Ramai tidak sangka pasangan yang dilihat bahagia juga diduga dengan kegagalan dalam perkahwinan. Tular Mizz Nina dan Noh Salleh sah bercerai membuatkan ramai wargamaya meluahkan rasa terkejut dan sebak.

Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini 

Namun sesungguhnya siapalah kita untuk menidakkan takdir yang berlaku dalam hidup. Perkongsian Dzuriasikim Dzulkefli sesuatu yang boleh kita renungkan bahawa penceraian itu bukan tandanya terus putus. Ini kerana dalam Islam telah meletakkan garis panduan iaitu ada talak, edah dan rujuk. Ini bermakna cerai itu bukan putus semata-mata.

Bercerai belum tentu putus…

Sebab itu dalam Islam ada talak, edah dan rujuk. Yang bersatu dan nampak sangat bahagia juga belum tentu kekal. Sebab itulah juga kita tidak boleh bermegah dengan pasangan seolah kita sahajalah orang yang paling bahagia dalam rumahtangga.

Di Sebalik Populariti Kerjaya Sebagai “Mr. Pilot”.

 

Tidak ada siapa pun yang tahu apa yang ada dalam hati pasangan kita walaupun segalanya kelihatan sangat sempurna, sangat baik, sangat lengkap. Melainkan Allah.

Semua orang tahu bahawa apa sahaja yang kita ada tidak milik kita. Namun tidak semua orang akan faham tentang ini. Pengertian yang ada tidak dari hati. Melainkan bagi orang yang sudah melalui perpisahan dalam perkahwinan itu sendiri.

Suatu hari saya ditanya oleh seorang wanita, mengapa saya telah menunggu begitu lama sebelum membuat keputusan untuk keluar dari perkahwinan. Saya beritahu, wanita itu sifatnya lemah. Keperluan menjadi bahagia untuk seorang wanita adalah sangat sederhana. Bagi wanita, ketika mereka mempunyai pasangan, anak-anak, tempat tinggal serta makan dan minum, itu sudah cukup bahagia. Hal yang lain dari itu jika boleh tahan, akan wanita pilih untuk bertahan.

Kemudian saya berkata lagi. Hal yang kedua, wanita itu sifatnya… Apabila mencintai dan menyayangi seseorang, sayangnya sampai mati. Saya berkata demikian kerana saya sendiri pernah menjadi seorang wanita berfikiran kurang matang suatu masa dulu. Saya tahu, bukan semua wanita seperti saya. Namun, kebanyakannya begitu. Wanita seringkali meletakkan rasa bahagia mereka dalam genggaman orang lain.

IKLAN

Bercerai Belum Tentu Putus, Masih Ada Ruang. Ada Talak, Iddah Dan Rujuk.

Cinta tidak buta. Yang buta adalah manusia yang bercinta. Jadi, kebanyakan wanita sanggup hidup tidak bahagia dalam rumahtangga mereka asalkan orang yang mereka cinta (pasangan dan anak-anak) dapat hidup bahagia.

Kembali kepada perbualan saya, wanita tadi berkata kepada…. dia tidak begitu. Dia punya suami, namun cintanya pada suami bukan seperti apa yang saya gambarkan pernah berlaku dalam hidup saya. Katanya lagi, jika suatu hari dia perlu pergi, dia akan pergi meninggalkan suaminya (jika terdesak kerana apa-apa hal yang tidak sepatutnya berlaku dalam rumahtangga. Hal yang dibolehkan dalam agama bagi melindungi diri wanita). Dia berkata, sudah tentu dia menyayangi suaminya itu. Tetapi sayangnya ada batasan.

Lalu saya bertanya kepadanya, apakah dia pernah melalui perpisahan sebelum ini? Barangkali kerana pernah melalui hal yang menyakitkan atau mengecewakan sebelum ini maka dia jadi lebih berpada-pada. Lalu baru dia teringat bahawa dia pernah dikecewakan.

Sambil mengangguk berulang kali, dia akhirnya faham apa yang saya cuba jelaskan. Bahawa kekecewaan akan menjadikan kita lebih matang dalam hubungan rumahtangga. Bahkan kematangan akan membuatkan kita lebih sedar akan banyak perkara dalam hidup.

 

IKLAN

Tidak jatuh cinta dengan sepenuh hati (seolah dunia ini kita saja yang punya). Tidak berasa seolah pasangan kitalah yang paling penyayang, paling romantis dan paling hebat.

Kita akan lebih mengerti bahawa kita sebenarnya tidak tahu apa pun yang tersimpan dalam hati pasangan, biarpun kita berasa seolah “tidak pernah ada rahsia di antara kita dan pasangan.

Sulit untuk menjelaskan semua ini dengan susunan kata-kata yang baik.

Suatu hal dalam hidup, jika membenci seseorang, janganlah keterlaluan. Mungkin nanti orang itulah yang akan menjadi teman paling rapat dengan mu nanti. Jika menyukai seseorang, harus berpada. Boleh jadi nanti, dialah orang yang paling kamu benci.

Sama-sama kita mendoakan yang terbaik buat pasangan Noh Salleh dan Mizz Nina. Hanya Allah yang lebih tahu apa yang terpaling baik buat mereka. Yang pasti, takdir Allah adalah untuk yang lebih baik, lebih indah dan lebih sempurna.

Sumber: Dzuriasikim Dzulkefli

IKLAN

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

 

Bercerai Belum Tentu Putus, Masih Ada Ruang. Ada Talak, Iddah Dan Rujuk.

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI