Umum tahu baru-baru ini, ayah kepada pelawak dan pengacara terkenal, Nabil Ahmad meninggalkan dunia akibat komplikasi jantung di Hospital Serdang, Selangor.
Menurut laporan Harian Metro, dia tidak pernah mengetahui bapa tercinta Allahyarham Ahmad Ismail menghidap penyakit jantung dan menyifatkan pemergian itu adalah tiba-tiba.
“Pada Khamis minggu lalu ayah sakit dada. Betul-betul dua hari selepas dia membuat kejutan kepada saya di program MeleTop.
“Jadi, dia terus dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban. Kemudian, dia dipindahkan ke Hospital Serdang bagi menjalani pemeriksaan lanjut.
“Selama ini kami sekeluarga tidak pernah tahu dia ada jantung tersumbat dan tak pernah buat rawatan jantung pun sebab dia memang sihat, cuma tahu dia ada diabetis.
Ads
“Pagi kelmarin, doktor menghubungi dan minta waris datang ke hospital. Saya orang pertama sampai dan tengok dia sangat ‘struggle’ nak bernafas.
“Perbualan akhir saya dengan ayah adalah ketika mengajar dia mengucap dua kalimah syahadah.
“Kemudian adik saya sampai dan dapat duduk beberapa minit sebelum paras oksigen menurun hingga 25. Doktor terus tidurkan,” kata pelawak 39 tahun itu.
Ads
Nabil berkata, bapanya yang berusia 71 tahun itu tidak sempat menjalani pembedahan pintasan jantung apabila dipindahkan ke Hospital Serdang.
“Ayah dimasukkan ke Hospital Serdang untuk menunggu giliran menjalani pintasan jantung. Ikut prosedur kena tunggu tiga minggu.
“Tapi itulah, Allah lebih sayangkan dia. Saya rasa kehilangan tiba-tiba dan tak percaya dia sudah tiada.
Ads
“Alhamdulillah, urusan pengebumian selesai semalam dan dipermudahkan. Saya sebenarnya bersyukur Allah permudahkan urusan.
“Sakitnya seminggu saja. Saya pun tak kongsi dia sakit. Ujian dia, dia tak susahkan sesiapa,” ujarnya
Menjaga dan membesarkan anak bukanlah kerja mudah. Itu belum lagi sentuh bab melayan ragam dan karenah anak-anak. Semua itu memerlukan kesabaran yang tinggi.
Sedar akan sukarnya seorang ibu menjaga anak-anak, apatah lagi buat suri rumah sepenuh masa, suami ini ingin berkongsi pandangannya. Harapannya agar lebih ramai suami di luar sana akan lebih prihatin dalam menyantuni isteri dengan sebaiknya dan sekali gus menghargai apa yang dilakukan oleh isteri kerana apa yang dibuat itu bukan kerja yang remeh malah berat dan memenatkan.
Jom semak perkongsian ini.
Jaga anak memang penat ke? Serius penat! Siapa yang kata tak penat tu memang temberang la. Ataupun tak pernah jaga lagi!
Setiap pagi kena buat rutin yang sama. Urus mandi dia, urus makan dia, dari hujung rambut hingga hujung kaki kena urus. Tambahan kena urus kerja rumah lagi. Hari hari rutin sama. Yang beza cuma ragam anak.
Bayangkan setahun ada 365 hari, maka ada 365 kebarangkalian ragam yang berbeza.
Ada hari dia baik macam malaikat. Ada hari hari nauzubillah, ragam dia boleh buat mengucap panjang. Rutin semua jadi carca marba tergendala semuanya.
Huh, bukan badan je penat mental pun penat campur stress.
Sungguhlah, siapa yang jadi surirumah ni sangat perlukan sokongan dari pasangan mereka.
Anak anak memang tak akan faham maknya penat, pasangan sahaja la yang cukup matang untuk faham dan hargai kerja surirumah ni.
Jaga anak memang penat tapi nak jaga dan sedapkan hati pasangan lagi penat sebenarnya.
“Ramai pakar dan doktor muda menangis kecewa sebab tak mampu selamatkan pesakit Covid muda.”
Begitulah luahan seorang doktor yang dikenali sebagai Hana Hadzrami menerusi facebook miliknya.
Beliau melahirkan rasa sedih dengan cabaran varian baharu yang menyerang pesakit dengan cepat.
