image from freepik

Memandangkan sekarang ni PKPB, sekolah pula tutup awal, maknanya 24 jam lah anak kat rumah!

Bila dah ada kat rumah ni, mula la asyik bosan, bosan bosan sahaja yang mereka luahkan. Time tu mulalah asyik nak minta gajet je.

Peraturan penggunaan gajet

Nak halang anak main, rasa macam tak sampai hati menolak permintaan si kecil.  Jadi apa kata anda sebagai ibu bapa wujudkan peraturan penggunaan gajet. Ia dapat mengawal penggunaan gajet oleh anak-anak agar tidak melebihi batasannya.

Bagaimana? Ikuti perkongsian tip berikut.

Sediakan jadual anak anda

Berbual mengenai perubahan rutin dengan anak anda. Bincangkan mengenai konsep ‘keseimbangan’ – tugasan kerja rumah, aktiviti fizikal, membaca, masa sosial bersama keluarga dan lain-lain.

Sejak Duduk Rumah Anak Asyik Minta Gajet Je! Elak Mereka Ketagih, Mak Ayah Perlu Wujudkan Peraturan

IKLAN

Tetapkan masa

Pastikan anda membuat persetujuan dengan anak-anak, seperti masa penggunaan gajet hanya dibenarkan ketika hujung minggu dan untuk tempoh had masa yang tertentu seperti sejam atau dua jam sehari.

Mengawal

Anda sebagai ibu bapa harus mengambil kawalan. Apabila anda menetapkan tempoh tertentu untuk anak anda menggunakan gajet, pastikan anda juga mengikut apa yang anda tentukan. Jangan mengalah apabila si kecil menangis atau merajuk. Cekal dan tetapkan hati anda, okay? Jika anda mengalah, mereka akan lakukan trick yang sama setiap kali anda tidak bagi mereka menggunakan gajet.

Tiada gajet di dalam bilik tidur

IKLAN

Seperti mana anda hadkan penggunaan masa, anda juga perlu tentukan bahawa si kecil cuma boleh menggunakan gajet di ruang tamu ketika anda ada bersama. Ini dapat memastikan apa yang anak anda lihat dan tengok.

Sejak Duduk Rumah Anak Asyik Minta Gajet Je! Elak Mereka Ketagih, Mak Ayah Perlu Wujudkan Peraturan

Kebaikan gajet

Dalam memandang negatifnya gajet ada anak, sebenarnya ada positifnya medium itu pada anak-anak. Nak tahu apa kebaikannya? Jom lihat antara kebaikannya di bawah!

IKLAN

Kemahiran motor yang lebih baik

Kemahiran motor adalah kemahiran yang dikaitkan dengan otot pergerakan kecil seperti bibir, jari, pergelangan tangan, lidah dan jari kaki. Jadi apabila kanak-kanak bermain permainan pada tablet atau mana-mana peranti lain, itu adalah satu senaman untuk jari dan tangan mereka. Hasilnya, mereka tahu penggunaan tangan dan jari mereka dengan lebih baik dan menjadi sangat cekap di dalamnya dalam masa yang singkat.

Kemahiran kognitif yang dipertingkatkan

Kemahiran kognitif adalah keupayaan untuk memproses maklumat, penaakulan, mengingati dan menghubungkan objek dengan objek lain. Kemahiran ini secara langsung berkaitan dengan ingatan, dan bahasa. Penggunaan gajet dengan aplikasi interaktif, permainan video, pelbagai cabaran dan program pendidikan dapat meningkatkan kemahiran kognitif kanak-kanak. Alat moden membantu mengembangkan kemahiran pembelajaran mereka dengan lebih cepat kerana mereka lebih berminat dengan peranti berbanding buku.

Lebih menyeronokkan

Gajet adalah satu alat yang menyeronokkan untuk kanak-kanak kerana mereka suka bermain permainan yang terdapat di dalamnya sama ada ianya puzzle atau candy crush, atau permainan menembak yang mudah. Ia membuatkan kanak-kanak berasa seronok dan mereka memahami aspek mudah mengenai sebab dan akibat, aksi dan tindak balas.

Sumber : Hello Doktor

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI