Gadis kudung kaki dan tangan terharu dapat sambung pengajian. Kekurangan fizikal bukan penghalang buat seorang remaja perempuan dari Kampung Padang Setebu, Kuala Berang untuk meneruskan impian dalam bidang kemahiran.
Gadis Kudung Kaki Dan Tangan Terharu Dapat Sambung Pengajian
Walaupun dilahirkan tanpa anggota tangan dan kaki yang sempurna, Nur Damia Irsalina Daeng Malis, 18, membuktikan semangatnya tidak mudah luntur. Beliau mencipta kejayaan tersendiri apabila diterima sebagai pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) fizikal pertama mengikuti program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam kursus Pelukis Kanan Rekaan Dalaman di Pusat Latihan Industri Perkayuan Terengganu (TTITC), Kampung Teris.
Menurut Nur Damia, dia bersyukur kerana akhirnya dapat melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminatinya, walaupun sebelum ini berdepan pelbagai cabaran.
“Saya mula mengenali bidang ini sejak Tingkatan Empat melalui program SKM Tahap 1, kemudian menyambung ke Tahap 2 sewaktu di Tingkatan Lima. Selepas tamat SPM, saya tekad mahu ke Tahap 3.
“Tetapi sebelum ini, beberapa institusi menolak permohonan saya kerana keadaan fizikal saya tidak sesuai dengan kemudahan di tempat mereka.
“Jadi, apabila TTITC menerima saya, saya rasa sangat bersyukur dan gembira. Ini bukan sahaja untuk mencapai impian saya, tetapi juga untuk menunjukkan bahawa golongan seperti saya pun mampu berjaya,” katanya.
Beliau ditemui selepas menerima surat tawaran pengajian di TTITC yang disampaikan oleh Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah TTITC, Maliaman Kassim, baru-baru ini.
Ibunya, Rosnaini Mohamad, 47, berkata dia dan suami, Daeng Malis Ab Kahar, 53, sentiasa memberi dorongan kepada anak ketiga daripada empat beradik itu.
“Damia adalah inspirasi kepada kami sekeluarga. Kami yakin dia mampu menghadapi segala cabaran sepanjang tempoh pengajian selama setahun ini.
Ads
“Setiap hari, saya dan suami akan bergilir-gilir menghantarnya ke TTITC yang jaraknya kira-kira 30 kilometer sehala, jadi keseluruhan perjalanan pergi balik sekitar 60 kilometer,” jelasnya.
Sementara itu, Maliaman yang juga Exco Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Terengganu memaklumkan bahawa Nur Damia adalah pelajar OKU keempat yang diterima masuk ke pusat latihan tersebut.
“Sebelum ini, TTITC menerima tiga pelajar OKU dari kategori masalah pendengaran dan bisu. Kehadiran Nur Damia membuktikan TTITC sentiasa terbuka menerima pelajar dari pelbagai latar belakang, termasuk golongan kelainan upaya,” ujarnya.
Lama tidak mendengar cerita Pengarah Filem XXY ini. Rupa-rupanya dalam diam, dia bergelar ayah untuk kali ke 8.
31 Ogos yang lalu Pengarah terkenal, Aziz M Osman menimang cahaya mata ke 8 selepas isterinya, Puteri Lily Lokman selamat melahirkan anak mereka tepat pada jam 10.23 malam.
Berita tersebut telah dikongsikan oleh Aziz menerusi akaun Instagram (IG) miliknya.
kasseh_kishreenaTahniah..take care..best baby sama bday ngan kakak..terbaikk nya family planning..?
wangegauWahhh tahniah abg long @azizmosman Untuk kehadiran cahayamata yang terkini.. Anugerah Allah s.w.t yang cukup besar..
Aziz mendirikan rumah tangga bersama Lily pada 2010 dan mereka dikurniakan seorang anak Puteri Nur Azzahra atau lebih mesra disapa Ara Aziz. Selain itu, Azziz mempunyai enam cahaya mata menerusi tiga perkahwinan sebelum ini.
aleen8476Alhamdulillah… share birthday dgn kakak Ara ?
Pastinya apabila punya cahaya mata, ibu ayah akan menatang anak bagaikan minyak yang penuh. Hingga ada yang tidak berani nak bawa anak ke luar rumah bermain (out door aktiviti) bimbang dijangkiti sebarang penyakit.
