Malang tidak berbau, tanpa kita ketahui perkara malang boleh berlaku dalam hidup kita tanpa diduga. Ia termasuk kecederaan anggota badan.
Jari tangan termasuk salah satu bagian tubuh yang kerap mengalami cedera baik ringan maupun berat.
Biasanya cedera paling parah terjadi ketika jari tangan putus saat mengalami kecelakaan kerja.
Jika mengalami situasi ini, anda harus tahu apa yang perlu dilakukan. Ia bertujuan untuk menyelamatkan jari yang hampir putus.
Ads
Ikuti panduan berikut.
Malang tidak berbau, tiada sangka kemalangan seperti ini boleh berlaku. Jika berlaku kemalangan yang menyebabkan anggota badan terputus (telinga, jari, etc)
Ads
1.Untuk jari yang terputus, basuh dengan air bersih. Balut dengan kain/ kapas utk hentikan pendarahan. 2.Tinggikan jari dari aras jantung dan bawa ke hospital. Untuk bahagian anggota yang terputus ❌ Jangan letak dalam air ❌ Jangan letak terus dalan ais batu ❌ Jangan sapu sebarang krim, gamat, ubat gigi etc Pergi hospital secepat mungkin.
Selain cili padi, ada juga antara kita gemarkan jeruk cili hijau untuk dimakan bersama bihun goreng, Char Kue Tiaw mahu pun Mi Goreng.
Rasa jeruk cili yang pedas-pedas manis, masam dan menyengat serta ditambah keranggupan rasa ketika mengunyah cili jeruk menjadikan ianya cukup sempurna.
Admin kongsikan cara buat nya, mudah tapi sedap. Inilah cara yang dikongsikan oleh saudara Lebai Kudin.
Jeruk Cili Rangup Sedap Tahan Lama
1. Petik cili kat tepi rumah, cuci dan keringkan.
2. Guna botol kaca 250ml atau 300ml.
3. Isikan 1/4 cuka makan, 1/4 air panas mendidih, 3 sudu makan gula dan 1 sudu teh garam.
4. Kacau dan biarkan sejuk dalam suhu bilik.
5. Penuhkan botol dengan cili.
6. Simpan dalam peti sejuk. Boleh tahan sehingga 6 bulan.
7. Guna untuk masak tumis, buat sambal belacan dan sebagai ulam.
Selamat mencuba.
Kredit: Lebai Kudin
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Lumrah hidup berjiran, perlu tahu batas, adab dan tolak ansur barulah hidup ini lebih rasa tenang dan harmoni.
Apatah lagi andai tinggal di dalam kawasan perumahan yang padat, sah-sah bukan jiran yang tinggal di kiri dan kanan rumah sahaja perlu disantuni. Bahkan ada juga jiran yang tinggal di rumah atas dan jiran rumah bawah, itu jika tinggal di rumah jenis tinggi seperti flat, apartment dan sebagainya.
Disebabkan tidak cakna dengan adab berjiran, sering kali juga kita lihat ada sahaja masalah dihadapi dalam kejiranan. Lebih-lebih lagi dalam hal parking kenderaan, walau nampak simple tapi kesannya boleh buat orang marah dan hilang sabar.
Bila Geram Dengan Perangai Jiran
Terbaru di TikTok, seorang wanita bernama Nur Farhana telah berkongsi tentang perangai salah seorang jiranya yang sering sahaja meletakkan kenderaan di hadapan pagar rumahnya.
Tindakan tersebut menyukarkannya untuk keluar masuk dan gara-gara telah ditegur berkali-kali namun jiran sengaja buat-buat tak faham, akhirnya si suaminya nekad meletakkan iklan jual kereta d atas kenderaan tersebut.
Kereta Tak Jadi Jual
Melihat tindakan tersebut, akhirnya barulah jiran tersebut mengalihkan kenderaannya dan tidak lagi bertindak meletakkan kenderaan sesuka hati di kawasan rumah orang lain.
Farhana juga ada menjelaskan, kalau boleh dia tidak mahu bergaduh dengan individu tersebut. Cuma lakukan perkara tersebut agar kejadian itu tidak berulang lagi dan dapatlah dijadikan pengajaran.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut terpanggil untuk berkongsi pengalaman yang hampir sama. Bahkan tidak kurang kurang juga ingin mempraktikkan idea Farhana bagi memberi faham kepada jiran yang tiada common sense berkaitan masalah parking tersebut.
Jangan pandang ringan jika ada sebarang simptom tau! Lebih-lebih lagi yang membawa ke arah kanser. Jangan ambil mudah! Jom dengar perkongsian dari Dr Salmi Daraup tentang kanser serviks.
Jom saksikan juga video tentang penjagaan gigi. Katanya ada cara berus gigi yang betul. Jadi nak tahu detail, kenalah tonton video ni ye!
Tonton juga video ini bagi anda yang mempunyai airfryer. Rupanya macam-macam aksesori ada untuk memudahkan kita memasak menggunakan airfryer.
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.