Lazimnya apabila kita membaca atau mendengar kisah hidup seseorang yang dahulunya susah, kemudian berjaya hidup mewah membuatkan kita rasa teruja dan terinspirasi. Begitu juga halnya, bila ada mengatakan rezeki seseorang semakin bertambah bila telah berkahwin.
Jika kita hayati kitaran hidup ini ramai antaranya akan pernah melalui kepayahan hidup, kemudian Allah memberinya rezeki yang melimpah dan mencukupkan keperluannya.
Begitu juga ujian hidup yang pernah dilalui oleh Hairul Azreen. Pernah hidup susah dan kesenangan yang dikecapi hari ini bukan datang bergolek, penuh dengan usaha dan penat jerih.
Baru-baru ini melalui perkongsian Hairul Azreen menarik perhatian ramai apabila memuat naik video kenangan ketika dinobatkan sebagai juara Fear Factor Selebriti Malaysia.
Menurutnya ketika itu kereta Iswara miliknya hampir kena tarik kerana sudah 3 bulan tidak berbayar.
Perkongsian Hairul ini mendapat pelbagai reaksi di kalangan netizen yang mengatakan program tersebut menjadi titik tolak kehidupan pelakon itu berubah. Bahkan ramai yang berasa bangga dengan pencapain yang dikecapi oleh Hairul.
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Sebut saja kanser payudara pasti menggerunkan mana-mana wanita apatah lagi jika penyakit pembunuh nombor satu wanita itu didiagnosis berlaku kepada diri sendiri. Lebih memilukan apabila doktor mengesahkan perlu buang payudara dek kerana penyakit tersebut.
Bukan mudah untuk menerima hakikat aset penting sebagai seorang wanita, lebih-lebih lagi yang sudah berumah tangga. Justeru, dalam hal ini suami memainkan peranan penting dalam memulihkan kembali semangat isteri untuk terus berjuang.
Ini yang dikongsikan oleh saudara Muhd Iqbal Samsudin di laman twitternya bagaimana seseorang suami perlu buat andai isterinya terpaksa membuang payudara akibat penyakit tersebut.
Ini pengajaran yang boleh di ambil
Lemahnya setia lelaki
Ni bukan nak promote buku, tapi aku pernah tanya ayah aku soal jodoh.
“Macam mana nak pilih seseorang sebagai teman hidup?”
Kemudian ayah ceritakan.
Aku olah dan abadikan jawapan ayah dengan buat satu cerpen bertajuk – Yang Engkau Cinta.
Siapa yang tidak bahagia bila mana anak yang dikandung, diasuh dan dididik sejak kecil, cemerlang dalam berbagai bidang. Malah diangkat menjadi Pelajar Terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) peringkat negeri Terengganu pada tahun 2016 adalah satu perkara yang cukup membanggakan hati seorang ibu.
Bagi Hajah Dahliana Mohd Dagang dan suaminya, Hj Mohd Fauzi Ibrahim, kejayaan anak kedua mereka, Husna Mardhiyyah Mohd Fauzi yang dianugerahkan Pelajar Terbaik SPM Negeri Terengganu 2016 serta memperolehi 11A+ ini adalah satu pemberian dari Allah.
“ Saya amat bersyukur kerana Allah makbulkan doa dan pengharapan saya untuk membawa satu lagi bukti kepada masyarakat bahawa pelajar yang menghafaz dan memartabatkan Al Quran, mempunyai peluang cerah untuk cemerlang dalam akademik,” luahnya di atas kejayaan Husna.
Tidak hanya Husna, malah kesemua adik beradiknya yang lain turut sama cemerlang dalam pelajaran dan ilmu agama. Anak sulung kepada pasangan ini, Muhammad Shakir, telah khatam hafazan di usia 17 tahun, dan bakal melanjutkan pelajaran ke Australia pada Februari ini. Turut sama cemerlang dengan memperolehi 11A dalam SPM 2014.
Manakala anak ketiganya, Muhammad Nuruddin, merupakan peserta daurah pertama yang berjaya khatam hafazan 30 juzuk dalam masa kurang dari 4 bulan. Sarah Mursyidah,14, pula merupakan pelajar tingkatan dua Maahad Tahfiz Sains Darul Aman, Kedah. Sementara anak bongsu pasangan ini, Muhammad Luqmanul Hakim, 7, masih lagi bersekolah di Tahun 1, Sekolah Rendah Islam Al Maarif, Sg Petani.
Kongsi Tip Amalan Sejak Kecil
Kejayaan tak datang dalam sekelip mata pada tempoh yang singkat. Bagi pendidik ini, asuhan untuk kesemua anak-anaknya sudah bermula semenjak dalam
kandungan. Ini yang dikongsikannya.
“Sebenarnya sebelum kahwin lagi kita kena niatkan nak bina baitul muslim, baitul mu’min dan baitul da’wah lillahi taala. Nak lahirkan generasi soleh dan solehah yang boleh menyampaikan Islam kepada yang lain. Seboleh-bolehnya pilih pasangan yang kita rasakan boleh saling lengkap melengkapi ke arah itu.
