Anak perempuan adalah ibarat permata buat ibu dan ayah. Perlu dijaga dan disayangi sebaik-baiknya agar hidup anak-anak sempurna dan bahagia.
Merialisasikan impian, kita sebagai ibu ayah kenalah terlebih dahulu mendidik anak-anak perempuan ini dengan adab dan akhlak.
Selain itu, Dr Taufiq Razif turut kongsikan 5 perkara penting yang perlu diajar pada anak perempuan sebelum mereka masuk ke alam remaja.
Ajarkan 5 Perkara Ni Secepatnya Kepada Anak Perempuan Kita Sebelum Mereka Masuk Ke Alam Remaja
1. Ajarkan anak perempuan kita SIFAT MALU
– kerana sifat malu itu nanti akan menjadi benteng pertahanan maruah & harga diri mereka
2. Ajarkan anak perempuan kita BATAS AURAT mereka
Ads
– kerana batas aurat anak akan menjadi bebanan kita di akhirat nanti jika tidak dijaga dengan betul
3. Ajarkan anak perempuan kita tentang tanda & persiapan AKIL BALIGH mereka
– kerana anak kita perlu mempersiapkan diri secara mental, fizikal dan spiritual untuk melalui umur yang mana mereka ‘ditaklifkan’ segala syariat agama
Ads
4. Ajarkan anak perempuan kita KELEMBUTAN & KASIH SAYANG
– tunjukkan pada anak perempuan kita macam mana cara menyalurkan kasih sayang dengan cara yang betul & bagaimana untuk berlemah lembut terhadap orang yang mereka sayang kerana ianya adalah fitrah sebenar mereka
– ceritakan kepada mereka juga tentang kasih sayang Pencipta kepada mereka. Anak yang rasa disayangi akan mudah menyayangi
Ads
5. Ajarkan anak perempuan untuk MERASA CANTIK & BERHARGA DARIPADA DALAMAN
– Penting untuk anak perempuan kita merasakan bahawa mereka cantik secara dalaman supaya mereka tidak haus pujian daripada orang luar
– itulah kenapa mak ayah juga perlu maniskan mulut kita dengan pujian dan kata kata penghargaan terutamanya kepada anak perempuan
– Ingat, jiwa anak perempuan tersangat lah sensitif, lembut dan rapuh kerana mereka dicipta untuk dibimbing, dilindungi dan disayangi
sumber : Taufiq Razif
Abi Maryam Soolihah & Aesya Soolihah
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ibu mana yang tidak gembira apabila mempunyai anak rajin dan membantu menguruskan rumahtangga.
Jika anak-anak ketika remaja asyik dengan gajet dengan pelbagai aplikasi hiburan, anak puan Qisha Qaisara Adishahputra sebaliknya ringan tulang membantunya.
Katanya anaknya Princess Eysha walaupun baru berusia 11 tahun pandai menguruskan bayi baru lahir dan membersihkan rumah.
Membiasakan anaknya membantu sejak empat tahun lagi memberikan kelebihan kepada anaknya tidak kekok untuk membantunya ketika berpantang dalam PKP.
Jelas, jika didikan awal sejak kecil, dapat membantu kita menguruskan rumahtangga.
Ikuti lanjut perkongsian beliau.
TIDAK KEKOK TOLONG IBU
Selama 9 hari mmy pantang yg uruskan rumah n uruskan adik adik n uruskan mmy kakak Princess Eysha.. Walaupun umur kakak baru 11 tahun..
Mmy sgt bertuah adnya kakak hilang sakit mmy masa bersalin kan kakak.. Kalau takda kakak macam mana lah mmy agak nya..berpatang dalam pkp ni.. Dgn rumah semua setiap pagi kakak kemas setiap pagi kakak mop..
Suapkan nasi untuk adik jaga kan beby bila mmy mandi.. Rebuskan air untuk mandian herba untuk mmy.. Macam x percaya kakak buat semua ni mmy menangis sbb terharu… Masa mmy umur sebaya kakak semua bnda ni mmy x tahu nk buat lagi.. Sterez mmy hilang bila tgk rumah sebersih ni.. Tandas atas bawah semua kakak cuci..
Kalau rumah ni kecik macam rumah lama mmy x kisah sgt ni rumah ni besar kakak.. Kakak buat sorg sorg.. Sofa 3 kali seminggu kakak lap.. Takut habis berhabukk.. ya allah aku bersyukur kau hadir kan zuriat sebaik ini.. Yg mana selalu bersama kakak akan tahu macam mna perangai kakak eysha..rajin nya x boleh bawa bincangAlhamdulillah tq juga ddy pantang mmy cakap sakit situ sini terus sediakan ubat kecut kan rahim.
