat almari. Namun rasa tenang bila anak isteri dapat makan.
Tanya kawan, ada kerja boleh tolong tak. Alhamdulilah, dapat RM50 sekali tolong pun syukur dah. Walau pergi balik kerja naik turun bas. Alas perut air kosong dan roti.
Bawa van sekolah. Dari subuh hingga ke senja. Penat dan migrain silih berganti saja. Demi hanya untuk berusaha dan demi keluarga.
Kalian,
Hidup ini mengajar kita banyak perkara dalam menjadi lelaki dan suami.
Saat kita penat dan lelah, bangunlah di tengah malam dan bercakaplah dengan Allah. Berkeluh kesah lah denganNya.
Bila rasa tak mampu, peganglah Allah selalu.
Selalu minta anak isteri doakan kita tanpa jemu.
Bangunlah sebelum subuh kerana di situ ada ketenangan dan kekuatan yang beribu kali ganda untuk lelaki sepertimu.
Jangan memilih kerja. Buatlah apa saja. Tak perlu malu pada sesiapa.
InsyaAllah.
Peganglah janji Allah, bahawa setiap kesulitan itu akan ada kesenangan. Allah janji! Janji Allah itu pasti.
Jemputlah rezeki itu datang dengan percaya. Percaya pada Allah.