Namun, hakikatnya cara terlalu over protective (terlalu melindungi) anak akan menjejaskan sistem kekebalan tubuh badan anak itu secara semula jadi. Melalui perkongsian Pengiat Industri Pendidikan Awal Kanak-Kanak, puan Azlina Johari atau dikenali sebagai Teacher Ina, punya pendirian mengenai perkembangan kanak-kanak. Katanya, kanak-kanak perlu diberi hak untuk melakukan penerokaan sejak bayi lagi merangkumi tempat yang punya cahaya matahari. Namun tidak bagi kawasan orang ramai seperti pasaraya. Dengan pengalaman 12 tahun dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak, moga panduan yang diberi menjadi inspirasi buat ibu bapa dapat memastikan anak-anak membesar dengan persekitaran yang selamat dan menjana minda.
Outdoor vs indoor everyone?
Ok saya perkenalkan diri..selain TFA Founder, saya ada anak yang Premature dgn several complication+surgery dan saya juga di Tahun akhir Master in Psychology(Edu) dan memiliki ECE dip Psychology selain 12 tahun practice dan advocate. Saya juga memang suka travel dan obviously kinesthetic dan juga byk terlibat dgn pelbagai ece jawatankuasa dan aktiviti dlm dan luar Malaysia..
Jadi apa yang saya tulis adalah bersandarkan pengalaman+pengetahuan+pembelajaran dan kajian orang.
Melahirkan Premature yang kemudiannya di NICU dan kena surgery pulak baby + 6 month kuarantin utk make sure lung dah bersedia (ms tu tahun 2015 musim jerebu yg sekolah pon darurat xboleh ke sekolah) so mmg sgt mencabar Dari sudut lain, saya mmg tahu baby perlukan sensori exposure utk melengkapkan 7 sensories utk base otak yg kuat. Kekangan dan pengetahuan tak selari utk kes saya.
So indoor ke outdoor? Utk my case, Aulia dikuarantin indoor dan nasib saya baik kerana teachers di TFA terlatih dan boleh handle prem baby dgn mudah wpun ms tu 1st time prem baby di TFA (Prem toddlers ramai lah)…hujung minggu saya akan bw aulia ke TFA utk sensories yg ada di sana. Aulia complete semua vaksin + Pneumococoal..Ok cukup ttg aulia (Nnt mlm kalau ada masa sy share ttg exposure journey dia-WORLDSCHOOLING+TFA)
Kanak-kanak dan bayi kena explore tapi kena pilih tempat
Kanak-kanak dan Babies perlukan Exposure dan experience utk otak mereka berkembang dan immune badan semakin kuat. Tetapi certain places utk mereka explore perlu dielakkan/dikurangkan pergi ketika usia Toddler sbb imune tgh terbina dan masih fragile.
Elakkan
Tempat-tempat tu adalah tempat yg crowded…cth shopping complex, pasar mlm, indoor playground-yg takde jadual utk pembersihan/disinfection, kenduri kendara-elakkan org cium, pegang dll dan mana2 event yg crowded
Tempat yang ada sinaran mentari
Tempat yg dicdgkan yg outdoor yg mendapat sinaran mentari penuh supaya kuman dan virus ‘hangus lenyap’ dek panahan mentariseperti pantai, outdoor park, zoo dll kenapa? Menurut Partens (dalam stages of Social Play) ada 6 stages iaitu Unoccupied, Solitary, Onlooker, Parallel, Associates dan Social.. Unoccupied dan solitary adalah baby bwh 8 bulan (roughly lah) dimana mereka main sendiri..tetapi bila masuk stage ke 3, Onlooker, anak perlu melihat rakan bermain walaupun tak join ms tu sebelum dia boleh move onto stage ke 4 parallel bermain sebelah2 tapi tak bersama2. kalau tiada peningkatan stage ni, akan wujud masalah kelak smpai dewasa (kajian dah buktikan)
Menurut Williams and Shellenberger (dalam Pyramid of learning, 1996), stage plg asas yg perlu dilengkapi adalah 7 sensories..jika terdapat ketidaklengkapan pd stages ni akan berlaku kecelaruan dalam otak dan effect dia delay kepada kanak2 yg mana jika tiada intervention akan sampai dewasa. dan sy pernah baca dlm buku(pernah share di fb sy sblm ni) , delay boleh di baiki dgn intervention, tetapi otak tetap tidak akan dpt ok sepenuhnya..meaning still akan ada efek cuma at least dah pulih kan,,sbb tu sy selalu share pentingnya stimulasi awal utk pencegahan berbanding pembaikpulihan(intervention) namun intervensi lebih baik dari terus denial dan tak buat apa2.
