Tahniah diucapkan buat pelakon, Shahz Jazle yang menimang cahaya mata ketiganya selepas isteri Nur Hanis Husna Mohd Nadzree selamat melahirkan bayi mereka.
Menerusi Instagramnya, Shahz Jaszle berkongsi perkhabaran gembira itu kepada semua malah meluahkan rasa syukurnya.
Menerusi hantaran tersebut, Shahz berkongsi perjalanan dirinya bersama isteri dari awal tiba di hospital sehinggalah melahirkan cahaya mata perempuan kedua dalam keluarga mereka.
“Syukur Alhamdulillah. Selamat datang ke dunia baru sayangku, Aurora,” tulisnya.
Bayi perempuan comel yang diberi nama Aurora itu juga sudah semestinya menjadi pelengkap bahagia buat Shah Jazle dan isteri serta dua anak mereka.
Ads
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan ucapan tahniah buat Shahz dan isteri atas kelahiran baharu mereka itu.
Ads
Sekadar info, Shahz dan Hanis mendirikan rumah tangga pada 1 Mei 2015. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Alana Jasmeen, 9, Ayden Jasreen, 7 dan terbaharu Aurora.
Intan Saleh baru-baru ini menemui mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan seorang jejaka, Aizam Yahya pada Disember tahun lalu.
Perkongsian tersebut dimuatnaik menerusi laman Instagramnya.Pasangan Itu kini menyulam bahagia di samping anak-anak.
Dalam perkembangan terbarunya, Intan dilihat menyambut ulang tahun kelahiran suaminya di sebuah restoran mewah berhampiran Menara Berkembar Petronas (KLCC) dalam suasana cukup romantis Dan eksklusif.
Namun, apa yang meraih perhatian warganet bilamana satu alat ujian kehamilan turut berada di atas meja dan mencetuskan spekulasi bahawa ibu kepada dua orang cahaya mata itu sudahpun hamil.
Menerusi video tersebut, kelihatan anak kepada Intan dari perkahwinannya yang terdahulu menghulurkan satu bekas kepada suaminya dan ada kejutan di dalamnya.
“Happy birthday cinta…i and muqri’s love you so much! Thank you sebab melengkapi hidup kami… 💚.”
Demikian tulis Intan menerusi kapsyennya. Simple tapi cukup sweet.
Biarpun tidak mendedahkan isinya namun ramai dapat meneka tentang hal tersebut susulan masing-masing terlihat gembira sambil suami kepada Intan mencium dahi isterinya bahagia.
Rata-rata warganet menitipkan doa semoga pasangan ini terus kekal bahagia serta mengucapkan tahniah andai benar wanita itu sudahpun berbadan dua.
Siapa kata main masak-masak hanya untuk anak perempuan? Main masak-masak bersama adik beradik yang lain terutama untuk anak lelaki tidaklah menjadi hal yang besar bahkan ada banyak kelebihannya.
Mainan masak masak untuk anak lelaki, boleh ke?
Jangan terkejut kerana jawapannya anak lelaki boleh bermain masak-masak dan permainan set dapur bahkan amat digalakkan.
Hakikatnya, pembahagian kategori mainan untuk kanak-kanak lelaki atau perempuan ini adalah taktik pengeluar mainan semata-mata, yang akhirnya melekat menjadi stigma bagi kebanyakan daripada kita.
Sejujurnya tanpa mengira jantina, setiap kanak-kanak boleh bermain sebarang permainan dan tidak seharusnya wujud diskriminasi.
Tidak dinafikan, jika berada di kedai permainan, mainan set dapur ini kebanyakannya terdapat dalam warna merah jambu – yang amat sinonim dengan kanak-kanak perempuan.
Namun terdapat juga sebilangan besar dapur mainan masak masak ini dihasilkan dengan lebih neutral, realistik dan sesuai untuk kanak-kanak lelaki serta perempuan, seperti dapur yang diperbuat daripada kayu.
Mengapa anak lelaki perlu didedahkan kepada permainan set dapur ini? Ini kerana satu fakta yang pasti, setiap individu perlu belajar untuk memasak.
Malah di kebanyakan rumah pada masa kini, ia adalah satu gambaran biasa untuk anak melihat kedua-dua ibu bapanya memasak di dapur. Bahkan terdapat ramai chef lelaki terkenal!
Jadi, tiada salahnya untuk membiasakan kanak-kanak lelaki dengan persekitaran dapur melalui permainan masak-masak ini.
Mainan masak masak, 7 manfaatnya kepada anak
Sudah tentu salah satu faedah yang tidak dapat dinafikan dengan permainan ini adalah ia dapat membuatkan si kecil ‘sibuk’ sementara anda melakukan tugasan rumah lain seperti memasak atau mengemas rumah.
Main masak-masak atau khususnya permainan set dapur kanak-kanak menawarkan kelebihan buat anak dari pelbagai aspek, antaranya:
1. Membina keyakinan diri
Permainan dapur ini sangat bagus untuk mendedahkan anak dengan kemahiran hidup dan mengembangkan kebebasan serta keyakinan diri.
Anak perlu bertanggungjawab memastikan kekemasan dapur, menyusun bahan-bahan, belajar tentang konsep asas memasak dan pemakanan sihat semasa bermain.
2. Belajar mendengar arahan dengan mainan masak masak
Semasa anda sibuk memasak di dapur, adakah si kecil turut bersama dan sentiasa bertanyakan soalan? Jika ya, ini tandanya mereka perlu diberikan set permainan dapur.
Anda akan dapat menerangkan bagaimana pentingnya untuk mengikut arahan bagi menghasilkan sesuatu makanan yang sedap – walaupun pada hakikatnya dengan set permainan dapur ini, anak tidak menghasilkan makanan sebenar.
3. Mainan masak masak dapat meningkatkan kreativiti
Role play sangat bagus untuk meningkatkan daya imaginasi dan mengembangkan kreativiti anak.
Ini kerana sememangnya kanak-kanak suka melakonkan atau meniru kembali perkara yang mereka lihat dalam kehidupan sebenar.
Permainan masak-masak ini pastinya sangat menarik untuk kanak-kanak. Mereka akan mencipta senario dapur unik sambil bermain dengan peralatan dan perkakas mainan.
4. Meningkatkan kemahiran motor halus
Anda mungkin tidak menyedarinya, tetapi sebenarnya setiap kali memasak, kemahiran motor halus sedang digunakan.
Anda perlu memotong, menapis, membasuh dan pelbagai lagi pergerakan fizikal lain, walaupun hanya untuk membuat hidangan ringkas.
Ini juga akan berlaku kepada si kecil apabila mereka berpura-pura memasak di dapur mainan – semua tindakan anak memerlukan kemahiran motor halus seperti individu dewasa.
5. Mainan masak masak dapat meningkatkan kemahiran mengecam visual
Semasa bermain masak-masak, anak akan belajar mengenal pasti pelbagai jenis makanan dan peralatan penting yang digunakan di dapur.
Ia akan membantu anda mengajar mereka mengenai makanan sihat seperti buah-buahan, sayuran dan sebagainya serta menghindari makanan ringan. Ini seterusnya akan membantu mereka untuk membesar dan memilih gaya hidup sihat.
6. Memperbaiki kemahiran bahasa dan komunikasi
Set permainan dapur ini sangat bagus dalam mengembangkan kemahiran bahasa dan komunikasi anak.
Untuk anak yang lebih kecil, mereka mungkin akan mula mempelajari nama makanan dan perkakas yang berbeza serta tindakan seperti mengacau, menggaul atau memotong.
Semakin membesar, mereka akan beralih kepada membangunkan pemikiran naratif dan penceritaan sambil menghasilkan permainan untuk dimainkan.
7. Serlahkan personaliti diri
Membiarkan anak lelaki anda bermain masak-masak atau segala jenis permainan tanpa diskriminasi jantina membolehkan mereka mengekspresikan diri dan mengembangkan keperibadian. Ini kerana bukan semua budak lelaki suka bermain bola sepak, kereta atau action figure.
Satu hari nanti, anak anda mungkin membesar menjadi pereka fesyen, pendandan rambut, tukang masak, mahupun penulis. Sementara ramai lagi yang akan menjadi saintis, jururawat, guru, arkitek ataupun jurutera.
Seorang kanak-kanak lelaki bermain dengan anak patung, hanyalah untuk berseronok dan mungkin akan belajar nilai kasih sayang pada masa yang sama.
Jadi jika anak lelaki anak lebih cenderung untuk bermain set mainan dapur, biarkan mereka. Mana tahu mungkin rezeki mereka untuk menjadi chef tersohor suatu hari nanti!
Hati mana yang tidak sedih apabila kehilangan ibu tercinta. Kenangan hidup bersama pasti dalam ingatan sehingga kehujung nyawa.
Bagi anak pula kehilangan ibu adalah amat memilukan buat diri. Hinggakan barang peninggalan ibu jadi pengubat rindu.
Sebagaimana yang dilakukan oleh puan Nani’s Makeover yang menjadikan kain batik tinggalan arwah ibu sebagai kenangan. Malah menjadikan ia sebagai hiasan rumah. Meletakkan kain batik millik arwah di frame gambar telah menarik perhatian ramai.
Ikuti perkongsian beliau.
Kain batik ni dah koyak2 hujungnya. Banyak bahagian yang dah dimakan lipas sbb setahun dah terperuk dalam almari mak sejak mak meninggal.
Kain ni sebenarnya kami guna waktu mandikan jenazah mak setahun yang lalu. Sejak mak takde, kami Tak usik dah almari mak sehinggalah 1 hari kami 2 beradik keluarkn baju2 mak dan asing asingkan untuk dibahagikan kepada anak cucu mak yang lain.
Macam biasa, Sekadar Ambik ‘kenangan’ yang betul2 Tak boleh padam dihati untuk diabadikan dirumah ni sebagai hiasan. Bukan sekadar hiasan, jugak sebagai ‘pengjargaan’. Lebihan Kain yang masih baik, letakkan dalam frame untuk tatapan Mata.
Dan segala kenangan yang baik, letakkan dihati sebagai kenangan yang Tak Kan kami lupa. Seram? Patah hati Tak Ada mak, lebih seram dari segala seram yang ada dalam dunia ni.