Sedap Likat Persis Minuman Berjenama, 5 Bahan Ni Kena Ada, Sedap Tak Terkata!

Share

Selepas beraya pasti kita teruja untuk mencuba pelbagai jenis makanan. Minum petang sambil menghirup secawan minuman panas atau sejuk antara rutin yang dirindukan setiap hari.

Sambil menonton bola di malam hari apa kata anda sediakan secawan minuman panas buat suami. Minuman persis air hebat berjenama ini katanya sedap tak terkata. Jom cuba.


Ok kali ni kami nak share satu resepi baru. Resepi untuk buat air/minuman yang sedap persis air Starbucks. Boleh buat minuman macam ni kat rumah saja lepas ni. Bahan-bahan dia tak lah susah sangat nak dapat.

Bahan-Bahan:

2 sudu Milo

1 paket Nescafe Latte

1 paket Oldtown White Coffee Mocha

1 sudu Nutella

Susu putih

Cara-Cara:

1. Masukkan Nescafe sepaket, Oldtown Mocha sepaket, 2 sudu Milo dalam cawan.

2. Masukkan 2 sudu Nutella dan bancuh dalam air panas.

3. Masukkan 1/4 cawan susu putih

4. Letak ais.

 

IKLAN