Anak-anak yang sakit seharusnya tidak dibawa keluar dan dikuarantin dirumah sehingga sembut utk mengelakkan jangkitan kpd kanak2 sihat yang lain..Ini seharusnya berlaku, jika ini diamalkan tiada mslh nak bawa ke crowded places pon.
Enam tahun pertama anak kena aktif aktiviti out door
Rujuk kpd buku NewScientist page 129 , by age of 6 95% otak dah develop. Sangatlah rugi kalau 6 tahun pertama anak di hadkan macam2 kerana ‘sangkaan’ kita ibu bapa sbb ruginya masa tu xkan kembali. by age of 3 setiap saat otak akan buat new connection sebanyak 700-1000 connection antara neuron ke neuron melalui synapses dan dgn stimulasi dan exposure yg baik, ia boleh mencapai ke millions dalm 1 saat.
Yes! Wajib alert dengan kesihatan dan keadaan anak. Tetapi cahaya matahari yang ori membantu dlm perkembangan penglihatan dan kesihatan mata anak.
Dr Spocks dlm buku di pon ada sebut, ‘It is good for a baby to get outdoors for two or three hours a day’ (page 86).
fitrah Tuhan dah jadikan by age of 6 bulan ke 2 tahun anak akan start masukkan benda yg dipegang dlm mulut, utk mereka explore.
Rujuk pula pd buku Toxic Childhood, Dr Shayer ada sebut ttg tahun 1990 adalah tahun dimana bermulanya pasir dan air dah tidak lagi disentuh oleh baby(beliau mention infant ye) dan diganti dgn screen dan flashcard.Dari buku yg sama (pg 53) Dr Christine Macintyre (expert in childdren) baby kena sentuh, genggam dan explore dan dimonitor oleh org dewasa utk perkembangan otak dan ibu bapa yg obsess dgn kebersihan dan keselamatan telah memberhentikan explorasi yg seharusnya baby tu lalui utk otak.
setakat ni saja..nnt siap lak keseluruhan LR kalau nak tulis panjang2..sy dah try tulis penulisan ilmiah sesantai yg mungkin utk mudah difahami..
kesimpulannya.. Bergerak, bermain, jgn over protective dan nature adalah perkara yg membantu perkembangan otak kanak2..
kalau tak xkan Einstein qoute “Look deep into nature, and then you will understand everything better”
Jika ditanya pd saya outdoor vs indoor..semua dah tau kan tgk je konsep playschool dan playgroup saya dan juga Worldschooling aulia..dan di atas ini adalah fakta dan reason nya..
the choice is urs..Choose wisely ok.. Teacher Ina Tfa Playgroup Founder Taska fantasia alam Founder
Hakikatnya, mana-mana kanak-kanak boleh mengalami masalah alergi termasuklah masalah resdung. Namun, tahukah anda bahawa lebih mudah berlaku kepada kanak-kanak yang mempunyai keluarga dengan sejarah alahan. Maknanya, jika anda sendiri ada masalah alahan, anak anda juga turut sama berisiko untuk mendapat masalah yang sama. Melalui perkongsian oleh DR, EZAIRY M.SALLIH, Pegawai Perubatan Sarjana, Pembedahan telinga, hidung, tekak, kepala & leher (Otorhinolaryngology, Head & Neck Surgery), Pusat Perubatan Universiti Malaya kepada MAJALAH KELUARGA.
Saya faham adalah amat sukar untuk ibu bapa mengelakkan anak-anak mereka daripada terdedah kepada segala punca alahan sama ada datangnya daripada persekitaran, makanan dan sebagainya. Oleh itu, saya sering menasihatkan ibu bapa yang berjumpa saya agar lebih menumpukan perhatian kepada pemantauan gejala alahan anak-anak mereka. Pastikan bahawa semua simptom yang dialami tidak mengganggu kehidupan seharian anak-anak. Dan apa yang lebih penting, ia tidak mengganggu perkembangan IQ, EQ dan persekolahan anak-anak kita!
