Segarkan Tekak Dengan Resepi Puding Buah Naga Susu Paling Mudah & Sedap. Anak-Anak Pun Terpikat Ni!

Share

Warnanya yang cantik bikin hati terpikat, anak-anak pun suka kan dengan buah yang satu ni. Tapi kalau asyik makan begitu sahaja bosan juga kan. Apa kata ibu-ibu buat pula Puding Buah Naga Susu.

Resipi ini senang sangat nak buat dan hasilnya juga sangat menyelerakan. Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh puan Nurhayati Abd Malek ni.

Resepi Puding Buah Naga Susu Paling Mudah & Sedap (Dragon Fruit)

Nak sesuatu yang menyegarkan tekak hujung minggu ni? Jom buat puding buah naga! Puding Buah Naga. 

Bahan-bahan
1 biji buah naga (isi merah)
1 paket agar-agar bertali (20gm)
750 mls susu cair
750 mls air kosong
1 cawan gula kastor (Boleh kurang kan)

Nota: Saya guna loyang 7″

Info penting: Bancuhan agar-agar bertali boleh lihat cara di belakang paket. Yang saya guna ni dia minta saya bancuh 1500mls air. Jadi saya bahagikan dua 750mls air + 750 susu cair.

Cara membuat:

  1. buah dipotong dulu kecik-kecik. Ikut lah nak potong memanjang ke dadu ke janji boleh muat masuk mulut. Dah siap, ketepikan dulu.

  1. Masukkan agar-agar dan juga air dahulu. Buka api dan kacau sedikit hingga agar-agar tadi cair dan mendidih.

  1. Bila tali agar-agar tadi dah mencair kesemuanya, masukkan pula susu cair. Kacau lagi susu ni supaya tak hangit. Api kena jaga.

  1. Apabila dah sebati boleh masukkan gula ikut citarasa kalian. Saya tulis je 1 cawan, boleh kurang kan. Boleh rasa sikit. Kalau kurang manis puding buah naga, tambahlah gula. Kalau dah cukup, tak perlu tambah.

  1. Kacau hingga gula sebati.

  1. Masukkan buah naga atau dragon fruit itu tadi yang telah siap dipotong mengikut citarasa masing-masing.

  1. Kacau lagi, kerja kita kalau buat puding buah naga ni memang kena selalu kacau, kalau tak berketul lah nanti. Kemudian tutup api dan masukkan dalam loyang yang disediakan tadi.

  1. Biarkan sekejap supaya sejuk, kemudian masukkan ke dalam peti ais anda.

  1. Tat-tadaaa! Inilah resepi puding buah naga susu. Siaplah sudah puding buah naga kita! Sedap makan waktu sejuk. Ah, segar tekak.

 

IKLAN