Ibadah korban adalah satu ibadah sunah yang pernah dilaksanakan oleh baginda Nabi Muhammad SAW.

Dalam melaksanakan ibadah ini, ia turut mempunyai hikmah dan pengajaran yang besar buat semua.

 

Selain ganjaran pahala, ia menjadi penerapan nilai insan untuk kita mengingati mereka daripada golongan yang susah, fakir dan miskin dengan memberi sedekah.

Berikutan itu penyanyi kecil molek, Nabila Razali tidak melepaskan peluang turut menunaikan ibadah korban pada tahun ini.

Memetik daripada Harian Metro, difahamkan ini merupakan kali kedua Nabila dan keluarga membuat korban secara individu berbanding sebelum itu berkongsi bahagian dengan orang lain.

“Tahun ini saya ada rezeki lebih. Jadi saya dan keluarga buat korban seekor lembu di kampung emak saya di Pulau Sebang, Melaka,” kata penyanyi dan pelakon Nabila Razali.

Menurutnya, ini kali kedua keluarganya membuat korban secara individu berbanding sebelumnya berkongsi bahagian dengan orang lain.

IKLAN

“Kali ini memang seluruh keluarga saya turun padang untuk melapah. Petang-petang sedikit baharulah orang kampung datang untuk memeriahkan keadaan.

“Alhamdulillah… kita pun dah boleh beraya macam biasa. Itu yang saya buat agar sambutannya lebih meriah dengan pasang khemah dan sebagainya.

“Seperti biasa keutamaan daging ini akan diagihkan kepada asnaf, fakir miskin dan anak-anak yatim manakala sebahagiannya akan dimasak untuk dimakan beramai-ramai,” katanya yang akan melayan peminat yang datang beraya.

Seluruh Keluarga Turun Padang Melapah..”Nabila Razali Kongsi Momen Berharga!

Menurutnya, tiada istilah artis apabila dia turun padang terbabit dengan korban.

IKLAN

“Hari ini bukan hari bekerja tapi hari untuk saya bersama dengan keluarga. Saya sendiri akan melapah dengan sanak saudara.

“Bukan setakat beraya tapi saya pun nak panjatkan kesyukuran atas rezeki yang saya dapat selama ini untuk saya salurkan kepada mereka yang memerlukan.

“Insya-Allah jika ada rezeki, saya akan buat korban lagi tahun depan dengan jumlah lembu lebih lagi,” katanya yang akan berangkat ke Kuching, Sarawak esok untuk memenuhi undangan menjayakan persembahan.

Sumber : myMetro

IKLAN

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI