Bagi wanita yang bergelar isteri, ibu dan dalam masa yang sama turut bekerja, pasti memerlukan sumber makanan yang mampu memberi tenaga dan memelihara kesihatan luaran dan dalaman.
Justeru, petua orang dulu-dulu ada menyarankan untuk mengamalkan minuman herba.
Ini sebagaimana perkongsian puan Rossa Dyla Mahmud menerusi laman facebooknya untuk memastikan kesihatannya terpelihara.
Petua ini berupa minuman kesihatan yang perlu diamalkan oleh kaum wanita setiap kali selepas datang bulan.
Bahan yang digunakan juga cukup mudah dan ada di dapur anda. Selamat mencuba!
Halia ( anggaran 2inci )
Kunyit Hidup ( anggaran 2inci )
Serai ( dua batang )
Daun Pandan (2 helai )
Gula Batu atau Madu ( secukup rasa )
Ads
Air (3 cawan)
TAMBAH JIKA PERLU
Daun Sireh ( 2 helai ) jika anda mengalami masalah keputihan.
Buah Manjakani ( 1biji ) untuk merapatkan “Miss V”. (Tidak sesuai untuk anak dara)
CARA MEMBUAT:
1.Basuh bahan dan reneh semua bahan-bahan diatas sehingga menjadi 1 cawan air sahaja.
2.Setelah air kering dan menjadi 1 cawan tutup api serta minum ketika masih suam (tanpa perlu dikisar)
Ads
Antara Kelebihannya:
1.Membersihkan rahim selepas datang bulan.
2.Mengeluarkan angin dalam badan.
3.Anti kanser
4.Memecahkan lemak-lemak.
5.Mengurangkan masalah bau badan
Ads
6.Mengatasi masalah kemaluan berbau.
TIP EKSTRA:
1. Awas,minum SEBULAN SEKALI SAHAJA selepas datang bulan.
(Penggunaan Buah Manjakani,Daun Sireh,Kunyit Hidup yang berlebihan akan menyebabkan cepat putus haid atau monopouse).
2.Boleh diminum oleh anak dara mahupun yang telah berkahwin.
3.Boleh diamalkan jika mengalami period yang tidak teratur
4.Bagi ibu menyusu, ia mengikut kesesuaian bayi.
5.Tidak sesuai untuk IBU MENGANDUNG.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bergelar ibu pastinya kita ingin memberikan yang terbaik buat anak-anak termasuk menyediakan makanan yang sihat dan berkhasiat termasuk memasak sendiri di rumah yang terjamin kebersihannya.
Namun akibat kekangan masa, kita terpaksa menyediakan menu hidangan buat anak-anak secara mudah dan cepat misalnya memasak makanan frozen.
Salah satu makanan frozen yang disukai oleh kanak-kanak adalah sosej. Mengikut Dr Zubaidi Haji Ahmad, makanan ni bahaya untuk kanak-kanak.
Ikuti perkongsiannya.
BAHAYA MAKAN SOSEJ UNTUK ANAK-ANAK
Dalam banyak ceramah saya mengenai kesihatan, selalu saya ingatkan pada ibubapa terhadap makanan yang diberikan kepada anak-anak.
Saya faham keadaan ibubapa yang sibuk dan tergesa-gesa menyiapkan anak ke sekolah.
Ada di antara kita sebagai ibubapa yang menyediakan sosej sebagai sarapan pagi atau bekalan makanan ke sekolah kerana ia mudah disediakan.
Ia boleh digoreng, direbus, dipanaskan dengan mikrowave dan ketuhar. Secara purata anak-anak memakan antara 3-5 batang sosej yang disediakan oleh ibubapa mereka.
Sering memberikan sosej pada anak-anak bersarapan bukanlah suatu amalan yang bagus.
Dalam banyak kajian dibuat, sosej tidak memberikan sebarang nutrisi, kecuali daging dan tepung sahaja.
Malah ia memberikan kesan buruk kepada kesihatan jika diambil secara kerap dan dalam kuantiti yang banyak.
Sebaiknya amalan memberikan sosej pada anak-anak sama ada untuk sarapan atau bila-bila masa harus dihentikan kerana ia
mengandungi lemak trans (transfat), tinggi kandungan garam, tinggi bahan perasa, bahan pengawet, dan bahan tinggi.
Dengan itu ia memberikan kesan negatif seperti meningkatkan tahap “kolestrol jahat”, meningkatkan risiko obesiti dan meningkatkan risiko mendapat penyakit diabetis, hipertensi, serangan sakit jantung dan kanser usus besar (colonorectal cancer).
Kajian dipercayai penyebab kanser
Dalam banyak kajian menunjukkan bahan nitrate yang terdapat pada bahan pengawet yang dicampurkan ke dalam sosej ini boleh menyebabkan kanser usus.
Nitrites akan ditukarkan oleh bakteria di dalam usus kepada N-nitoso apabila melalui proses penghadaman. *N-nitroso* merupakan bahan kompaun yang penyebab kanser *(carcinogenic)*.
Kajian yang dilakukan oleh *WHO’s International Agency for Research on Cancer* pula mengatakan setiap 50g daging proses yang dimakan, ia meningkatkan risiko kanser usus sebanyak 18%.
Jadi saya mencadangkan agar anak-anak kita makan makanan yang lebih bernutrisi ketika bersarapan seperti telur, bersama mi atau nasi yang banyak sayur-sayuran. Berikan mereka buah-buahan yang segar.
Makanan sebegini lebih bernutrisi untuk mereka. Jangan lupa sesudu minyak zaitun untuk mereka.
Kredit: Dr Zubaidi Haji Ahmad
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sebaik sahaja selesai melahirkan anak, menu pertama pastinya nasi bersama buah oren yang setia menjadi menu utama.
Sudah tentu buah oren jadi pilihan kerana sihat penyembuhnya yang luar biasa. Dek kerana itulah buah kesukaan ramai ini begitu disarankan waktu pantang.
Malah menurut perkongsian Pn Mastura Rashid, buah oren ini juga menjadi pilihannya waktu berpantang kerana mempunyai khasiat berganda.
Waktu pantang dulu, buah oren ni antara buah wajib saya makan setiap hari. Selain dari menghilangkan kering tekak, ia juga salah satu cara berkesan mempercepatkan proses penyembuhan luka dalaman.
Biasanya ketika berpantang, saya akan makan buah oren, madu sidr, minum air lemon, dan minuman herba. Herba pun saya tak makan yang ada fungsi perapat, ubat periuk atau jamu.
Biasanya lunch mak akan bagi saya makan sup belut atau belut bakar, bersama dengan kunyit muda, sambal cicah lada hitam, pucuk mengkudu, berselang seli dengan ikan selar atau tenggiri.
Belut ni abang yang carikan di pasar pasir puteh. Tak tahulah sekarang ada lagi ke tidak orang tu.
Berbalik pada oren, sifat oren ni panas, manis dan berasid. Jadi mak-mak yang takut makan buah sejuk dalam pantang, oren ni selamat dimakan. InsyaAllah tak kena bentan urat.
Saya pernah makan pisang nangka cheese dalam pantang sebab teringin sangat lepas tengok iklan dia. Aduhh tak tahulah nak cakap macamana sakitnya badan selepas tu. Menitik-nitik darah keluar kerana bentan. Syukur mak ada.
Lain orang lain ya penerimaan badan dia ketika berpantang. Ada makanan saya boleh makan, tapi mak lain tidak.
Sambung pasal oren. Dalam perubatan cina, buah oren ni bagus untuk kesihatan peparu dan limpa.
Untuk orang yang kurang selera makan, makan buah oren boleh meningkatkan selera makan. Bagus untuk anak-anak yang susah nak makan.
Orang yang ada water retention (bengkak badan bila bangun pagi), buah oren pun salah satu remedi terbaik selain dari lemon.
Kalau ada masalah peluh yang keterlaluan hingga rasa mengganggu orang sekeliling, makan buah oren banyak-banyak okeh. Bau badan pun akan berkurangan.
Buah oren pun boleh kurangkan risiko angin pasang. Bukan lelaki je ada masalah angin pasang tau, perempuan pun sama.
Pagi ni saya minum air kulit oren dengan halia kering. Kulit oren pun ada khasiat dia.
Kalau rasa loya, ada muntah-muntah, sakit perut dan gastrik, minum air kulit oren okeh. Basuh bersih kulit oren, keringkan dan simpan dalam bekas kedap udara. Kalau ada dehydrator, lagi bagus. Pengeringan pun sekata dan cantik je.
Kalau biasa minum air kulit oren, bau mulut pun wangi je. Kahak yang tersangkut di tekak pun akan kurang. Lagi bagus jika diminum dengan madu asli, bukan gula.
Sebab apa saja minuman yang diminum untuk tujuan kesihatan, fungsinya rosak bila dicampur gula.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Menggaru bagai hendak tercabut kulit rasanya bila terasa gatal. Ianya suatu keadaan yang memang sesiapa pun tidak akan selesa.
Andai puas dicari ubat namun masih tidak serasi, apa kata mencuba amalan dengan menyapu minyak kunyit yang boleh dihasilkan sendiri.
Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Ilya melalui pengalaman peribadinya menemui penawar masalah kegatalan kulit yang ditanggung sejak kecil lagi.
Jadi bolah anda juga mencuba petua ini. Mana tahu serasi dan membuat ramuan minyak tersebut juga amatlah mudah. Jom semak.
Minyak kunyit! Untuk kulit yang bermasalah.
Sedikit tips untuk orang yang ada sakit kulit.Resepi ni dari mak. Zaman mak kecik-kecik dulu, mak guna minyak ni sapu pada kulit yang bermasalah.
Saya ada eczema, sejak dari sekolah lagi. Dulu teruk, sekarang dah okay, cuma tak sembuh sepenuh. Saya alah pada bahan kimia dalam kosmetik, bahan dalam sabun, pencuci. Sebab tu salah satu saya tak berani nak cuba-cuba produk kecantikan. Takut sejarah berulang masa alah teruk zaman sekolah. Sekarang saya baru nak cuba cara mak rawat penyakit kulit.
Bahan-bahanya:
Kunyit
Santan
Garam bukit
Cara-caranya:
1. Tumbuk kunyit sampai lumat.
2. Masukkan dalam kuali dan campurkan bersama santan.
3. Dah samakin pekat.Masak lagi sampai pecah minyak. Masa ni masukkan garam bukit.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.