Sekolah bukan sahaja sebagai tempat anak-anak kita belajar akademik semata-mata, malah di sekolah ini jugalah anak-anak kita dapat belajar pelbagai kemahiran melalui pelbagai kelab atau pertubuhan yang ada di sekolah.

Antara yang kini kian popular mendapat tempat di hati anak-anak malah ibu bapa turut teruja untuk daftarkan keahlian di dalam kelab seni mempertahankan diri. Ini lain tidak bukan adalah impak positif daripada filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan.

Berkongsi cerita dan pengalaman dari kaca mata seorang guru, berkenaan pembabitan anak-anak murid di dalam seni mempertahankan diri di sekolah, nyata Cikgu Mohd Zuraidi Komari ada kisahnya yang tersendiri.

Beliau merupakan Penolong Kanan HEM, SK Bukit kemuning 2 dan juga merupakan penerima Sandang Kehormat, Bintang Mahkota Pelangi, PSSGMK Negeri Selangor. Semoga perkongsian ini dapat memberi input untuk kita semua berkenaan silat sebagai seni bela diri yang wajar dipelajari oleh anak-anak kita.

Sebelum Daftar Anak Belajar Silat, Cikgu Silat Ni Pesan Check Dulu Kriteria Ni!

Bila diajukan soalan berkenaan kenapa memilih sukan silat dijadikan kemahiran seni mempertahankan diri yang perlu dipelajari oleh anak-anak di SK Bukit Kemuning 2 , ini jawabnya.

“Silat merupakan salah satu seni mempertahankan diri yang telah wujud sekian lama di peringkat sekolah. Belajar ilmu silat dapat membentuk pertahanan diri, meningkatkan keyakinan diri, jati diri, mendisiplinkan diri, cabar kemampuan diri, baik untuk kesihatan, kecergasan dan mewarisi silat ke generasi akan datang.

“Ibu bapa perlu istiqamah dalam memastikan kehadiran anak-anak ke sesi latihan setiap minggu. Kehadiran ibu bapa bersama anak-anak semasa latihan dapat memberikan sokongan, dorongan dan galakan.

“Andai berkemampuan, belikan set pakaian silat agar semangat anak-anak lebih dirasai aura pendekar atau pahlawan. Beri galakan kepada anak-anak untuk sertai pertandingan atau kejohanan pencak silat bagi acara silat seni, tempur atau olahraga agar anak-anak dapat menguji tahap kemampuan diri dan mempraktikkan ilmu silat yang telah dipelajari.

“Kini, silat diperkatakan dipelbagai medium sosial oleh semua generasi malah menjadi ikutan anak-anak muda dengan memakai busana melayu bertanjak jika sebelum ini, tidak begitu menggalakkan dan jarang sekali silat ini ditularkan,” terangnya panjang lebar.

Mengimbas kembali di awal-awal penerimaan pelajar dengan Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Kebangsaan (PSSGMK) di Gelanggang SK Bukit Kemuning 2, difahamkan hanya 60 keahlian sahaja diterima.

Namun siapa sangka kini seramai 300 orang ahli berjaya menguasai ilmu persilatan dan jumlah  pendaftaran ahli baharu sentiasa bertambah dari minggu ke minggu.

Sebelum Daftar Anak Belajar Silat, Cikgu Silat Ni Pesan Check Dulu Kriteria Ni!

Guru Besar Padu Menyokong

Setiap perancangan untuk memajukan dan mempromosikan keahlian pelajar tentunya tidak mampu digerakkan tanpa adanya ‘orang kuat’ yang berkerja keras dalam memastikan sukan silat di sekolah terus mendapat tempat di hati pelajar-pelajarnya.

“Usaha memastikan Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Kebangsaan (PSSGMK), Gelanggang SK Bukit Kemuning 2  dapat dilaksanakan dengan cemerlang perlu sokongan penuh barisan pentadbir sekolah diketuai Cikgu Hamidi Bin Shariff, Guru Besar SK Bukit Kemuning 2 dan Pn Nor Hasmah Bt Md Isa, PK Kokurikulum.

“Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Bukit Kemuning 2 juga sentiasa memberikan sokongan dan tajaan bagi memastikan segala fasiliti dan kelengkapan latihan pesilat mencukupi.

“Kerja keras barisan gurulatih juga menjadi nadi kebangkitan kejayaan demi kejayaan pesilat di gelanggang SK Bukit Kemuning 2 yang diketuai imam gelanggang iaitu Cikgu Azizur Rafiz. Barisan gurulatih yang sentiasa menyokong penuh usaha memartabatkan silat ini antaranya Ustaz Amri, Cikgu Zakfuan Shahril, Cikgu Ahmad Puad, Cikgu Norman Effendi, Cikgu Zulfarid, Cikgu Hawary Solihin dan barisan gurulatih jemputan.

IKLAN

Sebelum Daftar Anak Belajar Silat, Cikgu Silat Ni Pesan Check Dulu Kriteria Ni!

“Cikgu Mohd Zuraidi Bin Komari, Penolong Kanan HEM juga adalah salah seorang penasihat gelanggang dan merupakan penerima Sandang Kehormat, Bintang Mahkota Pelangi atas usaha membangunkan dan memartabatkan Pertubuhan Silat Gayong Malaysia Kebangsaan (PSSGMK) Negeri Selangor,” ujarnya lagi.

Pencapaian dan kejayaan yang telah dicapai oleh Pertubuhan Silat Gayong Malaysia Kebangsaan (PSSGMK) Gelanggang SK Bukit Kemuning 2

-JOHAN KESELURUHAN Kejuaraan Sirkit 1 Sekolah 1 Silat Peringkat DAERAH KLANG 2022

-JOHAN Silat Seni Solo Kreatif Bawah 12 tahun (Lelaki) Kejuaraan Sirkit 1 Sekolah 1 Silat Peringkat DAERAH KLANG 2022

-JOHAN Silat Seni Solo Kreatif Bawah 12 tahun (Perempuan) Kejuaraan Sirkit 1 Sekolah 1 Silat Peringkat DAERAH KLANG 2022

-NAIB JOHAN Silat Seni Solo Kreatif Bawah 12 tahun (Perempuan) Kejuaraan Sirkit 1 Sekolah 1 Silat Peringkat DAERAH KLANG 2022

-JOHAN Silat Olahraga Kelas A Bawah 12 tahun (Lelaki) Kejuaraan Sirkit 1 Sekolah 1 Silat Peringkat DAERAH KLANG 2022

-JOHAN Silat Olahraga Kelas C Bawah 12 tahun (Lelaki) Kejuaraan Sirkit 1 Sekolah 1 Silat Peringkat DAERAH KLANG 2022

-JOHAN Silat Olahraga Kelas E Bawah 12 tahun (Lelaki) Kejuaraan Sirkit 1 Sekolah 1 Silat Peringkat DAERAH KLANG 2022

-JOHAN Silat Olahraga Kelas B Bawah 12 tahun (Perempuan) Kejuaraan Sirkit 1 Sekolah 1 Silat Peringkat DAERAH KLANG 2022

-JOHAN Silat Seni Solo Kreatif Bawah 12 tahun (Lelaki) Kejuaraan Sirkit 1 Sekolah 1 Silat Peringkat NEGERI SELANGOR 2022

-KETIGA Silat Seni Solo Kreatif Bawah 12 tahun (Perempuan) Kejuaraan Sirkit 1 Sekolah 1 Silat Peringkat NEGERI SELANGOR 2022

-NAIB JOHAN Silat Tempur Bawah 12 tahun (Lelaki) Kejuaraan Sirkit 1 Sekolah 1 Silat Peringkat NEGERI SELANGOR 2021

IKLAN

-JOHAN Silat Tempur Bawah 12 tahun (Perempuan) Kejuaraan Sirkit 1 Sekolah 1 Silat Peringkat NEGERI SELANGOR 2021

-JOHAN Silat Seni Solo Kreatif Bawah 12 tahun (Perempuan) Kejuaraan Sirkit 1 Sekolah 1 Silat NEGERI SELANGOR 2021

-NAIB JOHAN Silat Seni Solo Kreatif Bawah 12 tahun (Perempuan) Kejuaraan Sirkit 1 Sekolah 1 Silat PERINGKAT KEBANGSAAN 2021

Sebelum Daftar Anak Belajar Silat, Cikgu Silat Ni Pesan Check Dulu Kriteria Ni!

