Setelah dua tahun kita berperang dengan wabak Covid-19, barulah dapat merasai betul-betul nikmat ramadan. Antaranya solat terawih yang tak perlu dijarakkan, kedai mamak boleh dibuka 24 jam untuk orang sahur, tidak ketinggalan peniaga bazar ramadan yang dua tahun terpaksa tangguh berniaga kini di sambut meriah orang ramai sampaikan peniaga boleh tutup gerai awal dek ‘serangan’ dah lama tak ke bazar.
Sebut tentang bazar ramadan ni, ada beberapa menu wajib bila datangnya bulan ramadan menjadi tumpuan orang ramai, antaranya air yang bermacam aneka pilihan, ayam percik, kuih muih, murtabak dan roti john.
Kalau ahli keluarga tak ramai, sesekali nak berbelanja kat bazar apa salahnya, kan? Yang mana anak ramai dan nak memenuhi citarasa semua orang, agak ‘kopak’ sikit duit mak ayah kan.. Yang mana menu kita boleh buat sendiri di rumah, apa kata buat sendiri je. Lebih berbaloi kan? Misalnya seperti roti john yang kami kongsikan ini!
Tak perlu dah nak beratur panjang-panjang untuk roti john, buat sendiri je. Rasa nak makan kuih lain, boleh la singgah ke sana lepas masak ni kan? Nak tahu buat macam mana, jom rujuk resepi dan cara-caranya di bawah. Selamat mencuba!
ROTI JOHN HOMEMADE
Bahan-bahannya:
Bawang merah – potong dadu
Bawang putih – potong dadu
Rempah kari (campur air)
Daging atau ayam cincang atau daging burger
Sosej – (jika perlu)
Garam
Lada sulah
Daun sup/bawang – hiris
Telur
Roti frankfurter
Mentega
roti john
Cara-caranya:
1. Untuk membuat inti roti John, tumis bawang merah dan bawang putih. Kemudian masukkan rempah kari, daging cincang dan sosej beserta garam dan lada sulah. Kuantiti bahan agak-agak saja. Kalau rata sehingga masak dan ketepikan.
2. Dalam mangkuk, pecahkan telur dan masukkan juga daun sup atau daun bawang. Kacau.
3. Masukkan bahan inti yang dimasak tadi dalam bancuhan telur. Kacau.
Ads
4. Panaskan kuali leper/pan. Belah dua roti jangan sampai putus, sapukan mentega dan terus tekap atas kuali. Biarkan sehingga sedikit garing. Angkat dan ketepikan.
5. Dalam kuali/pen yang sama, cairkan sedikit mentega kemudian tuangkan bancuhan telur bersama inti tadi.
6. Tekap roti ke atas telur.
7. Agak-agak telur dah masak, terbalikkan.
Ads
8. Ini hasilnya bila dah siap tekap dengan inti tadi.
9. Letakkan mayonis dan sos cili. Nak letak timun, salad pun boleh.
Resipi Lempeng Kelapa, Rasa Lemak-lemak, Lembut Bila Dikunyah
Lempeng kelapa antara sajian yang menjadi pilihan untuk sarapan pagi. Sarapan yang mudah dan ringkas ini memang enak dimakan bersama kuah kari dan juga sambal sardin.
Jom kita cuba resipi lempeng kelapa seperti yang dikongsikan Dapur Kak Chik. In Sha Allah sedap dan lembut sampai ke petang. Pasti menjadi hidangan kegemaran seisi keluarga.
RESIPI LEMPENG KELAPA
BAHAN A (dikisar)
1 biji telur
2 keping roti
1 cawan air
BAHAN B:
4 cawan tepung gandum
Garam
2 sudu susu pekat
Air secukupnya
2 sudu minyak @marjerin cair
1 cawan kelapa parut
CARA MEMBUAT:
1. Campurkan bahan A dan B – bancuh sekata agak-agak kepekatannya.
2. Kisar sekali lagi.
3. Masukkan dalam bekas dan campurkan kelapa parut.
4. Masak dengan cara lenggangkan di atas kuali non stick macam buat kuih gulung. Apabila siap bolehlah dihidangkan bersama sambal sardin atau kuah kari.
