Semai Tembikai Dari Buah Yang Dibeli Sendiri. Kini Sudah 2 Kali Keluarga Ni Merasa Hasil Tuaian!

Share

Umum membayangkan, untuk menanam tembikai memerlukan ruang atau sebuah ladang yang luas. Namun keluarga ini mengambil sedikit ruangan di laman rumah yang sebelum ini ditanam dengan rumput carpet, untuk dijadikan kawasan penanaman tembikai.

Lagi mengujakan, tanaman tembikai keluarga ini hidup subur malah hasil tuaiannya juga tidak menghampakan.

Jadi untuk anda yang ingin mencuba bercucuk tanam buah tembikai yang menjadi antara buah-buahan kegemaran ramai ini, apa kata ikuti langkah demi langkah yang dikongsikan di bawah ini. Jom semak.

Buah tembikai yang saya tanam.. jenerasi yang ke-2. Buah asal saya beli dari Aeon mall. Biji tembikai kita semai kembali.

Menyemai Biji Benih 

Step 1 : Taburkan biji tembikai di atas pinggan yang dilapik dengan tisu.

Step 2 : Tutup dengan tisu dan basahkan tisu tersebut.

Step 3  : 2-3hari…tisu kering…tambahkan air supaya tisu basah (lembap)

Step 4 : Dalam 5-7hari biji tembikai dah keluarkan tunas..

Step 5 : Sediakan tapak semaian…takda tanah…terpaksa korbankan laman rumput carpet.

 

Step 6 : Buatkan lubang dan tanam biji benih yang bertunas tadi. 

Akirnya, pokok tembikai yang disemai hidup dan membesar seterusnya mengeluarkan hasil untuk dituai.

sumber : Asrol Achoi via Kelab Kaki Kebun 

IKLAN