“Selamat Pengantin Baru Puteriku.” Hanya 3 Minggu Plan, Zulkifli Ismail Titip Syukur Majlis Nikah Anak Lancar!

Share

Wajahnya sering menghiasi kaca TV menerusi drama sejak dahulu lagi, pemilik nama   Zulkifli Ismail ini sememangnya cukup berbakat dalam dunia lakonan.

Jika segelintir artis memilih untuk tidak berkongsi kisah berkenaan keluarga, Berbeza dengan pelakon senior ini.

Sebelum ini, Zulkifli berkongsikan perihal kejayaan anak perempuannya, Zulfati Izazi yang berjaya mendapatkan PhD di Pusat Bahasa, Literasi dan Terjemahan Universiti Sains Malaysia dan membawa gelaran Dr.

Terbaru, dia memuatnaik khabar gembira apabila anak gadisnya itu selamat diijabkabulkan.Menurut Zulkifli, anak perempuannya itu mendapat tawaran sebagai pengajar di Hankuk University of Foreign Studies.

Setelah setahun tidak bertemu, Zulfati kembali ke Malaysia awal Januari yang lalu dan pada 29 Januari lepas telah melangsungkan pernikahannya.

Dalam perkongsian menerusi akaun Instagramnya,  Zulkifli memuatnaik beberapa keping gambar sepanjang majlis ringkas di Masjid Negara.

Menurutnya, majlis pernikahan hanya dihadiri keluarga terdekat, Zulkifli memaklumkan mereka merancang majlis ini hanya dalam tempoh 3 minggu.

Walau bagaimanapun, Zulkifli menitipkan ucapan syukur kerana majlis pernikahan puterinya ini berjalan dengan lancar.

Dalam masa yang sama, dia turut memohon maaf kerana tidak dapat membuat sebarang majlis lagi kerana Zulfati perlu kembali ke Korea pada 1 Februari.

 


ARTIKEL MENARIK: “Like Father Like Daughter. Mata & Senyum Tu Seiras Betul.” Wajah Anak Perempuan Copy Paste Arwah Hani Mohsin Raih Perhatian!

ARTIKEL POPULAR: “Ditanya Nak Hadiah Apa, Saya Cuma Nak DOA.” Suami Dedah Sebab Pilih Heliza, Resepsi Dihadiri Ilmuan, Alunan Al-Quran & Tazkirah

“Selepas 35 Tahun, Bertemu Jua Pemilik Tulang Rusuk.” Mas Kahwin Senaskhah Al-Quran, Heliza Helmi Selamat Bergelar Isteri

BACA INI JUGA : Anak Ramai Tak Salah, Itu Rezeki. Jangan Salahkan Mereka Kalau Kita Tak Terurus. Deep Perkongsian Ibu Ni!


Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy
#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara

IKLAN