Amalkan juga tiga surah ini daripada awal kehamilan lagi iaitu Surah Maryam, Luqman dan Yusuf. Sentiasa berzikir dan baca Al Quran kepada anak-anak dari
sejak lahir lagi.
Kalau tak sempat , pasanglah tape-tape mengaji. Permainan perlu berunsur pendidikan, kurangkan lagu-lagu dan hiburan yang sia-sia. Solat berjemaah amat penting supaya rahmat dan barokah lebih melimpah ruah.
Kami ibu bapa Husna tak mampu nak melengkapkan diri anak-anak dengan ilmu agama yang mendalam kerana kami bukan dari aliran agama. Saya bekas pelajar MRSM Kuala Terengganu; graduan TESL ITM/UKM manakala suami pula bekas pelajar MRSM Kulim dan berlulusan Professional Accounting dari UK.
Jadi Husna adik beradik kami hantar bersekolah rendah di Sekolah Rendah Al Islah; sebuah sekolah agama swasta yang menggunakan kurikulum MUSLEH, yang
menekankan keseimbangan dari segi akademik, akhlak dan pemantapan rohani. Memang agak perit dari segi perbelanjaan bulanan tapi itulah namanya
pengorbanan.
Bercerita soal pemilihan makanan, saya biasanya pastikan makanan yang halal dan baik, periksa dahulu bahannya untuk pastikan kandungan terjamin halal.
Pastikan membeli dari penjual yang menjaga syariat Islam misalnya penjual menutup aurat dengan sempurna.
Kalau makanan sunnah memang kami amalkan, cuma agak kurang berdisiplin tetapi Husna memang sentiasa dibekalkan dengan susu, kismis dan kurma setiap hari oleh pihak sekolah.
Selalu bawa anak-anak ke majlis-majlis ilmu dari kecil lagi. Sentiasa berpesan pada anak-anak supaya menjaga hubungan dengan Allah dan orang sekeliling.
Sentiasa tolong kawan-kawan dan baik pada guru-guru.
Dalam mendidik anak, kita perlu jadi role model. Contoh kalau nak anak yang solat di awal waktu, kita sendiri kena istiqamah. Kita nak anak yang positif & mengamalkn segala sifat-sifat mahmudah, kita sediri kena terlebih dulu mengamalkannya.
Sentiasa niatkan segala apa yang kita lakukan sebagai ibadah, ikhlas kerana Allah. Makan pun ibadah jika niatnya untuk menguatkan diri bagi meningkatkan ibadah dan kita tidak makan makanan yang haram.
Apatah lagi usaha untuk mendidik dan membesarkan anak untuk melahirkan generasi yang berguna kepada aummah.
Paling penting kita sebagai ibubapa tunjukkan contoh yang baik dan perlu sentiasa doakan anak-anak dalam sujud terakhir solat.
Saya amalkan doa yang dikongsi Ustaz Kazim Elias iaitu ayat 82 dalam Surah Yasin,” katanya berkongsi serba sedikit amalan yang dilakukannya pada anak-anak.
Bagi ibu ini, besar harapannya untuk melihat Husna dan adik beradiknya menjadi hafiz hafizah yang masyi dan mengamalkan ajaran Al Quran demi menjadi insan
yang bermanfaat kepada orang lain; berbakti kepada ummah demi meraih kebahagiaan dunia dan akhirat.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Niat mahu bercuti ke Kuala Lumpur bertukar tragedi apabila 3 beranak maut dalam kemalangan di Kilometer 216 Lebuh Raya Utara-Selatan (arah utara) pagi tadi berlaku selepas kereta dinaiki mangsa merempuh sebuah lori yang berhenti bagi kerja pembaikan jalan.
Memetik dari laporan Kosmo!, mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Muhammad Nazirul Syafiq Azmi, 28, dan isterinya, Zubaidah Abd. Rajak serta anak mereka, Muhammad Rizqi Muhammad Nazrul Syafiq yang baru berusia setahun.
Menurut Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu, kemalangan dipercayai berlaku selepas kereta jenis Honda Jazz dinaiki keluarga berkenaan merempuh bahagian belakang lori yang sedang melakukan kerja pembaikan jalan.
Hasil siasatan di tempat kejadian mendapati lori terbabit telah berhenti di lorong paling kanan dan sedang meletakkan kon bagi kerja pembaikan pembahagi jalan.
“Bagaimanapun kereta dinaiki tiga beranak itu telah datang dari arah belakang dan merempuh lori terbabit,” katanya.
Akibat daripada rempuhan kuat, ketiga-tiga mangsa dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian dengan masing-masing mengalami kecederaan parah di bahagia kepala.
Difahamkan, pasangan suami isteri itu merupakan jururawat di Hospital Pakar KPJ Puteri dan KPJ Johor di Johor Bahru.
Mereka juga dimaklumkan dalam perjalanan menuju ke Kuala Lumpur untuk bercuti.
Kesemua mayat telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Alor Gajah dan proses bedah siasat sedang dijalankan. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.