“Sekali Pergi Tengok, Dalam Hati Cukup Tak Mau Lah Beli…” Pasangan Ni Beli Rumah Terbengkalai, Hasilnya Memang Cantik Sangat!

Share

Membeli rumah yang sempurna dan kemudian dihias indah untuk keselesaan seisi keluarga  menjadi impian antara kita. Lazimnya, kita akan mula melihat-lihat projek perumahan baharu untuk merialisasikan impian. Namun, buat Puan Roszita dan pasangannya lain pula kisahnya.

Pasangan ini membeli rumah terbengkalai yang pada awalnya mungkin ramai tidak menyangka mampu diubah menjadi kediaman yang sangat sempurna dan punyai auranya yang tersendiri hasil idea sendiri.

Menurut Puan Roszita, “Kami beli rumah terbengkalai…tak plan pun nak beli..a good friend who own a law firm asked me “ko nak beli tak bungalow…ada orang terdesak nak jual”

“Sekali pergi tengok (suami tak ikut)…aduh dalam hati cukup tak mau lah beli…tercerita dekat suami…ajak gi tengok dan suami kata “it is a good buy”..akhir nya beli lah.”

“5 bulan kami siapkan rumah…rupa-rupanya ramai yang mahu membeli tapi owner (doktor) tak mau jual…rupa-rupanya nak jadi rezeki saya dan suami…memang rezeki sebab jiran-hiran baik-baik betul..alhamdullilah.”

“Banyak lagi yang nak di buat tapi kami rehat sekejap…tarik nafas dulu…so just nak share before and after…idea kami sendiri..”

Bahagian Luar Rumah 

Sebelum
Selepas

Ruang Tamu

Sebelum

 

Selepas

Ruang Makan 

Sebelum
Selepas

Ruang Antara Ruang Makan & Dapur

Sebelum
Selepas

Ruang Dapur

Sebelum
Selepas

Balkoni

Sebelum
Selepas

Banyak lagi gambar dekorasi kediaman ini dikongikan olehnya, dan bolehlah dijadikan inspirasi buat semua. Bahkan meninjau di ruangan komen, warganet amat teruja dengan konsep dan hasil dekorasi sebelum dan selepas yang diilhamkan oleh Puan Roszita dan suami. Cukup sempurna!

 

Sumber: Roszita Md Khairi via Kelab Kaki Deki

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

IKLAN