Lebih menyedihkan pesakit masih muda tetapi serangan virus ini menyebabkan paras oksigen darah turun mendadak.
Semalam pesakit Covid saya meninggal. Cardiac arrest ketika dalam posisi telangkup, intubated. Kelam kabut kami telentangkan dia untuk CPR. Tekanan saluran pernafasan sangat tinggi namun bukan disebabkan tiub tersumbat atau terbengkok.
Memang perubahan ARDS paru-paru beliau sangat teruk dengan tekanan yang tinggi. Beliau baru awal 40an. Semenjak kami tahu yang beliau balu dengan anak dua; kami memang sangat berwaspada.
Bayangkan semenjak masuk ICU, kami tak perasan yang setiap hari kami duk update melalui telefon, anak beliau yang baru berumur 15 tahun. Semua sangka bercakap dengan anak dewasa. Sampailah hari saya on call baru tahu.
Beliau tinggal di rumah kuarantin berdua dengan adiknya yang berumur 12 tahun. Kami tanya ada saudara mara lain? Langsung tiada. Tiada datuk nenek. Tiada pakcik makcik. Ayah dah meninggal. Hanya jiran yang baik hati tolong hantar makanan semenjak ibu mereka masuk wad.
Dalam dunia cuma mereka bertiga. Bayangkan. Jadi kami lakukan CPR dengan penuh kesungguhan. Terlalu desperate sambil berdoa dalam hati; Tuhan, ampunkan kami semua, tolonglah selamatkan dia. Namun dia tetap pergi.
Detik cemas silih berganti.
Sewaktu saya suruh MO sampaikan berita pada anak beliau pada jam 1 pagi; dalam hati saya tertanya; bagaimana lah budak umur 15 tahun nak uruskan pengkembumian ibunya. Hati saya benar-benar kosong waktu saya mandi selepas doffing. Menangis dalam shower. Namun kesedihan itu tak bertahan lama. Setengah jam kemudian saya dipanggil masuk ke ICU kerana ada pesakit lain yang berumur 30 tahun tiba-tiba desaturate (paras oksigen darah turun). Tukar tiub, telangkupkan dia. Sibuk sampai ke pagi.
Begitulah keadaan kami. Berapa ramai pakar dan doktor muda menangis kecewa sebab tak mampu selamatkan pesakit Covid muda.
Sekarang umur 20-30 tahun pun boleh meninggal secara tiba-tiba depan mata. Licik sungguh varian baru ini. Kami sedih namun tak sempat berduka. Segala keperitan kami simpan jauh dilubuk hati. Simpan simpan simpan hingga hati keras dan kebas. Sampai bila?
Moga rakyat Malaysia tabah dan terus kekal menjaga SOP lebih ketat lebih lagi dengan varian baharu ini yang lebih cepat merebak.
Rezeki itu milik Allah. Semakin kita ikhlas memberi kepada orang lain, semakin dipermudahkan rezeki buat kita. Rezeki tak pernah salah alamat. Tak pernah menyimpang sesat. Tak pernah salah orang dan tak pernah salah waktu.
Begitulah yang nikmat rezeki yang dilimpahkan kepada youtuber Kelantan ini, Syahmi Sazli yang tidak menyangka perniagaan air balangnya semasa bulan Ramadan yang lalu mencecah lebih RM60,000!
Perkongsiannya mengenai pencapaiannya itu tular di media sosial itu meraih tumpuan ramai hingga tanda suka (Likes) 90,000! Namun jauh di sudut hatinya bukan untuk menabik dada dengan apa yang diperolehinya.
Katanya muat naik perkongsiannya itu adalah untuk memberi penjelasan mengenai beberapa persoalan yang menjadi perbualan yang tidak sedap di dengar.
Katanya lagi, ada yang mengatakannya perniagaannya laris kena popularitinya yang dikenali ramai. Namun dia menafikan dakwaannya secara berhemah. Dalam pada itu, dia turut berkongsi amalan sehingga rezekinya melimpah ruah pada bulan Ramadan yang lalu.
AIR BALANG MI
Alhamdulillah, selama 3 minggu dlm bulan puasa lalu pulangan bersih untuk jualan air balang Mi mencecah RM60,000 lebih.
