
Isi Kandungan
ToggleSebut sahaja dua nama ini memang akan terbayang keakraban mereka sekeluarga. Bercuti bersama, makan beramai-ramai, membeli belah dan sebagainya lagi antara yang kerap dilakukan bersama.
Sememangnya hubungan Norman Hakim dan Abby Abadi cukup akrab biarpun sudah lama berpisah. Tidak hairanlah mereka cukup dikagumi ramai sehinggakan sering ditanya bagaimana keluarga besar ini boleh bersatu hati dalam segala hal.
Terbaru, gelagat Norman dan Abby ketika dijemput menjadi tetamu jemputan dalam satu rancangan Masak Apa Tu yang disiarkan di TV3.
Beberapa gambar dimuat naik menerusi laman instagramnya sepanjang penggambaran rancangan tersebut. Namun yang paling mencuit hati adalah video yang dilihat Norman dan Abby bertanding satu game ohsom.
Apa yang melucukan, kedua-duanya saling tidak mengalah dan beberapa kali bertanding mereka berkeputusan seri meski pun masing-masing nampak begitu bersemangat untuk mengalahkan pihak lawan.
The struggles is real!!!Salah satu babak paling ‘win’ yg dua2 tak ‘win2’dlm recording #MasakApaTu@tv3malaysia.
Sampai ke sudah ohsom dengan mama @abby_abadi112 asyik seri je sampai team production @tv3malaysia naik pening utk tentukan siapa kena masak menu rahsia dlm #MasakApaTu ?.Kalau terrer siapa yang menang ek?Tunggu jawapannya bila dah on-air?Silap2 dari awal sampai habis rancangan asyik ohsom je,’ tulis Norman di instagramnya.
View this post on InstagramA post shared by Khalifah Allah (@normanhakim_786) on
Perkongsian tersebut mendapat respond dari pengikut pelakon berkenaan yang memuji akan keserasian antara mereka berdua.
suriatisaadon @salimaholie sehati sejiwa
suriatisaadon Sehati sejiwa namun tidak serasi bersama. Takdir Allah susun cntik utk stiap hamba yg redha..?
inarich70 Abby & Norman masih sehati sejiwa . Memey cover sikit muka jealous
qayra_rinnie Mcm adik beradik Norman dgn Abby…??
puterinurkhairunissa Semoga sentiasa dalam lindungan Allah.. bahagia sllu..
are_uuuuuuu Semoga kelurga ni sentiasa di rahmati Allah…
norida_manan SukAnye akk tengok keluarga bahagia ni…perceraian menjadikan lebih erat siratulrahim @abby_abadi112 dan @normanhakim_786sekeluarga…alhamdulillah
Sumber: IG normanhakim_786
“Terima Kasih Muhammad, Kuat Dalam Perut Mami 17 Minggu.” Redha Diuji Gugur 5 Kali, Perkongsian Wanita Ni Cukup Meruntun Jiwa!