Ya allah kau hadirkan ank ank gn suami yg sgt memahami aku.. Mmy dalam pantang anak anak n suami layan macam permaisuri sudah
Siapa sahaja yang tidak berasa geli apabila ternampak cicak yang tiba-tiba menempel di dinding rumah! Lebih malang lagi apabila tiba-tiba jatuh dari syiling rumah. Mahu ada yang terpekik satu rumah!
Kehadiran cicak ini menggangu sehingga ada yang sanggup memasang perangkap untuk hapus kaloni ini.
Jika dahulu biasanya kita guna gam kasut atau gam gajah yang menjadi pilihan perangkap cicak. Kini ada cara yang mudah dan murah.
Menerusi perkongsian oleh Muhammad Sanusi ada penyelesiannya yang boleh jadi panduan.
Beliau hanya menggunakan tip mudah dan murah iaitu hanya kotak & double sided tape. Kos anggaran hanya RM2.00 ajer.
Hanya guna kotak & double sided tape.
Semalam jadi tukang tangkap cicak. Boring-boring lockdown, kita DIY perangkap cicak drpd kotak & double sided tape.
Ini caranya:
Bahan & alat; keratan kotak & double sided tape saiz lebar, gunting Umpan: nasi & cebisan ikan bilis (ada cadangan umpan yg lebih efektif utk cicak?) Kos: lebih kurang RM2. Letak perangkap di lokasi yg biasa jadi tempat cicak berkeliaran. Hasil tangkapan dalam 2 gambar terakhir.
Potong kotak ikut size yg sesuai & mudah nak letak di lokasi
Double sided tape lagi lebar lagi bagus. Beli kat Mrdiy murah.. RM2 lebih
Dapat siapkan 8 set
Umpan nasi & ikan bilis. Lepas ni nak try ikan masin pulak.
Nak Anak Lebih Prihatin & Peduli Kesusahan Orang, Rupanya Begini Ibu Ayah Boleh Buat Dengan Mudah!
Melentur buluh biarlah dari rebungnya, begitu indah peribahasa Melayu yang membawa maksud perihal dalam mendidik anak-anak tentang sesuatu perbuatan baik biarlah dibiasakan sejak mereka sedari kecil lagi.
Bahkan sebagai ibu bapa sudah menjadi tanggungjawab untuk mendidik dengan ilmu dan perkara kebaikan. Maklumlah anak-anak itu diibaratkan seperti kain putih dan kitalah ibu ayah yang akan mencorakkannya.
Peribahasa juga ada menyebut, bagaimana acuan begitulah kuihnya. Lantaran itu sebagai ibu bapa janganlah pula kita menjadi seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus dengan meminta anak-anak menunjukkan contoh yang baik sedangkan diri sendiri tidak menunjukkan teladan terbaik.
Jadi apa kata, bersempena tahun baru ini kita seisi keluarga berusaha untuk sama-sama menjadi lebih baik melalui penglibatan membantu orang yang memerlukan agar kita seisi keluarga lebih mendalami erti bersyukur dengan apa yang dimiliki hari ini.
Bersama Lakukan Aktiviti Bermakna
Menyentuh tentang aktiviti yang boleh dilakukan bersama-sama untuk membawa ke arah kebaikan adalah antaranya menanamkan sifat suka menabung di kalangan anak-anak. Fahamkan juga pada mereka dengan menabung bukan semata-mata untuk hidup senang ataupun kaya pada masa hadapan.
Bahkan dengan duit tabungan tersebut dapat dijadikan sebagai satu cara untuk membantu orang lain yang dalam kesusahan dengan menderma kepada orang perseorangan atau melalui pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan seumpamanya.
Pastinya kaedah ini cukup menyeronokkan anak-anak dan memberi inspirasi dan motivasi kerana usaha menyimpan wang bukan sahaja untuk kegunaan sendiri bahkan sebahagiannya dapat pula digunakan untuk berbakti.
Pendedahan yang diberikan oleh ibu ayah kepada anak-anak dalam penglibatan menyalurkan bantuan untuk insan yang memerlukan, secara tidak langsung dapat memupuk sifat prihatin dan peduli dengan orang yang dalam kesusahan.
Memberi lebih pengalaman bermakna kepada seisi keluarga, sebenarnya banyak lagi aktiviti lain yang boleh anda lakukan bersama antaranya adalah :-
Aktiviti yang satu ini jika dilakukan nampak bersahaja namun memberi kesan baik untuk elakkan pembaziran dan mudah pula untuk dipraktikkan. Lain tidak bukan adalah mengumpulkan pakaian lama yang masih elok untuk disedekahkan kepada yang memerlukan.
Caranya, setiap anak diberi tanggungjawab untuk mengasingkan pakaian mereka untuk dikumpulkan dan seterusnya diberikan kepada pusat pengumpulan baju terpakai atau pihak NGO. Yakinkan pada anak-anak, meskipun sumbangan ini dilihat kecil, namun ianya akan dapat membantu mereka yang memerlukan.