Sumber kredit: Sumber kredit: Dapur Kak Chik via Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Ibu mana yang tak risau bila melihat rekod timbangan berat badan anak bermasalah, sama ada terlalu kurus atau timbangannya tidak naik-naik sedangkan ketinggian dan umur semakin bertambah!
Puas disuakan makanan namun selera anak tiada juga dan ini lagi menyukarkan ibu untuk memastikan berat badan bertambah. Atas sebab ini, sebaiknya ibu usahakan untuk menyediakan menu yang telah dikongsi oleh Pun Nur Farah yang berjaya menaikkan berat badan anaknya 2kg selama dalam masa sebulan. Jom semak!
Sapa sini ada masalah anak kecik kurang berat badan? Anak kurang selera makan. Meh mummy share resepi yg buat berat badan anak mummy dari 6 kilo lebih ja naik terus jadi 8 kilo lebih dalam masa sebulan ja.
Resepi ni pakar pemakanan yang bgi kt mummy. Anak mummy sampai kena jumpa pakar pemakanan pasai haluih sangat. Mummy try ikot hat dia habaq tu alhamdulillah naik la jugak berat dia.
Bahan-bahan:
-nasi panas dicampur dgn beberapa titik minyak zaitun. ( kalau xdak letak butter @ myk masak. Jgn tibai mnyk gas sudah nahh)
-ubi kentang yg digoreng terlebih dahulu.
-isi ayam ( hiris halus2 & goreng)
-bawang holand ( hiris halus & goreng)
*xdak bawang holand bawang merah besar pn xpa. Tapi mummy suka guna holand sebab dia manis sikit.
Cara2
1. Gaulkan nasi tadi bersama-sama ubi kentang yg telah digoreng tadi dan lenyek2 kan sampai ubi tu hancoq. Takmau ada keras2 tau sebab takmau anak terlekat.
2. Lepastu masukkan semua bahan2 tadi. Gaul sampai semua sebati.
3. Lepastu terus kepal2 jadi bentuk bola kecil2. Make sure nasi tu panas2 baru senang dikepal ok.
4.Tunggu sejuk baru hidangkan untuk anak2. Biaq anak makan sendiri baru dia enjoy nk makan. Berselerak tarak pn lantak pi. Janji mau makan jaa.
Resepi ni untuk anak kecil yang sudah tumbuh gigi. Untuk yang atas 2 tahun boleh tambah sedikit garam @ perasa.
Ekstra Tip
* Kalau tiada ayam boleh juga diganti dengan ikan.
Kepal kecil-kecil agar mudah dimakan.
Sumber :Nur Farah Haniem via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Jika jadi ibu ni, mesti segalanya nak masak cepat dan sedap.
Pelbagai resipi boleh cuba termasuk masakan Kari Ayam Masak Nyonya. Nak buat memang mudah.
Kepada yang ingin mencuba, boleh ikuti perkongsian ni.
Bahan-bahan:
Ayam 1/2 ekor
Santan 1 bungkus kecil
Bawang merah 6 ulas
bawang putih 4 ulas
Serai 3 batang hiris
Lengkuas 1 inci
Halia 1 inci
kunyit hidup 1 inci
Buah Keras 4 biji
Cabai Kering ikut pedas
Serbuk rempah daging 1 sudu besar
Blend semua kecuali ayam pastu tumismasukkan rempah kari, daun kari dan kacau sampai wangi masuk ayam. Masuk santan dan kentang serta daun limau purut dah siap.
Selamat mencuba!
Kredit: Maina Mohamad
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Seorang pempengaruh wanita, Nur Syahirah, 28, atau lebih dikenali sebagai SchaYang, meninggal dunia malam tadi, dipercayai akibat sesak nafas, hanya seminggu selepas mendirikan rumah tangga.