Bukan mudah untuk seseorang wanita yang bergelar isteri kehilangan anak yang dikandungnya. Momen menjadi ibu paling dinanti-nantikan usai diri selamat diijabkabulkan bersama suami tersayang.
Tatkala mengetahui di dalam rahim terisi nyawa si kecil, gembira bukan kepalang. Namun yang terindah hanya sementara apabila belum sempat si kecil menjengah ke dunia, dia dipanggil pulang ke pangkuan ilahi.
Peritnya menerima hakikat namun sabar dan redha itulah yang perlu ada. Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook bernama puan Nooradila Azuddin berkongsi kisah kehilangan anak dalam kandungan. Bukan sekali bahkan lima kali dia diberi ujian yang cukup hebat itu. Bukan calang-calang orang yang mampu bertahan.
Biarpun diduga sedemikian, namun dalam penulisannya nampak redha dan cuba naikkan semula semangatnya. Semoga bermanfaat buat yang lain atas kisah inspirasi oleh puan Nooradila Azuddin ini.
MY FIFTH PREGNANCY LOSS #inspirasiwerda
1st baby- twin miscarriage ( no heartbeat at 9 weeks)
2nd baby- complete abortion at 6 weeks
3rd baby- complete abortion at 6 weeks
4th baby- ectopic pregnancy ( right salphingectomy done)
5th baby- subchorionic hematoma, no amniotic fluid, cord prolapse. We lost him at exactly 17 weeks.
Allah, Allah, Allah. Berat nak menulis. Bukan tujuan aku nak minta simpati sapa2. Tapi rasa ingin berkongsi supaya insan2 yg senasib dgn kami yg perjalanannya xmudah tahu, masih ada yg diuji dengan ujian yang serupa. Hari ni hari kedua kehilangan anak syurga kami yg ke 5. Hanya sempat aku kandungkan selama 4 bulan 1 minggu which is yg paling lama duduk dlm rahim aku. He is such a fighter. Our baby Muhammad. ❤️
Since the very beginning tau aku pregnant of course ada rasa happy. Tp rasa risau tu lebih lagi dari segala2nya. Mula dari tau pregnant mmg dah terus follow up. Scan placement sbb takut terjadi ectopic pregnancy lagi ( orang yg pernah mengandung luar rahim berisiko untuk terjadi lagi kandungan luar rahim). So lepas dr scan, dr ckp everything okay. Mmg sac nampak dalam rahim. Cantik ja. So sis ada sedikit lega. 🤲🏻😊
Start 6 weeks dah ada spotting ( tompok darah) setiap hari. So selepas berbincang dgn matron & sister, alhamdulillah. Diorg bagi aku gunakan cuti rehat. Sampailah minggu ke 8, start bleeding, banyak sgt. Terus ajak husband pergi hospital. Masa tu dalam hati dh redha, maybe baby ni akan gugur jugak. Tp lepas scan doktor cakap hearbeat ada n kuat, jalan pun x buka. Takda langsung tanda2 nak gugur kecuali darah turun dgn banyak. So threatened miscarriage. Doktor bg balik n rest kat rumah with MC.

Dah balik rumah pun still ada bleeding selepas beberapa hari. So kami decide nak try scan kat luar pulak. So kami pergi klinik putra n scan. Doktor ckp mmg ada blood clot( hematoma) dekat cervix. So tu yg menyebabkan aku sentiasa bleeding. Doktor nasihatkan jgn banyak berjalan n kena banyak rehat supaya bleeding x jadi semakin teruk. So hari2 mmg aku stay kt rumah, rehat dan rehat. So keja rumah semua berpindah ke tangan husband aku. 😅

10th weeks, active bleeding lagi. So aku ke hospital lagi dgn husband. Masa ni mmg dalam sehari 6 pad soaked. Tapi masa scan doktor cakap heartbeat ada dan baby nampak okay. Cuma kalau bleed x berhenti maybe baby akan turun jugak. So diorg bagi chance 50/50 kat aku. Aku pon redha dh masa tu. Admit seminggu, sampai bleeding dh kurang, aku mintak balik. Sambung rest n stress kat rumah. 😪
12th weeks, pergi klinik pakar sbb ada follow up. Masa scan muka doktor pun dah lain. Ada masalah baru pulak iaitu air ketuban takda. Allahu. Dalam hati, dugaan apa pula kali ni. 😔
Then doktor bgtau, bila air ketuban takda, susah untuk baby survive. Kemungkinan baby meninggal dalam perut, dan mcm2 lg boleh terjadi. Balik dari follow up mmg emosi aku terganggu. 😩😩
Tapi aku cuba kuatkan diri sbb xnak stresskan diri aku n baby. 😥