Jangan lepaskan peluang mendidik anak-anak untuk bersedekah bermula di rumah dengan mewujudkan tabung sedekah subuh.
Kaedah yang anda boleh buat adalah meminta anak-anak memasukkan sendiri wang ke dalam tabung setiap kali usai solat Subuh. Bukan nilai wang yang ditekankan, tapi disiplin untuk bersedekah itu dijadikan keutamaan.
Apabila tiba hujung bulan, itulah masa yang ditunggu-tunggu oleh anak-anak untuk mengetahui berapa jumlah wang yang terkumpul untuk disedekahkan. Melihat keterujaan anak-anak mengetahui jumlah wang terkumpul, sekali gus membuatkan kita juga turut rasa bahagia.
Anak-anak memang suka mendengar kisah dan cerita daripada ibu bapa. Jadi ambil peluang ini untuk memberi kesedaran kepada anak-anak bahawa di luar sana ramai orang yang susah, hidup dalam kebuluran dan serba kekurangan hingga memerlukan bantuan daripada kita semua.
Umpamanya berkongsi kisah derita kanak-kanak di Palestin ekoran menjadi mangsa peperangan yang menyebabkan kanak-kanak tidak dapat bermain dan makan secukupnya. Cerita sebegini mampu menyuburkan emosi dan menanamkan sifat prihatin dan berkasih sayang dalam diri anak-anak untuk lebih terbuka dan bersedia untuk membantu tanpa mengira waktu.
Sebagai sedia maklum, saban tahun setiap hujung tahun ada sahaja isu banjir berlaku dan kerja-kerja membersihkan kediaman oleh mangsa banjir boleh dilakukan sehari dua. Apatah lagi kepada warga emas dengan kudratnya yang terbatas, pasti sukar untuk dilakukan tanpa adanya pertolongan daripada orang lain.
Prihatin dengan itu, ada baiknya kita seisi keluarga mendaftar sebagai ahli sukarelawan di bawah mana-mana NGO dan sekali gus dapat bergerak bersama-sama dalam menjayakan pelbagai misi bantuan dengan menyumbang tenaga untuk membersihkan rumah mangsa banjir, cuci pakaian yang telah kotor terkena lumpur dan sebagainya.
Melakukan perkara-perkara ini secara bergotong royong pasti akan menjadi antara momen bermakna buat kita seisi keluarga.
Kenali Pertubuhan Peduli Insan Malaysia
Diakui di negara kita begitu banyak pihak NGO yang bergerak aktif, tidak terbilang jumlahnya. Hal ini mungkin membuatkan ibu ayah bingung untuk membuat pilihan. Apatah lagi bila terbaca kes-kes bantuan yang disalurkan tidak sampai kepada penerima.
Jadi apa kata anda sekeluarga kenali terlebih dahulu berkenaan Pertubuhan Peduli Insan Malaysia yang diasaskan oleh Encik Mohd Luqmanulhakim Mohd Redzuan yang mula didaftarkan pada tahun 2012.
Mengenal lanjut berkenaan Pertubuhan Peduli Insan Malaysia ini, ia adalah sebuah pertubuhan amal yang mensasarkan bantuan melangkaui sempadan yang tidak terhad kepada satu negara sahaja. Peduli insan ditubuhkan atas dasar ihsan demi insan bermula dengan isu kemanusiaan yang berlaku di Syria.
Namun, sejajar dengan visi peduli insan; menjadi badan kebajikan yang terpenting di dalam menangani isu kemanusiaan melangkau sempadan, peduli insan kini komited dalam memberikan usaha yang terbaik dalam misi bantuan di dalam negara mahu pun di Syria, Palestin dan Yaman.
Melihat usaha murni ini, tentu sahaja anak-anak akan berasa bangga kerana turut sama terlibat menyempurnakan misi bantuan hingga ke serata dunia!
Ekoran daripada itu, ayuh sertai Skuad Ihsan yang merupakan sebuah pasukan sukarelawan yang bernaung di bawah Pertubuhan Peduli Insan Malaysia. Ia ditubuhkan dengan tujuan mengumpulkan sukarelawan dari seluruh Malaysia untuk menjadi penggerak dalam aktiviti-aktiviti bantuan dan kemanusiaan.
Fakta Menarik
Benarlah kata orang kalau tak kenal maka tak cinta. Jadi bila sudah tahu serba sedikit latar belakang pertubuhan ini barulah terasa dekat di hati. Jadi mudahlah untuk anda terus berhubung dengan yang berkenaan bagi sama-sama menyempurnakan misi dalam menyalurkan bantuan.
Untuk anda yang ingin tahu maklumat lanjut, sila lawati laman sesawang www.peduliinsan.org atau boleh juga dapatkan info dan aktiviti terkini yang dilakukan oleh Pertubuhan Peduli Insan di facebook Pertubuhan peduli insan Malaysia dan Pertubuhan peduli insan malaysia – wilayah utara.
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.