Lidah buaya atau aloe vera adalah antara tumbuhan semula jadi yang paling banyak khasiat kepada manusia.
Selain untuk perawatan wajah dan rambut, ia boleh digunakan untuk kesihatan dalaman. Kajian terbaru yang diterbitkan dalam pelbagai jurnal saintifik telah menunjukkan bahawa penggunaan jus lidah buaya dapat mengawal gula dalam darah dan menurunkan lipid dalam kencing manis dan hiperklipemia pesakit.
Gel lidah buaya selamat dimakan ketika disiapkan dengan betul. Dan rasa isinya memang sedap dan rasa segar! Perkongsian oleh Norshuhada Samsuddin ini tentang bagaimana cara untuk buat resipi Aloe Vera yang sedap dicampurkan bersama segelas air minuman.
___________________________
Sesiapa yang ada tanam aloe vera tu boleh la cuba menu simple ni. Rasa sedap & sangat refreshing
Ads
Resepi Aloe Vera Jelly :
Aloe vera Gula Daun pandan Air
Ads
Cara-caranya :
1. Bersihkan aloe vera yang dituai dipokok. 2. Buang duri kiri & kanan serta kulit hijaunya. 3. Potong dadu @ mengikut sukaan anda. 4. Letakkan Aloe vera yang siap dipotong ke dalam penapis & lalukan air sehingga lendirnya hilang. 5. Cuci bersih. 6. Masukkan kedalam periuk + air secukupnya + gula + daun pandan. 7. Masak sehingga gula larut. 8. Matikan api. Setelah sejuk boleh disimpan kedalam bekas & simpan ke dalam peti ais. 9. Boleh dinikmati bersama air kegemaran anda. Sedap sangat jelly tu!
Ads
Nota:
Untuk menyediakan gel, potong tepi runcing di bahagian atas dan di samping daun lidah buaya. Seterusnya, potong kulit di bahagian rata, keluarkan gel jernih dan potong dadu ke dalam kiub kecil.
Pastikan untuk mencuci kiub gel dengan teliti untuk menghilangkan sisa-sisa kotoran, serpihan dan sisa. Serta getah yang boleh memberi gel rasa pahit yang tidak menyenangkan. Ia adalah lapisan nipis cecair kuning di antara kulit dan gel daun. Jika terlalu banyak termakan boleh membawa kesan sampingan yang serius dan berpotensi membawa maut
Masalah biasa yang dialami golongan wanita adalah rambut gugur. Sebenarnya bukan hanya wanita, tetapi lelaki juga turut mengalami masalah yang sama. Namun, wanita antara golongan yang sering mengalami masalah rambut gugur, lebih-lebih lagi ketika selepas kelahiran.
Rawatan rambut menyeluruh menekankan empat aspek iaitu pembersihan rambut menyeluruh, mengelakkan keguguran rambut, menggalakkan pertumbuhan rambut dan menguatkan akar-akar rambut. tentang kepentingan penjagaan kebersihan rambut dan kulit kepala. Penjagaan rambut yang tidak betul akan menyebabkan rambut semakin menipis dan botak terutama di bahagian tengah.
Tip Penjagaan Rambut Sihat
2. Letakkan syampu di tapak tangan, gosok sehingga menimbulkan buih kemudian sapukan pada rambut. Elakkan dari meletakkan syampu terus ke atas kepala.
3. Gunakan hujung jari untuk mengurut lembut kulit kepala. Elakkan menggosok atau menggaruk terlalu kuat menggunakan kuku ke atas kulit kepala.
4. Elakkan menggunakan air pada tekanan tinggi terus ke atas rambut. Hal ini boleh memberi kesan pada akar rambut.
5. Gunakan perapi rambut yang telah disapu terlebih dahulu pada tapak tangan sebelum disapu kepada rambut. Jauhi akar rambut.
6. Tidak digalakkan kerap menggunakan pengering rambut. Jika perlu sekalipun, gunakan kepanasan yang rendah serta jauh dari rambut. Pengering rambut menyebabkan rambut terlalu kering.
7. Sebaik-baiknya, gunakan tuala untuk mengeringkan rambut.
8. Gunakan sikat yang jarang serta bermata bulat di hujungnya. Sebaik-baiknya adalah sikat kayu.
9. Jaga pola makan. Diet yang betul memainkan peranan dalam menentukan kesihatan rambut. Pastikan anda mengambil makanan yang mengandungi banyak protein, vitamin dan air. Makanan seperti ayam, ikan, telur, bayam dan lain-lain sangat baik bagi pertumbuhan rambut.
10. Tekanan mental dan depresi boleh menyebabkan gangguan kesihatan fizikal. Stres boleh menghentikan pertumbuhan rambut. Selain itu, emosi terpendam dan kebimbangan dalam fikiran juga boleh menyebabkan rambut gugur.
11. Tidur mengatur hormon melatonindan kortisol dalam tubuh yang dikenal pasti memainkan peranan penting dalam pertumbuhan rambut. Ketika tubuh tidak mendapat tidur yang cukup, proses pertumbuhan rambut akan terganggu.
12. Jaga kesihatan fizikal. Ketika tubuh sedang sakit, rambut tidak akan tumbuh sementara. Hal ini kerana tubuh sedang fokus dalam proses penyembuhan luka.
13. Amalkan memakai masker rambut. Buatlah jus menggunakan tiga biji kentang yang dilecek ditambah dengan sebiji kuning telur dan sedikit madu. Sapukan pada rambut dengan rata dan biarkan beberapa minit. Kuning telur dan madu membantu menambah kelembapan padan rambut sehingga rambut menjadi lebih halus dan lembut. Kentang pula mengandungi vitamin yang penting untuk kesihatan rambut.