Melihat kejayaan demi kejayaan yang dicipta, tentunya ada yang tertanya-tanya bagaimana andai anak-anak berminat untuk menyertainya dan ini antara kriteria yang diperlukan.

1.Murid perlu ada keinginan, kesungguhan dan minat untuk belajar. Semangat, keberanian dan keyakinan pesilat boleh dibentuk semasa latihan yang diadakan setiap minggu dengan pelbagai teknik latihan dan kemahiran.

2.Kesihatan pesilat juga perlu diambil kira bagi memastikan segala aktiviti dapat diikuti dengan baik dan selamat.

3.Pesilat perlu mendapat kebenaran ibu bapa kerana aktiviti yang dijalankan semasa latihan melibatkan pergerakan fizikal, sentuhan dan aktiviti yang lasak.

4.Pesilat juga perlu mengikut arahan dan berdisiplin semasa latihan agar pemahaman dan fokus pesilat semasa latihan dapat dipertingkatkan dan dapat mengelak perkara yang tidak diingini berlaku seperti kecederaan.

Harapan & Perancangan Masa Depan 

Harapan saya, usaha ini perlu dilakukan bersama semua pihak. Semua pihak perlu berganding bahu bagi memastikan warisan silat ini terus dimartabatkan agar tidak hilang dek zaman.

Pihak sekolah akan memberi sokongan penuh kepada semua usaha yang memberi impak kepada kemenjadian murid untuk menjadi murid yang berbeza, cerdas dan berdikari. Persatuan Ibu bapa dan guru (PIBG) dan komuniti juga turut memberi sokongan berterusan dalam memastikan usaha ini memberi impak yang besar kepada masyarakat khususnya murid-murid di SK Bukit Kemuning 2.

IKLAN

Latihan silat yang diadakan setiap minggu akan dilaksanakan dengan mempelbagaikan latihan serta pesilat turut didedahkan acara silat tanding & silat seni agar semua pesilat mempunyai kecenderungan menyertai kejohanan silat yang diadakan diperingkat daerah, negeri dan kebangsaan.

Kami juga turut merancang menganjurkan Kejuaraan Silat di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Kami juga sedang melatih pelapis pesilat remaja untuk membimbing pesilat muda agar pesilat remaja ini menjadi sumber inspirasi dan idola kepada pesilat muda untuk mencapai kejayaan yang lebih tinggi.

Kami juga turut bercadang menganjurkan Himpunan dan Kem Pendekar Muda dengan pelbagai perkongsian, pendekatan dan pendedahan bagi memberi motivasi dan inspirasi agar pesilat muda ini mampu meneruskan usaha memartabatkan warisan silat ini untuk diwarisi zaman berzaman dan mempunyai matlamat jelas dalam mengembangkan seni warisan ini.

ARTIKEL MENARIK :“Subhanallah Suara Yang Hari-hari Dengar Di Tv..”-Inilah Pemilik Suara Bacaan Doa Azan!

Baca Ini Juga :“Bagus Didikan Suaminya..”- Minah Salleh Lebih Melayu, Tabah Diuji Suami Stroke!

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

Sebelum Daftar Anak Belajar Silat, Cikgu Silat Ni Pesan Check Dulu Kriteria Ni!

Jika berminat boleh juga sertai event lawatan ke Escape secara virtual pada 6 Ogos ini. Bukan itu sahaja, malah banyak lagi aktiviti menarik menanti anda. Jadi jangan lepaskan peluang segera hubungi nombor yang terdapat di dalam poster di bawah atau klik DI SINI

Sebelum Daftar Anak Belajar Silat, Cikgu Silat Ni Pesan Check Dulu Kriteria Ni!

 

 

 

 

 

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI