Selepas lama tidak mendengar berita mengenai penyanyi nasyid Suhaimi Saad, terbaru menerusi laporan Kosmo, bekas kumpulan InTeam ini dikatakan mempunyai masalah kesihatan. Suami kepada Ina Naim ini dikhabarkan menghidap sakit mata yang kronik sejak setahun lalu.
Suhaimi saad kini dikatakan banyak bergantung dengan isterinya, Ina Naim bagi membantu dalam menguruskan urusan harian kerana matanya mengalami rabun dan masih dalam rawatan.
“Saya mengalami masalah mata ini sejak tinggal di ibu negara lagi. Selain isteri, saya juga menggunakan tongkat untuk berjalan…”
“Saya masih mendapatkan rawatan susulan di hospital selain meneruskan rawatan secara tradisional untuk mengubati mata ini…”
Ads
Tampil single terbaru
Meskipun keadaan kesihatan terjejas, namun Suhaimi berkata dia masih aktif dalam bidang seni dan sedia membuat persembahan jika mendapat jemputan.
Malah, penyanyi itu bakal tampil dengan single terbaharu ciptaannya sendiri yang berunsurkan ketuhanan berjudul Zapin Selawat penghujung tahun ini.
Ads
Bisnes dalam talian
Sementara itu, bagi menambah pendapatan keluarga, isterinya menjalankan perniagaan barangan kosmetik dan pakaian secara dalam talian serta mengambil tempahan makanan.
Pasangan itu memiliki empat anak iaitu Ehmad Hadie Elfardie, 12, Sallman El-Khoyri, 10, Phyrosh Elfadwah, 8, dan Nurlayla Elghufrony,6, yang bersekolah di rumah (home schooling) dengan ibu mereka sebagai guru.
Difahamkan, Pengerusi Persatuan Kebajikan Penggiat Seni Kelantan, Mohamad Afandi Mohamad akan membantu penyanyi itu untuk kembali aktif dalam bidang seni.
Pastinya ramai yang bercadang untuk pergi bercuti pada waktu terdekat ini. Namun bagi yang belum mempunyai bajet, tak mengapa, masih ada masa lagi untuk mengumpul dana atau tabungan bercuti.
Bagi yang mempunyai keluarga yang besar, tentunya memerlukan bajet yang banyak. Jika tidak menabung tentu akan akan menjejaskan duit tabungan kecemasan.
Sebenarnya ada beberapa cara untuk membuat tabungan perlancongan buat keluarga anda atau diri sendiri. Nak tahu caranya ikuti panduan ini.
1.Buat senarai bajet dan rancang awal
Perkara paling utama adalah membuat perancangan awal dan senaraikan bajet yang diperlukan ketika melancong. Ini amat penting kerana dari situ kita dapat membuat anggaran jumlah wang yang diperlukan untuk percutian tersebut. Ambil tahu nilai matawang Negara yang ingin dilawati dan senaraikan dahulu kos pengangkutan, kos penginapan, kos makanan dan kos aktiviti yang mahu dilakukan ketika percutian tersebut.
Bagaimanapun, lebih jimat jika anda pergi secara berkumpulan kerana ia boleh mempengaruhi bajet anda. Sebagai contoh, sekiranya anda menggunakan khidmat kereta sewa, perbelanjaan untuk kereta sewa tersebut akan lebih berbaloi sekiranya dibayar oleh 3 atau 4 orang berbanding seorang sahaja. Kan lebih jimat!
2. Kurangkan perbelanjaan pada hari cuti
Jika kebiasaannya anda menghabiskan kira-kira RM100 hingga RM200 ketika keluar pada hari minggu, cuba kurangkan nilai tersebut supaya lebih banyak wang dapat disimpan untuk melancong.
Lebih-lebih lagi jika anda gemar berkunjung ke kafe hipster yang menyajikan hidangan yang agak tinggi harganya. Untuk mencapai matlamat percutian idaman, anda boleh berhenti melawati tempat-tempat seperti itu dan bertukar kepada kafe-kafe yang lebih berpatutan.
Selain itu, cuba juga kurangkan perbelanjaan harian anda seperti menaiki pengangkutan awam untuk ke tempat kerja dan membawa bekal makanan tengah hari dari rumah.
3. Kaedah paksa reka dan tabung percutian
Kaedah paling efektif untuk memastikan anda menyimpan setiap bulan adalah dengan mengasingkan 10 hingga 15 peratus daripada gaji anda untuk percutian idaman. Anda perlu menetapkan matlamat dan mendisiplinkan diri sendiri untuk melakukannya.
Sebagai contoh, anda mahu mengumpul kira-kira RM2,000 untuk melancong ke Bangkok, Thailand. Oleh itu, jika pendapatan anda adalah RM3,000 sebulan, anda boleh menyimpan 10 peratus daripada jumlah tersebut (RM300) untuk percutian idaman anda. Jadi, dalam tempoh 7 bulan, simpanan percutian anda sudah mencecah RM2,100 dan anda sudah boleh menikmati percutian anda!
Dalam pada itu, anda juga boleh menyimpan tabung di dalam bilik tidur agar dapat memberi inspirasi kepada anda untuk terus menabung.
4. Cari tawaran berbaloi
Jika ingin berjimat, anda perlu rajin memeriksa tawaran-tawaran hebat yang boleh didapati di laman web syarikat penerbangan dan melalui aplikasi mudah alih anda.
Syarikat penerbangan sering menawarkan diskaun untuk tiket penerbangan ke pelbagai destinasi mengikut musim-musim tertentu. Jadi, anda perlu peka dan selalu melayari laman web syarikat penerbangan supaya tidak terlepas tawaran hebat!
