Rindu, itulah perasaanya bila kita terpaksa berjauhan dengan anak-anak dan pasangan. Andai sehari dua, mungkin dapatlah kita pendam seketika namun jika berminggu-minggu apatah lagi berbulan-bulan lamanya tentu terasa sukar jadinya.
Lantaran itu, kalau boleh akan diusahakan untuk pastikan anak-anak dan pasangan sentiasa ada di sisi.
Begitu jugalah yang telah diputuskan oleh pelakon Alif atau nama sebenarnya Muhammad Alif Mohd Satar, 32 membawa isteri dan anak-anak menetap di Langkawi selama sebulan bagi menjayakan filem Pulau.
Difahamkan dia tidak mahu berjauhan dengan keluarganya dan sekali gus membawa seisi keluarga menemaninya di pulau peranginan tersebut.
Ads
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
“Bila pengarah telefon dan beritahu ada cerita seram tajuk Pulau dan Alif bersyukurlah sebab ada job. Tetapi dia cakap penggambaran di Langkawi selama sebulan.
“Akhirnya saya buat keputusan untuk ajak sekali isteri dengan anak-anak duduk di Langkawi sepanjang saya lakukan penggambaran,” katanya.
Ads
Dikatakan filem tersebut akan ditayangkan di pawagam pada Mac nanti, dengan menampilkan bintang popular yang lainnya seperti Amelia Henderson, Alexander Henderson, Wan Hanafi Su, Ms Puiyi dan ramai lagi.
Siapa yang tak sedih bila ahli keluarga terutamanya ibu yang melahirkan sedang sakit, sementara kita sebagai anak yang sepatutnya menjaga mereka terikat dengan kerja. Itulah dihadapi oleh penyanyi Khai Bahar yang sempat menitiskan air matanya ketika temu bual bersama pihak Melodi, baru-baru ini.
Di sebalik wajah yang ceria, pelantun suara ‘Luluh’ ini rupanya menyimpan pelbagai rasa di dalam hati.
Menurut Khai, keadaan kesihatan ibunya semakin merosot ekoran masalah buah pinggang yang dihidapi. Bukan itu sahaja, Khai berkata ibunya sekarang dimasukkan ke hospital kerana mengalami sesak nafas dan paru-paru berair.
“Ibu umur 61 tahun. Keadaaan dia semakin merosot sekarang ni. Buah pinggang dia dah stage terakhir. Saya terkilan sebab sibuk kerja. Sekarang pula dapat tahu dia masuk wad. Sesak nafas. Keadaan dia semakin teruk. Paru-paru semua masuk air. Memang cabaran buat saya. Jadi saya malas nak layan isu yang tak penting sekarang ni. Fokus kepada ibu yang kurang sihat.
“Saya mampu berdoa. Dia mengharapkan semua anak-anaknya datang melihat dia. Mak nak perhatian daripada anak-anak. Jadi kalau ada peluang balik, kami akan balik. Saya kalau ada masalah memang tak akan kongsi dekat semua terutama secara umum. Kadang bila nak kongsi masalah kita, sesetengah orang faham dan sesetengah lagi tak faham.” katanya.
Ujar Khai lagi, dia akan cuba untuk pulang ke kampung sekiranya ada masa terluang. Tambah Khai, dia mahu membuatkan ibunya gembira selagi diberi peluang.
“Saya susah hati sekarang. Saya bulan ni memang busy sebab dah lock semua kerja. Ianya melibatkan ramai orang. Saya tahu limit nak menanggung beban. Saya cuma nak mak saya sihat. Tapi keadaan dia semakin hari semakin tidak baik. Bila nak balik Perlis saya kena tengok jadual. Kadang bila balik ada dugaan macam baru ini kereta rosak,”tambahnya.
Di akhir perkongsian, Khai berkata dia berdebar setiap kali menerima kiriman Whatsapp daripada keluarga.
“Mak takut setiap kali nak pergi hospital. Dialisis seminggu tigak kali. Nak buat dia pergi hospital kena telefon dan pujuk. Kalau tak dia ingat-ingat lupa. Pesakit buah pinggang ni time dia okay dia akan okay. Kalau semua anak ada dan pujuk, dia akan pergi,” jelasnya.
Dalam pada itu, memetik laporan Berita Harian, ditanya mengapa tidak dibawa ibu menjalani rawatan di Kuala Lumpur, Khai berkata, keluarga memutuskan agar ibu dirawat di Perlis.
“Sebelum ini, saya pernah bawa emak ke sini dan berjumpa pakar. Doktor minta putuskan sama ada hendak teruskan rawatan di Kuala Lumpur atau di Perlis.
“Keluarga saya putuskan emak dirawat di Perlis kerana ahli keluarga saya ramai menetap di sini. Saya ada 10 adik beradik yang menetap di Perlis.
“Lagipun, pusat dialisis dekat dengan rumah. Kalau di Kuala Lumpur, mungkin jauh dengan rumah saya.
“Jadi, di kampung lebih baik… Takut juga emak rimas di sini,” katanya yang memuat naik foto dirinya memegang tangan ibu di Instagram Story (IGs) bagi berkongsi keadaan kesihatan insan tersayang itu.
Sumber: Melodi, Berita Harian
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Umum mengetahui anak selebriti terkenal Wawa Zainal dan Aeril Zafril mengalami masalah gigi rosak. Bermula dengan anak sulungnya, Ahmad Fakhruddin Attar, sehingga lah kepada anak keduanya, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa.
Namun, masalah tersebut nampaknya sudah diatasi apabila anak kedua, Hayla sudah dipakaikan gigi palsu.
Hayla yang kini berusia enam tahun dilaporkan melakukan prosedur pemasangan gigi palsu baru-baru ini. Kisah tersebut dimuat naik oleh Wawa menerusi laman insgtagramnya.
Wawa berkongsi video ketika anaknya sedang melalui prosedur berkenaan.
“‘Akhirnya impian Hayla menjadi kenyataan. Cantik tak Hayla ada gigi? Untuk Hayla saya buatkan crown dan gigi palsu macam orang tua ni ha apa ntah nama dia.
“Hayla ditidurkan masa operate buang gigi dan alhamdulillah selepas bangun tiada rasa sakit pun,”tulis Wawa dikapsyennya.
Dalam pada itu, Wawa menasihati ibu bapa lain yang mempunyai anak mengalami masalah gigi rosak supaya tidak sedih dengan situasi tersebut.
Mengakui kesilapan diri kerana lambat mendapatkan rawatan gigi untuk anak-anaknya, Wawa bagaimanapun berkata tidak pernah miss memastikan anak-anak memberus gigi dua kali sehari.
“Anda yang ada anak gigi rosak jangan rasa down. Saya pun habis kena tuduh tak pandai jaga gigi anak.
“Padahal mereka gosok gigi dua kali sehari, cuma silapnya lambat jumpa doktor gigi sahaja.
“Dalam pada itu, Wawa memberitahu anak sulungnya Attar tidak dapat melakukan prosedur seperti adiknya Hayla kerana sudah berusia 8 tahun.
“Macam Attar, saya tak pasang gigi kerana dia pun dah lapan tahun, jadi biar gigi tumbuh sendiri. Hanya buang gigi yang rosak sahaja,”kata Wawa lagi.
Wawa dan Aeril sebelum ini dikecam gara-gara gigi anak-anak mereka yang dikatakan bermasalah.
Untuk rekod, Wawa dan aeril berkahwin pada tahun 2013 dan hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata. Selaian Attar dan Hayla, anak ketiga pasangan ini bernama Aya Soffya.