Kisah adik ini tular sehingga dikenali sebagai kampung boy apabila gambarnya  bersama-sama kerbaunya terpilih diperingkat dunia. Foto Muhammad Syukor Khamis bersama beberapa ekor kerbau memenangi 20 gambar terbaik dunia sekali gus juara peringkat Asia.

“Selamat Tinggal Tongkol.” Anggap Macam Rakan, Syukor Sedih & Menangis Berpisah Dengan Kerbau Kesayangannya.

Kebanyakan kerbau, lembu dan kambing yang akrab dengannya diberi nama seperti Awang, Wahab, Saat dan Boy dan haiwan ini boleh bergaul dengan Mohd Syukur seperti manusia, malah ada yang tidur bersamanya ketika kecil.

“Selamat Tinggal Tongkol.” Anggap Macam Rakan, Syukor Sedih & Menangis Berpisah Dengan Kerbau Kesayangannya.

Terbaru salah seekor dari kerbau tersebut bakal dikorbankan untuk majlis menyambut menantu di dalam keluarga Syukor. Kerbau yang dinamakan  Tongkol itu adalah kerbau kesayangan Muhammad Syukor Khamis, 14, akan disembelih sempena meraikan majlis sambut menantu dua abang remaja digelar ‘Mowgli Malaysia’ itu.

Kerbau jantan berusia lima tahun dan dijaga Syukor sejak kecil itu akan disembelih di rumah rakan bapanya, Khamis Jusoh, 63, di Kampung Tambak Baru, Wakaf Tapai, Marang pada 6 pagi.

Abang kepada Muhammad Syukor, Muhamad Alias Khamis, 29, berkata dia sudah memberitahu bapanya supaya tidak menyembelih kerbau berkenaan dan menggantikannya dengan yang lain kerana mengenangkan hubungan rapat Tongkol dengan adiknya itu.

“Selamat Tinggal Tongkol.” Anggap Macam Rakan, Syukor Sedih & Menangis Berpisah Dengan Kerbau Kesayangannya.

IKLAN

“Bagaimanapun kerana faktor umur Tongkol yang sudah mencapai tahap matang, ia tetap perlu disembelih.

“Bukan sahaja Syukor, tetapi kami sekeluarga memang sayangkan Tongkol kerana haiwan itu paling jinak, malah dijaga di rumah sejak kecil lagi.

“Tongkol sudah serasi bersama Syukor dan selama ini ia menjadi pengganti kepada kerbau bernama Awang yang sebelum ini gambarnya tular di media sosial dan memenangi anugerah,” katanya.

Menurutnya, kerbau kesayangan itu sengaja disembelih di rumah rakan bapa supaya dia dan keluarga tidak melihatnya.

IKLAN

“Seharian Syukor muram dan tidak bersemangat untuk menguruskan kerbau serta melayan tetamu yang datang menemuinya hari ini.

“Sepanjang musim cuti ini, ramai pengunjung dari luar termasuk Johor, Kedah, Kuala Lumpur, Pahang dan Selangor datang ke rumah untuk berjumpa Syukor.

“Selamat Tinggal Tongkol.” Anggap Macam Rakan, Syukor Sedih & Menangis Berpisah Dengan Kerbau Kesayangannya.

“Sehingga hari ini pengunjung masih datang bertali arus untuk menemui Syukur, namun kerana Tongkol akan disembelih, layanan diberikan tidak seceria selalu,” katanya.

IKLAN

Menurut Muhamad Alias, majlis sambut menantu meraikan dia dan abangnya, Muhamad Kamil Khamis, 30, bersama isteri masing-masing, dijangka dihadiri lebih 3,000 tetamu.

“Lepas ini akan ada kerbau menggantikan Tongkol kerana sudah menjadi lumrah dan adat memelihara haiwan ternakan seperti itu.

“Sampai masa ia akan disembelih dan yang lain pula yang akan menjadi pengganti,” katanya.

Tular di media sosial mengenai Syukor menangis serta bermuram apabila terpaksa berpisah dengan kerbau kesayangannya itu.

“Selamat Tinggal Tongkol.” Anggap Macam Rakan, Syukor Sedih & Menangis Berpisah Dengan Kerbau Kesayangannya.

sumber: Harian Metro

Kredit gambar: Facebook Syukor Khamis – Kampong Boy

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI