“Sekeping Vinyl Panjang 36inci….”- Lelaki Ni Kongsi Cara Kira Untuk Pastikan Kuantiti Dibeli Cukup & Tak Membazir!

Share

Ada yang merancang untuk lakukan pemasangan sendiri lantai vinly di rumah ke? Maklumlah ramai yang berkongsi cara untuk memasangnya sangat mudah dan boleh dilakukan tanpa kepakaran khusus.

Selain itu tidak dinafikan bila menggunakan lantai kayu vinyl ini  menjadikan ruang rumah nampak bergaya dan dapat memberi keselesaan pada kaki yang melangkah di atas lantai tersebut.

Oleh itu, andai ada yang merancang untuk lakukan diy, sebelum membeli elok anda ketahui cara kira-kiranya agar dapat dibeli dengan kuantiti yang tepat.

Nak tahu lanjut, ikuti perkongsian ini.

Memandangkan ramai yang tanya macam mana cara nak kira untuk dapatkan berapa keping nak guna di setiap ruang.

Jadi mak pesan jika kita mudahkan kerja orang lain Allah SWT akan permudahkan urusan kita. Meh saya ajar cara kiraan ye..

*1kaki = 12inci
Contoh ruang yg kita nak buat tu saiz dia panjang 20 kaki kita tukarkan dulu kepada inci 20kaki x 12inci = 240inci..

Lebar pula katakan 15kaki tukar kepada inci dulu 15kaki x 12inci = 180inci.

Sekeping vinyl panjang dia 36inci dan lebar dia 6inci. So kiraan untuk tau berapa keping nak guna formula dia panjang x lebar.

240inci x 180inci =43,200
36inci x 6inci = 216inci
43,200 bahagi kan dengan 216 = 200 keping jadi tambah la dalam 5 keping sebagai extra =205 keping semua sekali.

Harap semua paham dengan kiraan ni.. Jika tak paham boleh je komen jumlah panjang dan lebar ruang korang nanti saya akan cuba bantu kirakan.. Semoga dengan ilmu yang saya bagi ni bermanfaat buat semua..

Sumber : Ameer Rahman

 

ARTIKEL MENARIK:“Untuk Bahagia Kita Perlu Membahagiakan…” Cikgu Ni Kongsi Pengalaman Hidup, Jadikan Inspirasi.

LAGI ARTIKEL MENARIK :“Rumah Persaraan Sebaiknya Kecil & Setingkat Sahaja”-Dr Azizul Azli Jelaskan Cara Nak Persiapkan Rumah Persaraan!

Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!

Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

 

 

 

 

IKLAN