Sebenarnya, ada banyak punca-punca alahan yang boleh dialami oleh anak-anak. Kebiasaan pesakit yang saya temui mengadu mengalami gejala alahan apabila mengambil sesetengah makanan seperti makanan berasaskan kacang, telur, udang, ketam, kerang, ayam dan sebagainya. Perlu diingatkan juga bahawa setiap anak-anak ini tidak sama punca alahan yang dialami. Anda tidak boleh menganggap jika anak sulung anda alergik kepada udang, maka semua anak-anak yang lain turut mengalami alahan kepada jenis makanan yang sama. Punca tidak sama.
Saya senaraikan beberapa punca alahan yang boleh berlaku kepada anak-anak kita. Semoga ia boleh menjadi panduan kepada anda yang masih belum berjaya mengenalpasti apa punca alahan anak-anak anda.
1. Persekitaran luar: Ia boleh disebabkan oleh debunga pokok, tumbuh-tumbuhan dan habuk serta asap yang ada di luar rumah.
2. Persekitaran dalam rumah sendiri: Ia mungkin daripada bulu binatang peliharaan kita seperti kucing contohnya. Boleh juga disebabkan hama atau habuk yang terperangkap pada sarung bantal, tilam, langsir, permaidani atau mungkin juga pada penghawa dingin kita!
3. Makanan: Ada beberapa jenis makanan yang agak biasa dikaitkan dengan punca-punca alahan seperti kacang tanah, telur, makanan laut, coklat dan susu.
4. Lain-lain: Selain itu, ada juga pesakit yang mudah untuk mengalami alahan apabila terdedah kepada asap rokok, asap kenderaan di luar rumah, minyak wangi dan sebagainya.
Justeru, ibu bapa perlu memainkan peranan besar di sini. Anda perlu memantau segala masalah yang dihadapi oleh anak-anak anda. Ianya termasuklah gejala seperti kerap-kerap bersin, hidung berair, kegatalan pada mata, masalah pada kulit dan ini semua biasanya berlaku kepada anak-anak yang sememangnya ada alahan terhadap sesuatu ‘allergen’ yang mereka sepatutnya tahu lebih awal lagi.
Saya sering menerima beberapa soalan daripada ibu bapa tentang bagaimana untuk kita kenalpasti bahawa anak kita ini sebenarnya sedang mempunyai gejala-gejala alahan terhadap sesuatu makanan? Oleh itu, saya senaraikan beberapa simptom yang amat biasa ditemui di kalangan anak-anak kita apabila mereka sedang mengalami gejala alahan terhadap sesuatu keadaan atau makanan.
1. Ruam kemerah-merahan pada kulit: Ini biasa berlaku kepada anak-anak kita jika mereka lebih sensitif kepada sesuatu keadaan terhadap kulitnya. Jika ini berlaku kepada anak-anak anda secara berulang kali, maka anda perlu kenalpasti apa puncanya seberapa segera yang mungkin.
2. Gejala pada hidung: Anak-anak yang mempunyai masalah alahan juga akan mengalami simptom-simptom alahan pada hidung. Anda akan dapati anak anda kerap alami gatal-gatal pada hidung, mudah bersin-bersin dan hidung berair. Keadaan ini biasanya berlaku apabila mereka terdedah kepada ‘allergen’ yang menyebabkan masalah ini berlaku. Seboleh-bolehnya, cuba kenalpasti apa punca yang menyebabkan ia berlaku supaya masalah ini tidak terus berlarutan tanpa pemantauan rapi oleh anda.
3. Simptom pada tekak: Pesakit biasanya akan lebih kerap bersin berpanjangan sebaik bangun tidur, terutama pada waktu pagi yang akan memberi rasa tidak selesa, gatal hidung, mata, tekak dan muka serta kahak yang mengalir di belakang tekak. Sebab itu ada ramai juga pesakit yang mengadu mengalami masalah tidak selesa dan sakit pada kawasan tekak.
