Sejak akhir-akhir ini, kecoh tentang isu poligami apabila pengarah tersohor, Syamsul Yusof mengakui sudah berkahwin dengan Ira Kazar yang sekaligus menjadikan wanita itu sebagai isteri keduanya selepas pelakon, Puteri Sarah Liyana.
Berita itu membuatkan ramai kecewa dan panas hati apabila pengarah berusia 38 tahun itu membelakangkan keluarganya termasuk mengecewakan hati seorang isteri.
Namun, para suami sedar atau tidak, ‘hukum’ bila berkahwin seorang lagi tanpa pengetahuan isterinya sehingga membuatkan hati wanita remuk dan kecewa? Di sini ada ada video penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus yang menjawab pertanyaan sama ada sah atau tidak seorang suami berkahwin seorang lagi tanpa pengetahuan isteri pertama.
“Hukumnya (poligami) sah tetapi perbuatan itu tak betul kerana perkahwinan ini adalah bergembira, bukan bersedih,” ujarnya.
Ads
Ustaz Azhar menjelaskan, hidup berpoligami bermaksud kesemua mereka terlibat iaitu suami, isteri pertama dan isteri kedua (serta seterusnya jika ada) perlulah bergembira tanpa ada salah seorang tercicir sehingga menanggung penderitaan sendirian.
Oleh itu, adalah penting seorang suami mendapatkan keizinan daripada isteri pertama bagi mengelakkan mereka rasa ditipu hidup-hidup.
“Minta izin, saya nak berkahwin seorang lagi. Inilah orangnya (sambil tunjuk gambar), awak berkenan atau tidak. Dia cakap tak suka, okey cari lain sampai mendapat restu dari isteri pertama,”ujar Ustaz Azhar Idrus.
Ads
Isteri tipu, suami marah. Kalau suami kahwin lain tanpa pengetahuan, ingat isteri tak marah ke?
Tambah Ustaz Azhar Idrus, tindakan seorang suami berkahwin tanpa pengetahuan isteri pertama seolah-olah mereka telah melakukan penipuan dan semestinya menimbulkan rasa marah.
Ads
“Kalau isteri tipu, kita marah tak? Sama jugalah dengan konsep kahwin tanpa pengetahuan isteri. Dia masih ingat kita tak beri dia ‘madu’. Betul tak? Jadi, isteri rasa tertipu. Jangan sebab jasa isteri sangat besar dengan kita (suami),”jelasnya lagi.
Takziah diucapkan buat penyanyi Noh Salleh dan isteri, Fatin Athirah Mustapa yang kehilangan bayi pertama mereka tujuh bulan yang lalu.
Menerusi Instagramnya, Noh mengakui sedih kehilangan malah perit melalui detik itu bersama isteri.
Kongsi Noh lagi, tanggal 22 September merupakan tarikh genap dia dan isteri kehilangan bayi sulung ketika di dalam kandungan.
Menerusi hantaran itu, Noh dilihat sedang menguruskan pengebumian anak syurganya dan keadaan isterinya terlantar di atas katil sebuah pusat perubatan serta di tanah perkuburan.
“Hari ini 22 September 2024 adalah genap 7 bulan kami kehilangan anak di dalam kandungan,” tulisnya di Instagram.
Biarpun sedih dengan kehilangan namun Noh dan isteri akur dengan ketentuan Ilahi buatnya dan isteri.
“Pasti segala ujian ini adalah untuk mempersiapkan kami agar menjadi lebih kuat atau erti kata lain UPGRADE diri sebagai suami isteri.
“Walaupun perit bak lalui segala yang aneh-aneh, tapi kami bersyukur. Tuhan jernihkan semua untuk kami nampak dan ternyata hidup lebih steady dan tenang,” luahnya berkongsi.
Anak syurga itu juga rupanya sudah diberian nama ‘Julian’ dan berharap agar diberi keizinan untuk bertemu di kemudian hari.
Tambahnya lagi, dia bersyukur kerana dikelilingi insan yang tidak henti memberi kekuatan dan doa ketika melalui detik hiba itu.
Terdahulu Noh dan isteri mendirikan rumah tangga pada 23 September tahun lalu.
