Wajahnya sering menghiasi kaca TV menerusi drama sejak dahulu lagi, pemilik nama Zulkifli Ismail ini sememangnya cukup berbakat dalam dunia lakonan.
Jika segelintir artis memilih untuk tidak berkongsi kisah berkenaan keluarga, Berbeza dengan pelakon senior ini.
Sebelum ini, Zulkifli berkongsikan perihal kejayaan anak perempuannya, Zulfati Izazi yang berjaya mendapatkan PhD di Pusat Bahasa, Literasi dan Terjemahan Universiti Sains Malaysia dan membawa gelaran Dr.
Terbaru, dia memuatnaik khabar gembira apabila anak gadisnya itu selamat diijabkabulkan.Menurut Zulkifli, anak perempuannya itu mendapat tawaran sebagai pengajar di Hankuk University of Foreign Studies.
Setelah setahun tidak bertemu, Zulfati kembali ke Malaysia awal Januari yang lalu dan pada 29 Januari lepas telah melangsungkan pernikahannya.
Dalam perkongsian menerusi akaun Instagramnya, Zulkifli memuatnaik beberapa keping gambar sepanjang majlis ringkas di Masjid Negara.
Bukan mudah untuk menerima hakikat kehilangan insan tersayang buat selama-lamanya. Seolah-olah separuh jiwa turut dibawa pergi bersama. Kehadiran ramadan dan syawal tidak lama lagi pasti lebih dirasai.
Bagi penyanyi terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL), pemergian suami tersayang, Allahyarham Ashraf Sinclair benar-benar di rasi. Lama menyepikan diri, terbaru, dia memuat naik sebuah video khas mengenang arwah suaminya.
Video yang diberi nama ‘Dear Love…” dikongsikan di youtube baru-baru ini. Menurut BCL, meskipun Ashraf tiada di sisi, namun arwah suaminya itu tetap akan berada dalam ingatannya dan anggota keluarga yang lain.
“Dear Love, tidak terasa waktu berjalan begitu cepat, kerana rasanya seperti baru kemarin kita merayakan Aidilfitri sama-sama, bersilaturahim dengan keluarga dan sahabat-sahabat di rumah. “Saya juga masih ingat kita berbincang bagaimana mahu menghidangkan cinnamon rolls, siapalah yang sangka, itu merupakan Aidilfitri terakhir kita bersama.
“Malam tadi, kami sekeluarga membacakan yassin buat kamu. Seperti mana kami selalu buat setiap malam. Noah, opah juga Alam tidak melewatkan malam tu tanpa takbir.
“Sepertimana yang kamu lakukan bersama Noah tahun lalu. Cuma bezanya kali ini tiada lagi kamu. Tahun ini, Noah telah bertakbir di rumah secara online,” kata BCL dalam video tersebut.
Dalam video itu, BCL telah menggabungkan pelbagai potongan video Ashraf menyambut Syawal bersama keluarganya sebelum ini. “Di saat ini, kita makin menyedari bahawa di luar segala apa cubaan yang hadir dalam hidup kita, kami bersyukur kerana memiliki sesama sendiri,” tuturnya lagi. Nikmati moment yang dipunya. Mencintai, memberi kasih dengan orang yang dicintai. Karena kita tahu, Waktu amat sangatlah berharga.
Ini bukanlah perjalanan yang mudah.. Bahkan ku masih tak tahu berada di mana.. Kadang bergerak maju dua langkah, lalu mundur satu langkah.. Tapi ku terus berjalan.. Karena ini adalah sebuah proses panjang yang harus dijalani.. Di moment ini, aku memberanikan diri.. Untuk sedikit berbagi tentang hidupku.. Perjalananku..
Video itu telah mendapat tontonan melebihi 8000 selepas tujuh jam dimuat naik.
Februari lalu, industri hiburan Malaysia dan Indonesia dikejutkan dengan pemergian Ashraf.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada pada pagi 18 Februari 2020 akibat mengalami serangan jantung.
Al-Fatihah buat Allahyarham Ashraf Sinclair, semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah SWT.
Sejak PKP ni tentu mak-mak kena masak sendiri makanan di rumah. Maklumlah nak keluar pun bimbang dengan kes jangkitan yang semakin tinggi ni.
Hal memasak ni, tentu mak-mak ingin tahu pelbagai petua agar bahan-bahan mentah masakan yang dibeli tahan lama.
Ia termasuk kelapa parut. Kali ini petua kelapa parut ini tahan hingga dua hingga tiga bulan. Beli banyak-banyak simpan dalam peti ais.
Bila nak guna hanya ambil sahaja dalam peti ais. Tak perlu dah ke kedai. Nak masak ambil je.
Nak tahu cara penyimpanannya, ini caranya.
TAHAN HINGGA 3 BULAN
1.Letakkan kelapa parut di dalam loyang. Taburkan dan gaul garam pada parutan kelapa hingga rata. Fungsi garam adalah agen yang bertindak sebagai anti pereputan.
2. Masukkan loyang ke dalam kukusan yang telah di panaskan. Kukus selama 15 minit.
3. Biarkan sehingga sejuk dan masukkn ke dalam plastik.
4. Simpan di dlm peti ais bahagian sejuk beku. Kukus semula bila hendak menggunakannya.
**Boleh tahan sehingga 2 atau 3 bulan kelapa parut tersebut . Untuk mendapatkan santan yang pekat , blender kelapa parut dengan sedikit air kemudian tapis. Boleh blender sehingga 3 kali kelapa tersebut untuk mendapatkan santan yang pekat .
