Tidak keterlaluan kalau dikatakan antara banyak-banyak ruang di dalam rumah, dapur menjadi antara tempat yang paling  lama kita sebagai seorang ibu berada.

Lantas, pastinya kita inginkan ruang dapur yang selesa, kemas dan lengkap dengan kabinet.

Pun begitu, tidak dinafikan juga untuk mengadakan kabinet tersebut memerlukan kos yang agak besar.

Sedar hal itu, seorang suami ini sanggup melakukan pertukangan sendiri untuk menghasilkan kabinet dapur untuk isteri tercinta walaupun ilmu pertungannya bukanlah ditahap seorang pakar.

Pun begitu, hasilnya cukup membahagiakan isterinya. Malah apa yabg lebih menarik, kos yang dikeluarkan juga jauh lebih murah iaitu hanya RM 300 sahaja.

Jom semak perkongsian seorang suami ini.


KABINET DAPUR BUATAN SENDIRI RM300

Assalamualaikum wbt. Disebabkan harge nk buat kabinet dapur tinggi mencecah 2k -3k. Setelah google2. Jadi sy mengambil langkah untuk buat sendiri.

Nak cuba buat sendiri. Saya ade sertakan gambar2 projek kabinet dapur diy dari mula hingga siap. Ok sekarang dh siap kabinet dapur yg sy buat sendiri di rumah ku syurgaku. Kos tak mahal mana pun lah cuma perlukan kemahiran sikit. Isteri pun makin sayang.

Antara bahan2 yang sy gunakan:
Kayu 1×2
Papan playwood 4mm
Kayu siling (utk bingkai)
Engsel pintu
Skru kayu 1 inci
Siller + cat minyak + kertas pasir
Pemegang pintu (pakai yg cantik sikit)
Magnet pintu almari

Kos semua dlm RM300 lebih kurang. Jimat kan? Bagi sy jimat lah sb xde duit bnyk sgt nk buat grand2. Duduk kampung je. 

Step by step 

  1. Mule2 pasangkan kayu 1×2 utk frame die

 

2. Kemudian ukur pintu bagi ngam2

 

3. Pasang tiang antara pintu dan pasang pintu. Pintu buat dari playwood 4mm

4. Belakang pintu ni letak magnet pintu almari. Ade jual kt hardware

 

5. Lekatkan pemengang pintu

 

6. Boleh gosok kertas pasir dh perlahan2

 

7. Siap gosok cat dgn cat minyak. Cat 3 lapis nk kilat

 

8. Dh kering sambung cat bingkai dgn penuh sabar. Bukan ape takut menitis

9. Ok dh siap pintu kabinet dapur diy yg dibuat sendiri. Belah dlm tu nt lah sambung. Yg penting dh ade pintu. 

 

Ekstra tip:

  1. Sebelum pergi beli barang2 tu elok ukur dulu saiz dan panjang serta catatkan banyak mana nk beli bkn ape nanti terlebih beli. Kalau boleh minimum kan kos die lagi baik.

2. Mana2 suami yg pandai bertukang tu boleh lah buat sendiri je. Masa kalau buat tu 2 minggu boleh siap buat sikit2 lepas balik kerja dgn hari cuti.

3. Bukan ape isteri suke sangat bile ade kabinet dapur sb die boleh isi mcm2 dlm tu. Takde lah nampak bersepah.

Sekian perkongsian dari sy.

sumber : Aliff Muhammad via Deko Rumah Ku Syurga Ku

Tinggalkan Komen