Rutin penjagaan tanam-tanaman selain perlu dibaja untuk memastikan hidup subur, penggunaan racun juga perlu untuk mengawal pokok daripada serangan serangga perosak.

Pun begitu, dalam banyak-banyak jenis racun adalah lebih baik untuk kita gunakan racun jenis organik kerana tidak menggunakan bahan kimia. Bimbang juga kesan racun pada tanaman atau pokok sayur-sayuran dan buah-buahan yang akan kita makan.

Jadi cara yang lebih selamat ada baiknya kita buat sendiri racun kawalan serangga dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi. Pastinya, racun ini tidak mendatangkan kesan bahaya pada keluarga namun berkesan untuk mengatasi masalah-masalah serangan serangga perosak pada tanaman.

Hal ini telah dikongsikan oleh dua orang yang dikenali sebagai Nur Amirul dan Azman di laman sosial. Kedua-duanya pula menggunakan bahan berbeza dan semoga ini dapat memberi idea dan variasi menjaga pokok-pokok yang ditanam di laman rumah.  Jom semak perkongsian mereka.


“Di sini saya akan kongsikan secara ringkas buat racun organik bawang putih lak untuk racun serangga.. Boleh guna utk pokok cili dan lain2 pokok”-Nur Amirul Nur Azmi via KGTTS

Selain Guna Bawang Putih, Rupanya Daun Durian Belanda Pun Boleh Jadi Racun Serangga Perosak Tanaman. Begini Buatnya!

Bahan-bahan:
200 gram bawang putih
3 sudu besar ketumbar
500ml minyak

IKLAN

Cara membuatnya :
1. Blender semua bahan tersebut dengan minyak
2. Masak menggunakkan kaedah double boiling selama 3 – 4 jam dengan api perlahan
3. Selepas itu tapis dan boleh digunakan.

Ini pula perkongsian ilmu daripada Azman Mohamed Ali via Kebun Bandar : Jom Tanam Sendiri yang berkongsi cara untuk penyediaan baja menggunakan daun durian belanda yang dikatakan sesuai untuk menghindarkan maslaah Hama Trips daun cili yang kerinting. Nak tahu lanjut jom semak.

Selain Guna Bawang Putih, Rupanya Daun Durian Belanda Pun Boleh Jadi Racun Serangga Perosak Tanaman. Begini Buatnya!

“Ok…siap…kena tunggu 2 hari baru boleh guna….Racun Organic dari daun Durian Belanda…untuk menghindarkan Hama Trips daun cili yang keriting….tak sabar rasanya nak cuba guna….”-Azman

IKLAN

Selain Guna Bawang Putih, Rupanya Daun Durian Belanda Pun Boleh Jadi Racun Serangga Perosak Tanaman. Begini Buatnya!

Bahan-bahan :

50 helai daun belanda

IKLAN

2.5 liter air

8 ml serbuk pencuci kain

Cara penyediaan:

  1. Ambil daun durian belanda yang tidak terlalu tua dan tidak terlalu muda-dikoyak-koyakkan dan ditumbuk.
  2. Masukkan daun yang telah ditumbuk tadi ke dalam bekas berisi air 2.5 liter.
  3. Kacau rata dan masukan bersma 8ml serbuk sabun basuh.
  4. Kemudian masukan air dalam botol dan tutup.
  5. Biarkan selama 2 hari dan selepas 2 hari tapis ambil airnya sahaja.

Ekstra info :

“Untuk penggunan 1 liter boleh di campurkan dengan 5 liter air biasa , masukan dalam botol spay dan spary pada keseluruhan daun pokok cili, lakukan setiap dua hari. Hasilnya daun cili mula segar. Semburkan seminggu sekali.”

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI