“Selamat Hari Bapa Untuk Ibu-Ibu Tunggal.” Akui Bertuah Dipilih Allah Besarkan Anak Sendirian, Luahan Rita Rudaini Jentik Emosi Netizen

Share

Tidak mudah membesarkan anak-anak sendirian tanpa kehadiran insan bernama suami di sisi. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Apatahlagi dengan pandangan serong sesetengah masyarakat kepada wanita bergelar janda atau ibu tunggal.

Namun selebriti bernama Rita Rudaini tidak punya masa untuk meratap malah dia bangkit dan berjuang demi anak-anaknya.

Dia berjaya mendidik dan membesarkan anak-anaknya sendirian dengan baik malah dua hero kesayangan yang juga buah hati pengarang jantungnya dibesarkan dengan penuh kasih sayang.

“Rasa bertuah di pilih untuk besar kan anak2 sorang2 tanpa bantuan sesiapa…ada yang bercerai tapi anak2 masih di biaya bapa,duit sekolah,perayaan ,tempat perlindungan dan segala perbelanjaan sehingga dewasa,beruntungnya mereka alhamdulillah…tapi saya sebalik nya…tanggungan penuh atas bahu saya dari mereka kecil sampai sekarang,sekolah,perayaan,tempat perlindungan dan macam2.

“Saya bersyukur sebab DI PILIH jadi begini…ini bahagian saya ? …ini anak2 kandung darah daging saya..mana mungkin saya berkira kira ?…susah senang yang saya tanggung saya percaya akan ada kejayaan dan manis menunggu di depan.

“Biar lah kami tak mewah tapi hati kami bahagia…saya tak rasa susah mencari rezeki sorang2 ..penat? Ye itu biasa…tapi bila dapat menyuap rezeki yang saya cari ke mulut anak2,saya bahagia,hilang penat lelah.

Mengakui segala yang dilakukan semata-mata demi anak, Rita sanggup melupakan keperluan diri termasuklah soal jodoh.

“Saya rasa ibu tunggal di luar sana pon merasa benda yang sama macam saya. Ada rezeki besar ada rezeki kecik tapi itu tak menjadi masalah asalkan anak2 besar dengan gembira.

“saya ..seorang ibu yang sanggup ikat perut demi anak2..saya….ketepi kan baju raya,keperluan saya,jodoh? Jauh sekali untuk saya fikir.

 

“Semuanya demi anak2..kerana bahagian saay dah lepas…masa depan untuk diri saya dah lepas…dan masa depan saya cuma mereka,RYAN dan ARJUNA…SELAMAT HARI BAPA UNTUK IBU2 TUNGGAL ❤️

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata semangat dan memuji kecekalan pelakon cantik manis ini dalam membesarkan anak-anak sendirian.

Dimata mereka kita ibu kita bapa

puteribunian7 Akak juga melalui prasa kehidupan yg sama tapi alhamdulillah ank2 berjaya jejak kaki kat menara gading rasa berbalas semua kesulitan terima kasih Allah

yayaz151 Tak pe kak. In Shaa Allah ada bahagian akak dengan anak2 akak nanti. Semoga anak2 akak menjadi anak yg soleh dan boleh bahagian akak nanti. In sha Allah. Semoga akak sentiasa kuat dan tabah. Hugs. Hari tu suka je tgk dorg. Baik sangat. ❤️❤️❤️’

arnypinky_homekitchen Dimata mereka kita ibu kita bapa.. kdg2 ada bapa pun anak2 ttp cari ibu utk segalanya..?

siti_nuratikah_johari Kak semoga Allah sentiasa beri kekuatan tu pada akak… Allah pilih akak kerana akak mampu hadap.. tanda Allah syg akk.. Sy doakan semoga kebahagiaan akn selalu berpihak pada akk and anak2… ??

Inspirasi buat ibu tunggal

norsafwanaaa___ So proud of you sis..and ibu2 tuggal di seluruh dunia..termasuk ibu saya❤️❤️❤️

nynasaranghae Tahniah kak @ritrud727 … Moga Allah swt senantiasa berikan kebahagiaan berpanjangan buat kita ibu2 yg mencari rezeki. Terima kasih sbb menjadi inspirasi buat ibu2 tunggal dan juga ibu2 yg membesarkan dan mencari rezeki utk keluarga ?

nurazanna Selamat Hari Bapa kak..@ritrud727 . Saya juga melaluinya.. membesarkan 4 org anak yg masih kecil dgn tukang empat kerat Saya ini.. cukupkan keperluan dan kehendak anak2. Keperluan diri dilupakan. Si ayah tidak pernah ambik tahu ttg anak2 apatah lagi beri nafkah kpd anak2..xpernah bg wlpn perintah mahkamah telah keluar. 3 tahun berterusan Tampa bantuan si bapa. Kehidupan kami anak beranak bergantung kpd gaji Saya semata2. InsyaAllah… Saya berdoa moga Allah beri Saya kekuatan berterusan dlm meneruskan hidup disamping anak2.. keep strong kak.

Akak kuat dan tabah

watybuhari tahniah akak…pinjam kata2 ni kisah kita serupa semoga sama2 kuat menghadap hari yg mendtg demi ank2

mehrajbeautyboutique Terharu baca @ritrud727 . Betul tahniah dear . Be strong n beautiful forever. May Allah bless u n children

eiz_eiza Semoga sis rita @ritrud727 kuat dan tabah…..sy tahu sis kuat.dan sis perlu bangga sebb x smua org blh lalui keadaan sis skrg….lagi rasa puas hati dgn hasil titik peluh sis sendri…semoga bila ank2 dah besar nanti, mereka akan tahu siapa yg lebih mghargai kewujudan mereka…..sy yakin akak kuat ???

ain5581 Sya bngga dgn kak @ritrud727 sbb akk tabah tempuh nie semua..xsemua ibu tunggal tabah mcm akk .xsemua brfikr mcm akk dmi ank snggup buat ape sja…kdang2 bla dah brccerai mula cri lagi psangan nak tunjuk pda ex husben.padahal hakikat nya anak2 yg merana..tp akk lain mnunjuk ibu tunggal yg brjuang hbs2 dmi ank2 hak ank2

myzura_tamyis Strong women..sbb tu sy Sebak sgt bila tgk video rayyan and arjuna..sy x rase sis menagih simpati org tp just share apa yg rase…org yg pernah rase je tahu apa kita rase sis ??

Sumber: IG ritrud727

IKLAN