Sumber : Ani Zam Via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Dalam rumah tangga kena ada give and take, saling memahami antara satu sama lain. Usah biarkan benda-benda kecil menjadi penyebab anda suami isteri bermasam muka.
Sebab tu nak rumahtangga kita bahagia, aman damai dan tenang sejahtera perlu ada common sense antara kita dan pasangan.
Dalam bab menguruskan anak-anak dan rumah tangga misalnya, kena saling membantu. Usah meletakkan tanggung jawab di bahu isteri. semata-mata Lagi lagi kalau yang tidak bekerja dan bergelar suri rumah. Namun itu tidak bermakna suami kena lepas tangan.
Sebaliknya suami isteri harus berganding bahu dan sama-sama membesarkan dan melakukan kerja rumah bersama.
Kisah yang dikongsikan oleh saudara Zaim Zin ini cukup menyentuh hati. Semoga para suami dan juga isteri mengambil iktibar dalam sama-sama melayari alam rumah tangga. Saya balik kerja, isteri cakap, “Abang, jom keluar jalan-jalan. Stress la”
Banyak kali macam tu. Pelik betul. Stress apa, duduk rumah jaga anak-anak tercinta yang comel-comel tu. Kalau ikutkan, keluar rumah, lagi la stress dan penat.
Bila fikir semula, saya bawa juga pusing-pusing naik kereta. Kadang-kadang, singgah pasaraya. Selalunya tak beli apa pun, window shopping je. Tapi dia punya teruja, macam anak kecil diajak pergi Disneyland.
“Terima kasih abang, bawa jalan-jalan!”, isteri saya akan ucap ini setiap kali dapat berjalan.
Saya teringat satu pesanan, “Emosi perempuan ni macam belon kecil, tak boleh tampung banyak sangat tekanan. Nanti meletus. Beza dengan kita orang lelaki” Dulu isteri saya lemah lembut je, sejak ada anak ni, kalau tak kena masa, kalah raja rimba. Macam nak makan orang. Pelik juga. Kemana perginya kelembutan dan kemanjaan beliau yang dulu?
Kita baru pegang handphone pun, tiba-tiba boleh kena serang. Mengejut je. Tiba-tiba meletus.
Saya cuba untuk faham situasi ini. Ya, kami para suami susah nak faham.
Rupanya, tak sama penat seorang suami dan penat seorang isteri.
Anak menangis nak susu, anak yang lain berkelahi menjerit-jerit, sorang lagi mendesak nak tengok kartun, rumah dah macam tongkang pecah. Tak masuk lagi bab masak, bisnes, kurang tidur, lapar, basuh baju, kemas, layan perangai customer barang tak sampai. Ini berlaku setiap hari, hampir setiap masa.
Tengok la gambar ni, nak tidur pun, nak dengan mama dia sahaja. Tak ada ruang mama dia bersendiri. Terpaksa saya sarung tudung isteri untuk kelirukan budak ni. Asakan-asakan ni mendesak isteri secara fizikal, mental dan emosi.
Siapa lagi tempat isteri nak mengadu dan harapkan? Kita la, partner dia. Sebab tu kalau emosi mereka tidak ditenangkan, boleh meletop!
Jadi, nasihat ini untuk diri saya dan suami-suami sekalian. Isteri adalah amanah Allah pada kita.
1. Dengar cerita dia. Jika isteri mahu bercerita, dengar dengan cara pandang muka dia, atau peluk dia. Tunjuk yang kita prihatin dan sokong dia. Apabila kita abaikan dia nak luah kepenatan dia, dia makan hati. Tau-tau dah merajuk acik tu. Lagi teruk kalau kita sinis dan rendah-rendahkan pula perasaan dia. Jangan pelik kalau isteri pandai melawan.
2. Urus rumah adalah kerja kita juga. Tak ada istilah ‘tolong isteri buat kerja rumah’. Kalau ikutkan, itu memang kerja kita juga. Kita masak sebab nak makan, kita basuh baju dan pinggan sebab dah pakai. Itu rumah kita dan itu anak kita. Kita ada tanggungjawab. Ringankan tulang.
3. Kerja isteri tiada office hour. Dia bukan robot, jadi, bagi masa untuk dia berehat dan ‘me time’. Dia pun memang kurang rehat, sejak mengandungkan anak pertama. Pada saya, mengurus rumah tangga ni ada dua school of thought. Satu, isteri kena layan suami macam raja. Kedua, urus rumah bersama-sama. Dua-dua betul. Sesuaikan lah dengan cara kita.
Para isteri sekalian, maaf ya, jika tidak memahami kalian, bagi para suami peluang. Kita jaga kita. Benda boleh bincang. Mulakan dengan bercakap baik-baik dengan pasangan.
Maafkan, jika ada kesilapan dan kesalahan. Kita manusia biasa. Kenapa suami ada kekurangan? Sebab awak adalah pelengkap dia.
Kita bukan terbaik, tetapi izinkan kita berusaha jadi yang terbaik.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pantang tradisional Malaysia dipersoal apabila ada ibu dilaporkan menjadi pucat dan lemah. Warganet bandingkan pantang tempatan dengan penjagaan ibu di Barat.