Khasiat bahan alami untuk suburkan rambut
Lidah buaya
Caranya: Gosokkan lendir dari lidah buaya pada rambut hingga ke kulit kepala. Biarkan selama 15 minit sambil membuat urutan pada kulit kepala. Kandungan tonik dan juga nutrisi lain di dalamnya berkhasiat membantu menyuburkan rambut.
Minyak Zaitun
Caranya: Sapukan sekurang-kurangnya lima titis minyak zaitun pada rambut dan kulit kepala selepas mencuci rambut. Urut selama beberapa minit dan biarkan semalaman. Cuci rambut dengan syampu sekali lagi keesokan harinya. Rambut akan jadi lebih halus dan lembut.
Santan
Caranya: Ambil santan dan sapu pada rambut dan kulit kepala. Kemudian, tutup rambut dengan menggunakan tuala hangat. Biarkan selama 15 minit dan bilas dengan air. Untuk menghilangkan bau santan, cuci rambut dengan syampu.
Madu asli
Caranya: Sapukan madu pada rambut dan kulit kepala. Urut dengan lembut dan kemudian biarkan selama beberapa minit. Bilas rambut dengan air bersih. Madu bertindak untuk merangsang pertumbuhan akar rambut dan mengatasi masalah keguguran rambut.
Saderi
Caranya: Ambil kira-kira 10 helai daun saderi. Tumbuk atau kisar sehingga halus. Sapukan pada keseluruhan rambut. Urut lembut kulit kepala selama beberapa minit dan biarkan selama satu jam. Kemudian, bilas dengan air bersih.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Meskipun tercekik tulang sering dianggap tidak begitu serius namun jika dibiarkan akan menyebabkan kita rasa tidak selesa. Jika anda telah cuba dengan minum air yang banyak namun tidak juga berhasil, bolehlah mencuba 7 petua ini untuk mengatasi masalah tersebut.
1. GARAM
Masukkan sedikit garam ke dalam secawan air suam dan minum sekerap mungkin sehingga tulang tidak lagi melekat pada tekak.
2. NASI
Ini petua tercekik tulang yang paling biasa kita dengar daripada mak-mak. Kepalkan nasi hingga membentuk bola yang besar. Telan perlahan-lahan agar tulang yang tersekat dibawa bersama ke dalam perut.
3. MINYAK ZAITUN
Minum satu sudu minyak zaitun untuk melincirkan tisu-tisu sekeliling kerongkong. Dengan ini tulang yang tersekat akan mudah keluar.
4. BUAH PISANG
Masukkan sedikit buah pisang ke dalam mulut. Kulum dan biarkan sehingga cairan terhasil dalam mulut kemudian telan perlahan-lahan.Minum juga sedikit air untuk memudahkan tulang yang tersekat keluar bersama buah pisang yang ditelan tadi.
5. CUKA MAKAN
Salah satu petua tercekik tulang adalah dengan menggunakan cuka. Minum satu sudu cuka makan untuk mengeluarkan tulang yang tersekat.
6. ROTI DAN LEPA KACANG
Sapu lepa kacang pada roti dan biarkan dalam mulut beberapa minit sehingga air liur berkumpul disekelilingnya. Telan perlahan-lahan agar tulang yang tersekat akan tertanggal bersama roti.
Yang ini kalau tak tercekik pun memang sedap dimakan!
7. KACANG
Makan segenggam kacang. Tak kisahlah apa-apa jenis kacang. Sebab anda akan makan dalam kuantiti yang kecil saja. Teksturnya yang keras membantu menanggalkan tulang yang tersekat.
Persediaan menghadapi kontraksi memerlukan informasi yang lebih saat berdepan dengannya.
Teknik pernafasan yang tepat antara yang disarankan saat berdepan dengan masalah kontraksi.
Apa yang bakal ibu boleh lakukan adalah:
1. Terus bergerak ketika alami kontraksi. Selain dapat mengendalikan kesakitan dengan baik, cara ini dapat mengurangkan rasa gemuruh menanti kelahiran kelak.
2. Cuba berdiri setegak mungkin supaya kepala bayi berada tetap di atas serviks. Keadaan ini menjadikan kontraksi lebih kuat dan berkesan.
3. Tumpuan perlu juga diberikan kepada cara pernafasan. Caranya adalah dengan bernafas secara tetap. Oksigen masuk dari mulut dan lepaskannya melalui mulut.
Sekiranya kontraksi berada pada tahap kemuncak, cuba bernafas menggunakan mulut sahaja. Tetapi jangan lakukan terlalu lama, kerana kaedah ini boleh membuat anda sedikit pening.
4. Latihlah diri anda supaya tidak malu. Ketika berada di dalam bilik bersalin, anda boleh menyanyi, mengerang dan mengeluh kerana semua itu dapat memberi kelegaan kepada anda. Pada usia kandungan ini, anda perlu tahu kemungkinan-kemungkinan yang anda bakal rasai sebelum bersalin.
5. Tarik nafas dalam dan panjang kemudian lepaskan perlahan-lahan diikuti oleh pernafasan pendek-pendek dan kerap ketika kontraksi. Teknik ini amat melegakan ibu.
6. Selain menarik nafas, anda boleh menggerakkan tangan dan menggenggamnya dengan kuat dan tarik nafas dalam, sambil memejamkan kepala. Nafas akan menjadi semakin baik.
Jom bawa anak-anak sertai pertandingan MARI MEWARNA SAYA ANAK MALAYSIA pada 25 Ogos 2024. Anak-anak akan membawa pulang sijil, goodies istimewa Bintang Kecil dan akaun SSPN bernilai RM20. Juga ada hadiah menarik untuk dimenangi!