Mi tak nak cerita mcm mana resepi air yg Mi jual tu. Yang tu boleh tengok live yang Mi duk buat air tu. Posting ni Mi nak jawab beberapa persoalan/isu yg tercetus.
1) “Takpelah Syahmi dah ada nama, senang lah nak jual apa-apa. Jual air kosong pun ada orang beli”
Mi rasa tak juga.. Sebelum ni Mi pernah 2 kali jual baju, rugi.. Jual santan pun tak jadi, rugi juga. Pernah bersama dgn isteri Mi jual foundation, pun tak jadi.
2) “Kesian dekat peniaga lain, orang tak pergi beli. Orang pergi beli kedai Syahmi”
Kalau mcm tu, Shopee pun Mi kena tutup jgk sbb alasan tu. Youtube pun Mi dh tak boleh buat sbb “kesian dekat Youtuber baru, takde org nak tgk”.
Dan kalau Mi tutup kedai Mi sebab alasan di atas, siapa pula yg nak kesiankan pekerja Mi dah takde kerja dan gaji?
Alhamdulillah, Mi dapat bagi kerja dan gaji kepada 23 orang pekerja air balang Mi bulan puasa lalu. Diorang terdiri dari anak beranak Mi dan orang kampung Mi..
3) “Apa amalan Mi murah rezeki macam ni?”
– Pertama sekali, Mi tidaklah sebaik apa yg orang sangkakan.. Takde beza dengan pemuda di luar sana malah mungkin mereka jauh lebih baik.. Tapi boleh lah Mi nak bagi tips sikit apa yg Mi tahu.
– Kemungkinan rezeki tersekat disebabkan dosa-dosa kita. Jadi, cari cara mcm mana nak hapuskan dosa. Pertama, selalu amalkan istighfar. Antara kelebihan istighfar
“Mohonlah ampunan kepada Tuhanmu, Sungguh, Dia Maha Pengampun, niscaya Dia akan menurunkan hujan yang lebat dari langit kepadamu, dan Dia memperbanyak harta dan anak-anakmu, dan mengadakan kebun-kebun untukmu dan mengadakan sungai-sungai untukmu.” (Surah Nuh 10-12)
“Barang siapa yang memperbanyakkan istighfar, nescaya Allah akan memberikan jalan keluar bagi setiap kesedihannya, kelapangan untuk setiap kesempitannya dan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka” (Sahih, Riwayat Ahmad)
– Cara diampunkan dosa dengan berzikir
i. Zikir 1: Zikir selepas solat.
“Sesiapa yang di akhir setiap solat bertasbih (subhanallah) kepada Allah 33 kali, bertahmid (alhamdulillah) kepada Allah 33 kali, dan bertakbir (allahuakbar) kepada Allah 33 kali yang mana jumlah seluruhnya menjadi 99 kali, dan dia menambahnya menjadi 100 dengan mengucapkan:
لَاإِلَهَ إِلَّااللهُ وَحْدَهُ لَاشَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَىكُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
(Laa ilaaha illallah wahdahu laa syarikalah lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa ‘ala kulli sya’in qadir)
“Maka diampunilah kesalahan-kesalahannya walaupun seperti buih-buih di lautan.” (Shahih Muslim, no. 597)
ii. Zikir 2
“Barangsiapa mengucapkan ‘subhanallah wabihamdihi’ seratus kali dalam sehari, ia akan diampuni segala dosanya sekalipun dosanya itu sebanyak buih di lautan.” (Hadis riwayat Muslim dan Tirmidzi)
– Selain tu perbanyakkan doa. Cari waktu mustajab doa antaranya adalah ketika sujud. Tidak hanya sujud terakhir saja. Setiap sujud mana2 boleh.
“Tempat yang paling dekat bagi seorang hamba kepada Rabb-nya adalah sewaktu ia dalam keadaan bersujud. Karena itu perbanyaklah kalian berdo’a” (H.R Muslim dan Abu Daud).
– Banyak lagi amalan lain tapi tu je yg Mi tahu Semoga bermanfaat..
Satu lagi, gerai air Mi dah buka terus ye sekarang.. Jumaat je cuti. Start pkul 1 tghari sampai habis barang.. Boleh waze: Syahmi Sazli Production Office Baru
Jus tembikai tanpa air tular selepas konsep 100% isi buah segar diperkenalkan. Peniaga asal berlapang dada apabila idea ditiru dan anggap ia soal rezeki.