4. Simptom pada mata: Anak-anak anda bukan sahaja ada masalah pada kulit dan hidung, bahkan mereka juga boleh alami masalah gatal-gatal pada mata, mata kerap rasa kering atau kadang berair, dan ianya lebih biasa berlaku apabila mereka terdedah kepada punca alahan.
5. Sesak nafas: Jangan dibuat main tentang masalah alahan ini. Jika ianya tidak ditangani dan dikenalpasti lebih awal, anda mungkin sengaja membiarkan anak anda terus menjalani kehidupan dengan terdedah kepada punca-punca alahan yang sebenarnya yang boleh membahayakan mereka! Ada sesetengah kes dimana jika ia gagal ditangani dengan baik oleh ibu bapa, ia boleh mengakibatkan sesak nafas yang teruk. Ada kes sehingga boleh menyebabkan mereka dimasukkan ke dalam wad hospital!
6. Masalah pada sistem pencernaan: Ada juga keadaan di mana anak anda mungkin mengalami gejala alahan dalam bentuk seperti cirit-birit dan sakit perut. Walaupun agak tidak kerap ditemui berbanding gejala-gejala lain, namun simptom ini juga perlu diketahui oleh ibu bapa agar mereka tahu apa permasalahan yang sedang dialami oleh anak-anak mereka.
Kita perlu sedar bahawa pesakit ‘allergic rhinitis’ atau alahan resdung ini jika tidak mendapatkan rawatan yang sesuai, cecair berlendir di dalam ruang sinus akan terus berkumpul dalam ruang sinus hidung pesakit.
Jika jangkitan berlaku, menyebabkan pesakit hilang deria bau disebabkan hidung tersumbat dan boleh mengakibatkan komplikasi lebih buruk seperti berat pada kawasan muka, pening kepala, dan ada kes yang memerlukan ubat antibiotik.
Ada ibu bapa yang bertanya kepada saya, bagaimana mahu memastikan bahawa gejala serta masalah ini tidak berulang?
Untuk langkah awal, kami di klinik telinga, hidung dan tekak akan menasihatkan pesakit untuk menjalani ujian ‘allergy skin test’. Melalui ujian ini, doktor akan melakukan ujian kepada pesakit. Ada lebih 40 ‘allergen’ akan disuntik ke kulit pesakit bagi mengenalpasti punca alahan pesakit tersebut.
Setelah lebih dua puluh minit, doktor akan membaca keputusan berdasarkan tindak balas yang berlaku pada kulit pesakit. Melalui ujian ini biasanya pesakit akan mengetahui apakah punca-punca alahan yang mereka sedang alami. Pastinya, mereka akan berjaya mengelakkan semua punca-punca tersebut selepas itu dan masalah alahan yang dialami selama ini akan berjaya dikawal dengan lebih baik.
Selain menjalani ujian yang saya sebutkan tadi, kami juga akan melakukan pemeriksaan kepada pesakit. Bagaimana struktur dalam hidung tekak, mulut, telinga, mata dan kulit pesakit.
Jika masalah alahan pada hidung yang dialami amat mengganggu pesakit, mereka boleh dibantu dengan ubat ‘intranasal steroid’ yang bertujuan untuk mengurangkan tindak balas inflamasi pada dalam hidung dan seterusnya boleh membantu pesakit mengawal masalah yang dialami.
Pembedahan kecil juga akan ditawarkan jika ubat yang diberi tidak mampu merawat bagi mengecilkan bahagian dalam hidung (turbinet).
Masalah seperti gatal-gatal pada hidung dan mata boleh juga dibantu dengan memberi ubatan seperti ‘oral antihistamine’. Ubat-ubat ini perlulah diambil dengan pemantauan dan selepas pesakit mendapat pemeriksaan daripada doktor di klinik atau hospital terdekat. Sebagai pesanan terakhir daripada saya, sayangilah anak-anak kita. Jangan biarkan masalah kesihatan yang dialami mereka berterusan tanpa pemantauan ibu bapa.
Sumber: Majalah Keluarga 2019
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Perjalanan TTC Taufik Batisah dan Sheena Akbal menyentuh hati ramai apabila pasangan ini berkongsi usaha IVF, pengalaman keguguran dan sokongan penuh seorang suami sepanjang ikhtiar mendapatkan zuriat.