Selain itu, banyak aplikasi baru yang kini menawarkan tiket masuk ke pameran atau harga yang lebih murah untuk melakukan aktiviti-aktiviti di destinasi percutian.
Anda juga digalakkan untuk mengikuti tips ‘backpackers’ di laman social Facebook atau Twitter kerana mereka sering memuat naik itinerary dan perkongsian menarik yang secara tidak langsung dapat menjimatkan lagi kos percutian anda.
5. Buat jualan pre-loved
Sekiranya almari pakaian anda telah penuh, mungkin inilah masanya untuk anda mempertimbangkan mengadakan jualan ‘pre-loved’ bagi mengumpul wang percutian.
Teliti semula pakaian dan barang-barang di rumah anda yang masih dalam keadaan baik dan jarang digunakan.
Bukan sahaja anda dapat mengumpul wang lebihan malah boleh melapangkan ruang peribadi anda dan apabila pergi bercuti nanti, anda boleh membeli pakaian dan barangan baru!
Pelbagai lagi perkara lain yang boleh mempengaruhi bajet percutian anda. Paling utama, tetapkan destinasi dan jenis percutian idaman anda dan rancanglah dengan teliti. Perancangan teliti boleh mengurangkan risiko anda terlebih berbelanja dan merosakkan ‘mood’ anda ketika bercuti.
Datuk Rashid Sidek seorang ‘family man,’ lepas bersara, banyak habiskan masa dengan isteri dan anak-anak. Datuk Abdul Rashid Mohd Sidek adalah nama yang tidak asing lagi dalam dunia sukan badminton Malaysia.
Beliau merupakan salah satu daripada adik-beradik Sidek yang terkenal, yang telah mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa dalam sukan badminton. Dengan dedikasi, disiplin, dan semangat yang tinggi, Rashid Sidek telah mencipta sejarah sebagai salah seorang pemain badminton terkemuka di negara ini.
Meskipun sudah bersara daripada sukan berkenaan namun khidmat dan kepakarannya masih diperlukan. Sekaligus diberi tanggungjawab menjadi jurulatih skuad badminton kebangsaan sampai sekarang.
Berpuluh tahun menabur bakti demi negara tercinta, Datuk Rashid bagaimana pun seorang family man. Dia yang kini berusia 56 tahun dilahirkan pada 8 Julai 1968 di Banting, Selangor merupakan anak bongsu kepada pasangan Dato’ Haji Mohd Sidek dan Datin Rukinah.
Datuk Rashid mendirikan rumah tangga dengan Datin Azehan Abdul Halim pada 21 Mac 2003. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ikhwan yang kini 19 tahun, Azwin berusia 18 tahun, Eizran 14 tahun dan Irfan, 10 tahun.
Selepas bersara, Datuk Rashid banyak menghabiskan masa bersama keluarganya. Malah, beliau gemar berkongsi gambar-gambar ketika bersama isteri dan anak-anak di laman Instagram.
Selagi Masih Ada Kesempatan & Ruang Genggamlah Erat Sebelum Terlerai. Itu antara perkongsian Isteri Pesakit strok yang benar-benar menyentap hati yang membacanya.
Setiap pasangan yang berkahwin punya cara tersendiri untuk menyemarakkan rasa kasih dan sayang serta menzahirkan rasa sayang pada pasangan.
Begitu juga dengan wanita bernama Jiha Shuib. Berkahwin atas pilihan keluarga, tetapi dia bahagia. Suami menzahirkan rasa sayang mengikut caranya yang tersendiri.
Namun kini, suaminya diuji dengan penyakit strok. Nyata isteri dan ibu ini cukup cekal dan tabah mengharungi dugaan tersebut.
Genggam erat sebelum terlerai.
Mungkin takdir sudah begini, aku paling lemah menjadi tempat luahan perasaan insan dalam dilema percintaan. Sungguh aku hopeless, nak nasihat macam tak kena sebabnya kami sendiri pun berkahwin atas pilihan keluarga. Masa bertunang tak pernah kenal atau jumpa, masa nikah baru pertama kali bersalaman dan lepas sebulan masa outdoor lepas kenduri kena tegur dengan jurugambar apa yang kekok sangat dah sebulan nikah kot. Apa nak buat kan?
Tapi bahagia itu subjektif, dalam pelbagai cara.
Sesekali Saiful akan ambil tangan aku ketika memandu dan digenggam erat.
Ada ketika dia ambil tangan aku, cium dan dikepit dicelah ketiaknya.
Itu cerita dulu, yang takkan mungkin berulang lagi. Tangan kirinya kini tidak lagi berfungsi, kaku begitu.
Kadang tangan itu terjatuh celah tombol gear dan break tangan, melekat disitu dan perlu aku angkat dan selit di tali pinggang keledarnya.
Aku lebih banyak pegang hf sekarang, kebanyakan masa belek berjam-jam. Bila tanganku dicapai, aku terkejut. Rupanya Saiful guna tangan kanan, dan dia letakkan tanganku di tapak tangan kirinya. Spontan aku letak tepi hf aku.
Cuba juga menggenggam, tapi tangan itu dulunya panas kini sejuk dan tak ada tindak balas.
“You rasa dak I genggam tangan you?” Saiful tanya.
“Sikit”…aku cuba memberi harapan, aku halakan hf untuk merakam video pergerakan tapi belum lagi. Masanya belum sampai kekuatan itu dikembalikan.
Adakah kami rindu kenangan berpegangan tangan? Mungkin, tapi kami lebih syukur asalkan kami masih punya kesempatan bersua didunia ini.
Selagi masih ada kesempatan dan ruang genggamlah erat sebelum terlerai.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.