Perkakasan elektrik antara yang dirisaukan sepanjang musim banjir ini. Risau air terkena barangan elektrik yang bernilai tinggi harganya seperti peti ais.
Pun begitu, jika perkakasan elektrik yang berlumpur dan gagal untuk berfungsi seperti sedia kala gara-gara banjir jangan dibuang dulu kerana ia mungkin masih boleh diselamatkan.
Perkongsian di Facebook Kelate Loni ini patut anda patuhi sebagai cara untuk menyelamatkan peti ais yang ditenggelami banjir dan berlumpur. Jom ikuti perkongsiannya.
Ads
1) Awas! Jangan sesekali menghidupkan suis peti ais sebaik sahaja banjir surut.
2) Sebaliknya, bersihkan dahulu bahagian dalam dan luar peti ais sehingga tiada lagi lumpur atau pasir yang melekat
Ads
3) Peti ais yang mempunyai (papan litar tercetak) atau kotak PCB di bahagian belakang, juga perlu dibersihkan agar ‘bebas’ tanah serta lumpur
Ads
4) Biarkan peti ais kering sepenuhnya, sekurang-kurangnya selama lima hari
Ibu dan anak kongsi momen majlis konvoksyen, sambung belajar sama kursus, dalam kelas duduk sebelah-sebelah. Baru-baru ini tular di media sosial memaparkan seorang ibu dan anak berkongsi momen indah di pentas Istiadat Konvokesyen UiTM ke-100.
Difahamkan bahawa ibu dan anak ini menyambung pengajian dalam kursus yang sama.
Perkongsian daripada Siti Nur Fatihah Mohd Zamri itu telah menarik perhatian warga maya.
Berikut antara komen-komen warga maya:
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Siti Nur Fatihah memaklumkan pada awalnya dia tidak mahu menyambung pengajiannya kerana sudah selesa bekerja.
“Dulu kita (Siti Nur Fatihah) tak nak sambung belajar sebab dah selesa kerja masa umur 19 tahun dan tak ada kawan nak sambung degree,”kongsinya.
Bagaimanapun, segalanya berubah apabila ibunya, Surawati Rahimin sendiri mengajaknya untuk sambung pengajian di peringkat ijazah sarjana muda bersama.
“Tapi, ibu kata, jom kita sambung belajar sama-sama barulah tak bosan,”kongsinya lagi.
Dalam hantaran video itu juga memaparkan ibu dan anak itu meraikan momen terindah mereka bersama di majlis konvokesyen.
Siti Nur Fatihah memaklumkan dia dan ibu juga pergi ke kelas bersama selain duduk bersebelahan.
Nahas pelajar UPSI, “Saya masih terbayang-bayang kejadian itu, tapi sukar untuk saya berkongsi lebih lanjut buat masa ini,” luah Mohd Lutfi Radzi, 37, yang merupakan pemandu Perodua Alza terlibat dalam kemalangan membabitkan sebuah bas di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Gerik, pada pagi Isnin lalu.
Menurut Mohd Lutfi, ketika insiden itu berlaku, beliau bersama isteri, Nurul Ain Zakaria, 36, serta dua anak mereka, Nur Aisyah Nafishah, 6, dan Muhammad Ahsan Nafis, 2, sedang dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Parit Panjang selepas menyambut Aidiladha di kediaman mentuanya di Terengganu.
Beliau mengakui belum bersedia sepenuhnya untuk menceritakan kronologi kejadian tersebut.
“Saya hanya ingat kemalangan itu berlaku dengan begitu pantas dan kuat. Selepas itu, saya tidak pasti apa yang berlaku.
“Salah seorang anak saya terpelanting keluar dari kereta… namun saya amat bersyukur kerana kami semua masih selamat.
“Sebelum kejadian, saya sempat berbual dengan isteri, dan selepas itu semuanya berlaku sekelip mata,” ujarnya ketika ditemui di Hospital Baling, hari ini.
Sudah tiga hari Mohd Lutfi, isteri dan anak-anaknya dirawat di Hospital Baling. Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang hadir memberi sokongan serta menziarahi mereka di hospital.
Setakat ini, keadaan isteri dan anak-anaknya semakin menunjukkan perkembangan positif, walaupun mereka masih memerlukan rawatan lanjut.
Mohd Lutfi merupakan guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Malau, manakala isterinya mengajar di SK Tembak, Baling.
Menurut Pakar Ortopedik Hospital Baling, Dr Asri Zuzairudin Mohd Ali, anak sulung pasangan itu, Nur Aisyah Nafishah, mengalami patah pada paha kanan dan akan menjalani pembedahan dalam masa terdekat.
Nurul Ain pula mengalami kecederaan pada bahagian tulang rusuk tetapi dilaporkan semakin stabil dan berada di bawah pemantauan pihak perubatan.
Sementara itu, Mohd Lutfi serta anak bongsunya hanya mengalami kecederaan ringan dan kini berada dalam keadaan lebih baik.
Wan Norazman Zainol, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Unit Sekolah merangkap wakil Pemangku Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah, memaklumkan pihaknya akan terus memantau keadaan keluarga pasangan guru tersebut.
Katanya, JPN Kedah komited memastikan segala keperluan pasangan guru ini dipenuhi sepanjang tempoh rawatan mereka di hospital.
Kanak-kanak perempuan maut terjatuh tingkat 29 kondominium di Puchong. Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun dilaporkan meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 29 sebuah kondominium di kawasan Puchong, dalam kejadian yang berlaku pada hari Selasa.
Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintenden Mohd Fairus Jaafar, pihak polis menerima panggilan berkenaan kejadian tersebut sekitar jam 12.30 tengah hari melalui Pusat Kawalan Daerah Subang Jaya.
“Pihak kami menerima laporan mengenai seorang kanak-kanak tempatan yang terjatuh dari aras 29 sebuah kondominium di Puchong. Pasukan polis segera dikerahkan ke lokasi untuk membuat pengesahan dan memberikan bantuan,” ujar beliau dalam satu kenyataan pada hari Rabu.
Hasil siasatan awal di lokasi mendapati mangsa ditemui dalam keadaan terlentang di tingkat lima bangunan berkenaan.
Tambah beliau, kejadian berlaku ketika mangsa berada di rumah pengasuh. Pada masa itu, ibu mangsa sedang menjaga adik mangsa yang sedang menjalani kuarantin, manakala bapanya berada di tempat kerja.
“Siasatan juga menunjukkan bahawa mangsa dipercayai memanjat tingkap tanpa jeriji sebelum terjatuh,” katanya lagi.
Setakat ini, pihak berkuasa tidak mengesan sebarang elemen jenayah dalam insiden tersebut. Pegawai perubatan yang tiba di lokasi mengesahkan bahawa kanak-kanak itu telah meninggal dunia.
Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, dan menurut Mohd Fairus, pengasuh mangsa telah dipanggil untuk memberikan keterangan bagi membantu siasatan.
“Kertas siasatan akan disiapkan secepat mungkin sebelum dirujuk kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya,” tambah beliau.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.