“Sedap, Macam Aiskrim Potong…” Aiskrim Malaysia Isi Durian Lebih Sedap. Ramai Teringin Nak Buat, Stok Durian Banyak Lagi!

Share

Buah durian adalah antara buah yang begitu popular di kalangan kita. Bukan sahaja enak dimakan begitu saja tetapi juga ada yang makan bersama pulut, masakan bersama kacang hijau menjadi bubur durian dan serawa durian. Malah kulitnya juga dimasak seakan pengat pisang.

Selain itu, isi durian juga dijadikan aiskrim. Sebagaimana perkongsian puan Nur Hayati Khalid yang menunjukkan cara membuat aiskrim Malaysia dengan mengunakan isi durian. Rasa memang sedap! Apa lagi jom buat, terutama ‘antu’ durian!

Anak: Ibu, durian tu nak masak apa?
Ibu : Serawa..
Anak : Ala..buat aiskrim boleh tak ibu?
Ibu : Boleh..tapi buat la sendiri..
Anak : Resepi??
Ibu: senang jer..

Resepi Aiskrim Malaysia Durian Ori
4 cawan air
1 cwn isi durian
1 cwn susu segar atau susu cair
1/2 cawan susu pekat
2 sudu besar gula /gula perang
1 sudu tepung jagung
* Blender semua bahan
* Masak sekejap dalam periuk hingga mendidih


* Tunggu sejuk..tuang dalam plastik aiskrim
Edit
* Masukkan sedikit pewarna kuning jika suka
* Lebihkan gula atau susu pekat jika suka manis

 

Keluarga: Wow tengok pun terliur. Selamat mencuba!

Sumber: Nur Hayati Khalid

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

 

Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!

Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!

Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!

Nak tahu caranya? Senang je! Layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!

Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520

IKLAN