Dalam menjalani rutin harian dengan melakukan kerja-kerja amatlah memenatkan, meletihkan mental dan fizikal. Walaubagaimana pun, kita mestilah selesaikan tugasan itu
Ada masanya selepas selesai buat kerja , kita mestilah mengambil sedikit masa untuk berehat seketika, dengan scroll media sosial, layan youtube sekejap. Kemudian bila kita nak sambung kerja semula, tiba-tiba terasa arghhhh malas sangat! terus tak ada momentum untuk sambung kerja tersebut. Lagi-lagi kalau lepas lunch, dia punya ‘saka’ tu lagi menjadi-jadi ! nak tahu tak kenapa ?
Jawapannya adalah, semasa kita sedang mendapatkan intertainment itu, kita dapat dophamine (neurotransmitter yang bagi rasa seronok) sangat banyak dalam badan kita. Jadi kita punya minda dah penat untuk sambung buat ‘kerja’ (kurang seronok)
Ini ada satu perkongsian dari pengguna tiktok sayaizzyunus yang beliau discover sendiri dengan membuat eksperimen ke atas dirinya sendiri apabila ‘malas’ itu berleluasa pada dirinya.
Apa yang beliau buat adalah, dia cuba untuk buat short burst excersice seperti jumping jack selama 30 kali, burpees dalam 5 kali sehingga merasakan termengah-mengah. Kemudian dia berjalan-jalan di dalam office, dan….
senaman Jumping Jack dilakukan sebanyak 30 kali
senaman Burpees dilakukan sebanyak 5 kali
BOOM!
Beliau dapati willpower dan fokus beliau datang balik! boleh terus sambung kerja dengan momentum yang ada.
Bagi anda yang mengalami perkara yang sama, anda boleh cuba ‘trick’ dan senaman ini di office anda ok!
Di saat keluarga lain selesa mengulit mimpi, keluarga ini masih berjaga mencari sesuap nasi. lebih menyentuh hati, si atuk yang sudah uzur mengerah kudratnya mencari rezeki demi cucu-cucu yang masih kecil.
Itu yang dikongsikan oleh lelaki yang dikenali sebagai Dr Afiq Rahim dalam memuat naik perkongsian di laman Facebook mengenai seorang pakcik yang membonceng motosikal di tengah malam bersama cucu-cucunya.
Lebih menyentuh hati adalah apabila melihat warga emas itu ditemani cucunya yang masih kecil di celah longgokan barang lusuh sedang tidur keletihan. Mungkin penat membantu atuknya mencari barang-barang lusuh.
“Apa yang sedang bergerak di belakang tu?”
Doktor Terkejut Semasa Memandu Pada Waktu Malam 😲😰
===== Saya dalam perjalanan pulang ke rumah. Jam sudah menunjukkan hampir larut malam. Cuaca agak dingin selepas disimbah hujan lewat petang tadi.
Dalam perjalanan yang agak sepi, trafik saya tiba-tiba menjadi perlahan.
Selepas 5 minit perjalanan, trafik masih lagi perlahan.
“Traktor barangkali di hadapan” bisik hati.
Saya melihat satu persatu kenderaan mula memotong sejenis kenderaan yang saya tidak dapat kenal pasti dalam kepekatan malam.
Apabila menghampiri simpang empat yang diterangi lampu jalan, barulah saya boleh melihat kenderaan yang memperlahankan lalu lintas.
Sebuah motosikal beroda tiga yang dibonceng oleh seorang pakcik tua.
Disebelahnya penuh dengan barang-barang seperti kerusi plastik dan besi. Selebihnya tidak jelas kerna kesamaran di malam hari.
“Kasihan…” bisik hati lagi melihat keadaan pakcik tersebut.
Kami menunggu dengan sabar lampu merah di simpang empat itu. Juga saya meneliti jika ada peluang untuk saya memintas pakcik itu semasa lampu hijau.
Kemudian saya terlihat sesuatu sedang bergerak di bahagian barang sebelah motorsikal pakcik.
“Eh apa itu?”
“Apa yang sedang bergerak di belakang tu?” saya kehairanan.
Saya mengamati dengan teliti pergerakan yang sedikit tetapi kerap di belakang longgokan barang di motorsikal pakcik.
“La ilaha illallah, budak rupanya” saya terkejut.
Dua orang kanak-kanak sedang berhimpitan di belakang longgokan barang-barang pakcik.
Mereka bergerak barangkali menyesuaikan posisi badan dalam kesempitan ruang yang ada.
Kemudian lampu jalan sudah kembali hijau.
Saya mengambil peluang memintas motorsikal pakcik tersebut. Sempat yang menoleh melihat raut wajah pakcik.
Alahai, wajah yang sangat kepenatan.
Barangkali penat membanting tulang mencari rezeki.
Dalam saya menekan minyak memintas motorsikalnya, hati terdetik “Mungkin aku boleh bantu sedikit pakcik ini”
Kemudian hati bertanya lagi “Bila? Sekarang kau sedang berada di atas jalanraya.”
“Tidak, mungkin tuhan sedang berikan aku satu peluang untuk beramal” saya mempositifkan diri.
Lalu saya berhenti dalam 150 meter di hadapan pakcik dan menunggunya di tepi jalan.
Saya melambai dan menahan pakcik tersebut.
“Assalamualaikum pakcik, apa khabar? Nak ke mana tu?” saya memulakan bicara.
“Waalaikumusalam, pakcik nak balik rumah, nak. Baru habis cari rezeki” balas beliau.
“Oh begitu. Saya nak tanya, saya nampak macam ada orang di belakang barang tu?” saya menunjukkan arahya kepada pakcik.
“Oh cucu-cucu pakcik tu. Mereka tolong pakcik tadi” balas beliau.
Saya ke bahagian belakang motornya. Dua orang kanak-kanak, lelaki dan perempuan dalam lingkungan umur 8-10 tahun sedang tidur keletihan di bahagian yang sempit di belakang kenderaan itu.
“Maaflah nak, pakcik nak gerak dulu ye” maklum pakcik kepada saya.
“Oh kejap pakcik, ini ada sedikit wang untuk pakcik dan cucu-cucu pakcik” saya menghulurkan sedikit wang untuknya.
“Eh takpala nak. Simpanlah duit tu” beliau menolak.
“Tak mengapa pakcik. Ambillah. Saya sedekah.” lalu saya bersalam dan menyelitkan duit ke tangannya.
“Terima kasih banyak-banyaklah nak. Tuhan sahaja boleh membalasnya.” kemudian pakcik tersebut memejamkan mata dan menggenggam rezekinya sambil berdoa.
Bunyi bising kenderaan yang lalu lalang ditepi kami membataskan saya untuk mendengar apa yang sedang didoakan oleh pakcik ketika itu.
Namun beliau kelihatan sangat bersyukur dengan pemberian tersebut.
“Pakcik boleh saya ambil gambar pakcik.” saya meminta kepada beliau.
“Boleh nak” balas beliau.
Usai saya mengambil gambarnya dan cucu-cucunya, pakcik meminta diri untuk beransur pergi.
Langit malam kembali mendung. Angin sejuk menggeletarkan badan kami.
Pakcik ingin segera pulang ke rumah. Barangkali bimbang diri, cucu-cucunya dan barang mereka dibasahi hujan.
Saya tidak sempat bertanya di manakah beliau tinggal, apakah pekerjaan beliau dan apakah anak-anak tersebut bersekolah dan beberapa soalan lain.
Barangnya pula seperti peralatan berniaga di pasar malam.
Banyak lagi ingin ditanya supaya dapat saya membantu serba sedikit namun apakan daya, raut wajahnya membayangkan keletihan yang amat.
Maka kami berpisah pada malam itu.
Saya berehat seketika di dalam kereta mengenang detik tersebut.
Mata sedikit berkaca ketika itu.
Betapa kita manusia perlu sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada.
Hatta kita perlu bersyukur dengan sekecil-kecil nikmat yang tuhan berikan.
Ada orang diberi rezeki bekerja di dalam tempat berhawa dingin.
Ada orang terpaksa membanting tulang memerah keringat mencari rezeki di bawah terik matahari.
Ada orang dikurniakan wang yang sedikit tetapi direzekikan anak-anak yang ramai.
Ada orang dikurniakan wang yang banyak tetapi hidupnya sepi.
Pakcik itu juga mengajar kita untuk jangan meminta-minta.
Selagi ada kudrat, berusahalah mencari rezeki yang halal.
Aduh banyak sebenarnya pengajaran saya dapat bila bertemu pakcik malam tadi.
Jika saudara – saudari yang membaca kisah syahdu ini mempunyai mesej lain yang tersirat, maka kongsikan dengan kami di bawah ini.
Mudah-mudahan membantu sahabat-sahabat lain yang membacanya.
Terima kasih Allah atas segala nikmat yang Engkau kurniakan kepada kami.
Alhamdulillah….
**Update: 1. Saya tidak sempat bertanya nombor akaun pakcik kerana pakcik kalut hendak pulang ke rumah.
2. Lokasi kami bertemu berdekatan simpang empat Jalan Bayam, Kota Bharu.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.