15th weeks- follow up pakar lagi. Scan keadaan ttp sama. Even baby still kuat heartbeatnya. Masa ni aku serah segalanya pada Allah. Dan dah redha. Kalau anak ni rezeki aku, dia mampu bertahan, dia akan bertahan. Kalau dia x mampu, hati aku redha sbb aku percaya perancangan Allah lebih baik dari aku.
17th weeks- Ikutkan esok ada follow up pakar lagi. Tapi malam tu selepas Maghrib, bila aku pergi toilet, terasa ada something keluar. Bila tgk, Allahu, cord dh keluar sikit. Bgtau husband. Trus kami ke hospital. Dalam kereta aku sempat bgtau husband.
Baby kita kemungkinan besar xda. Supaya husband pun bersedia. Actually kami dh bersedia dari awal pregnant lg mcm2 kemungkinan yg akan jadi. So kami tetap tenang dan terima.
Sampai hospital, dr check bukaan, dah sedikit terbuka. Scan heartbeat pun dah xda. Muka doktor berubah bila tgk buku aku. Yala, kehilangan baby ni means kehilangan aku yg kelima. Doktor tanya aku, puan okay x? Baby mmg dah xda, kita tnggu baby keluar sendiri. Kalau x, kita masuk ubat. Masa ni aku pun dh dtg dgn redha. So aku tenang n jawab okay ja kat doktor. Walaupun dalam hati sedih bila terbyg muka husband, muka family, muka family in law yg mmg tunggu baby kami almost 8 tahun kan. Tapi aku pujuk hati aku redha. Allah ada perancangan lebih baik untuk aku. 😔

25/7/19- Start 3 pagi dah rasa sakit sikit2. Since aku mmg seorg yg selalu sakit senggugut, aku mmg boleh bertahan lagi. Sampai pukul 7 pagi masa round, aku bgtau staff nurse & doktor aku dah start sakit. So doktor kata xpa, nanti kalau x kluar juga kita akan masuk ubat. Aku doa banyak2 dalam hati mntak Allah permudahkan. Sakitnya contraction Allah saja yg tahu. Dalam 10.30 terasa satu contraction yg sgt kuat dan rasa ada something keluar, aku panggil staff nurse. Doktor pun dtg, bgtau aku baby dah keluar, doktor bagi aku tgk baby, Allahuakbar, anak aku cukup sifat lengkap semuanya. Baby boy. Sbb tu aku namakan dia Muhammad. 👶🏻
Aku dh x sanggup nak tengok lama2. Terus call husband dtg uruskan baby. Alhamdulillah Allah mudahkan semua urusan kami. Husband bawa balik baby uruskan, mandikan sendiri dan selesaikan urusan kebumi. Alhamdulillah dipermudahkan, jenazah dikebumikan bersebelahan dgn arwah adik aku yg meninggal pada bulan ramadhan yg lepas. Semoga tenang insan2 kesygan aku di sana. 😭
Terlalu banyak dugaan yg aku rasa sejak mula mengandung sehingga selesai urusan pengkebumian semalam. Tapi aku sentiasa pujuk hati, ada orang yg dugaan lebih besar dari aku. Husband aku yg sentiasa di sisi selalu ckp benda ni kat aku. Allah uji kita sbb kita yg mampu hadapi. Mungkin kalau org lain alami, depa x mampu. So kita kena terima dugaan ni. Sungguh, apa yg husband aku cakap. Allah uji sbb mampu, Allah bantu aku, bg kekuatan, permudahkan segalanya buat kami. Aku redha dgn sebenar-benar redha. Aku percaya. We will get better in time.
Time will heal us. For the time being, aku rasa aku tak ready nak hadap semua ni sekali lagi. Bukan bermaksud aku menolak rezeki. Tapi aku yg alami hanya aku yg tahu. Actually, aku ramai sgt kawan yg dah kawen lama pun belum ada rezeki untuk ada anak sendiri, so hanya yg pernah mengalami akan faham. Aku doakan rezeki buat kawan2 aku supaya diberi rezeki mengandung, dan dipermudahkan urusan sekiranya mengandung. 🤲🏻🤲🏻
Aku kalau boleh xnak org lain rasa apa yg aku rasa. 5 kali kehilangan bukan benda yg mudah untuk dihadapi. 😪
Dikesempatan ni aku nak ucapkan terima kasih sangat2 pada husband aku, you’re the best husband ever 😘, family aku yg struggle jaga aku, family in law yg menerima aku seadanya, kawan2 yg doakan aku baik2. Aku x mampu nak balas semua doa dan budi baik org pada aku. Aku doakan Allah balas yg baik2 buat semua dan jaga org2 yg aku syg.🤲🏻❤️

To my baby Muhammad ❤️
Terima kasih sbb hadir dalam hidup mami walaupun seketika. Mami dapat merasa juga mengandung dan melahirkan.
Terima kasih sbb stay strong kat dalam untuk 17 minggu walaupun sejak 12 minggu air ketuban Muhammad dh xda.
Mami tau Muhammad penat, mami tau Muhammad dah cuba yg terbaik, tapi Allah lebih sayangkan Muhammad. Lebih dari mami n dedi sygkan Muhammad. Bermain di taman syurga ya anak. Tunggu mami n dedi. We love you. 😘❤️
Dah panjang pulak luahan hati aku kan, simpan sini buat kenangan. Walaupon org kata 4 bulan lebih saja usia baby, it means a lot to us. Hanya org yg terdekat sahaja tau betapa strugglenya kami. Buat masa terdekat ni, rasanya kami berdua lah dulu. Makcik bawang tanya kita rilek jelah kan. Sbb diorg x tau apa yg kita alami. Tak semua org perjalanannya mudah. Tapi Allah sentiasa janjikan ganjaran buat orang2 yg sabar. InshaAllah. Semoga asbab dugaan ini terhapus dosa2 kami. Semoga kami terus kuat hadapi dugaan bersama. ❤️
Aminn. 🤲🏻😊
“RM150 Setiap Murid Ringankan Beban Ibu Bapa.” Bajet 2022 Umum Bantuan Keluarga Malaysia RM 2,000, Diperkenal Tahun Depan

Menteri Kewangan Malaysia, Tengku Zafrul dalam Pengumuman bajet 2022 memaklumkan, kerajaan akan menyalurkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) sebanyak RM2,000 kepada isi rumah yang mempunyai tiga orang anak atau lebih.
Menurutnya, bantuan tersebut akan diterima oleh keluarga yang mempunyai pendapatan kurang daripada RM 2,500 sebulan.
“Bantuan one-off tertinggi untuk isi rumah tiga orang anak atau lebih dengan pendapatan kurang dari RM2,500 sebulan.#Bajet2022 #KeluargaMalaysia.

Selain daripada Itu, sebanyak RM500 akan diberikan kepada ibu bapa tunggal yang mempunyai anak tanggungan dan pendapatan isi rumah sehingga RM5,000 sebulan.
Ini bermakna ibu bapa tunggal yang mempunyai tiga orang anak atau lebih layak mendapat BKM maksimum sebanyak RM2,500.

Sebelum itu, beliau memaklumkan bahawa jumlah keseluruhan Bajet 2022 adalah RM332.1 bilion yang dibahagikan kepada empat aspek utama iaitu RM233.5 bilion untuk belanja mengurus, RM75.6 bilion untuk belanja pembangunan, RM23 bilion untuk Kumpulan Wang COVID-19 dan RM2 bilion untuk simpanan luar jangka.
Dalam pada itu, Bantuan Awal Persekolahan akan mendapat peruntukan sebanyak RM450 juta dan dijangka akan memanfaatkan 3 juta murid-murid.

“Setiap awal tahun tentunya ibu bapa yang paling sibuk menyediakan kelengkapan sekolah anak-anak.
“Bagi tahun 2022, kerajaan bersetuju untuk memberikan Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM150, iaitu meningkat sebanyak RM100 sebelum ini,” katanya.
Tidak sekadar itu, sebanyak RM1 bilion telah diperuntukkan bagi kerja-kerja penyelenggaran dan pembaikan sekolah.
Intipati lain Dalam Bajet 2022:
– Bajet 2022: Bantuan tambahan RM300 kepada isi rumah warga emas
– Bajet 2022: BKM manfaatkan lebih 9.6 juta penerima dengan peruntukan RM8.2 bilion
– Bajet 2022: Syarat kelayakan kebajikan Jabatan Kebajikan Masyarakat dinaikkan kepada Paras Garis Kemiskinan (PGK) Makanan 2019 iaitu RM1,169.
– Bayaran balik pinjaman PTPTN . Diskaun 15 peratus untuk bayaran penuh pinjaman. Diskaun 12 peratus untuk bayaran 50 peratus pinjaman. Diskaun 10 peratus untuk bayaran secara ansuran gaji dan debit
#Bajet2022
ARTIKEL MENARIK: Rupanya Ada Tempat Letak Pewangi Dengan Betul, Barulah Satu Kereta Berbau Harum. Ini Caranya!
ARTIKEL POPULAR: “Kemas, Cantik & Kreatif.” Suami Siapkan ‘Kitchen Island’ Guna C Channel, Buat isteri Tersenyum Lebar Impian Dah Tercapai!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Pakar Jelaskan Punca Kemerosotan Tulang & Otot, Serta Tips Pemakanan Yang Baik. Sila Take note, Rugi Kalau Tak Tahu!
Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Anak Lelaki, Syurganya Di Bawah Tapak Kaki Ibu. Bagaimana Rumit Nak Jaga, Layan & Ikut Kehendak Ibu, Tetap Perlu Disantuni Sebaiknya

Sukar diungkapkan dengan kata-kata bila mana kehilangan insan yang paling disayangi. Apa lagi orang yang mengandungkannya selama 9 bulan, dibesarkan dengan kasih sayang. Malah si anak ini menjadi tempat ibu bergantung harap. Kini dia pergi buat selama-lamanya.
Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan meninggal dunia secara mengejut kira-kira pukul 7 pagi tadi. Allahyarham meninggalkan seorang balu dan anak lelaki berusia lapan bulan.
Dengan perasaan diselubungi pilu yang tidak terkira, ibu kepada pelawak terkenal Abam Bocey meluahkan rasa sayu membuatkan sesiapa sahaja mendengar turut menangis.
Ini yang dikongsikan saudara Khairul Hakimin Muhammad
dalam bingkisannya menerusi facebooknya semalam. Tulisan yang cukup menyentuh hati tular sehingga dikongsikan hampir 2k.
Dalam banyak-banyak berita semalam, saya membaca satu demi satu luahan Puan Sabariah Arshad. Termasuk video yang dimuat naik wartawan dan rakan artis. Ianya memang luahan sempurna seorang ibu.
Semalam, anak yang dikandung 9 bulan, dijaga rapi kemudiannya dewasa dan menjaga beliau dengan paling selesa, menghembuskan nafas terakhir di dalam tidur. Dikejutkan isteri namun tidak lagi bergerak dan bernafas. Maka pulanglah dia ke negeri abadi tanpa sedikit pun pesanan atau nasihat kepada yang tinggal.
Si ibu ini, setiap kali membuka mulut, keluarlah ayat,
“dia sabar dengan saya.”
“dia baik sangat dengan saya.”
“dia jaga saya baik-baik.”
“saya ni sakit, susah berjalan, susah nak buat itu nak buat ini, tapi dia sangat sabar dengan saya, tak pernah tinggi suara, semua dia buat ja.”
Maka inilah yang kita selalu dengar, anak lelaki, syurganya di bawah tapak kaki ibu. Bagaimana rumitnya nak menjaga, nak melayan dan menuruti kehendak ibu, tetap perlu disantuni dengan sebaiknya.
Disebalik gelak ketawa yang kita sering lihat dan terhibur, di luar sana, apabila dia pulang ke rumah, dia menghiburkan ibunya sendiri dengan layanan anak soleh.
Tak ada diberitahu sesiapa, tidak ada selfie sambil membantu ibu, semuanya penuh keikhlasan dan tanggungjawab. Itulah Abam Bocey yang kita kenal.
Syurga tempatmu insya-Allah. Banyak saya belajar dari kematian almarhum. Semoga kita yang masih berpeluang melihat, sentuhlah hati sendiri dan belajar lihat dan pandang bagaimana seorang ibu menghulurkan kunci syurga dari tangannya sendiri kepada anaknya.
Itulah kejayaan paling besar buat ibu. Nanti berpelukan di sana, anak dah tunggu.
Ya Rabb. Doa kami, semoga Puan terus kuat dan tabah. Kami juga tidak setabah dan sekuat Puan, kehilangan anak adalah kehilangan paling besar buat seorang ibu, namun, bahu kami tetap ada untuk tahan sekejap tangisan, legakan sebentar keresahan. Semoga hal kecil ini dapat menenangkan puan.
Kawan-kawan, santuni emak kita sebaik-baiknya. Mereka sahaja ada kunci pintu syurga kita semua.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Nak masuk syurga juga.