Allahu, berat mata memandang. Berat lagi bahu yang memikul. Hati suami mana yang tak dilanda gundah, jiwa ayah mana yang tak dirundung pilu bila mana insan-insan kesayangan satu persatu disahkan positif Covid-19.

Demikianlah jua yang berlaku pada saudara Mohd Imran Ramdan. Belum sempat rasa sedih hilang dek kerana ayahnya disahkan postif covid, tiba-tiba dia menerima panggilan dari KKM mengatakan anak dan isterinya juga turut positif.

Tinggal lah dia kini bersama bayinya yang baru berusia 9 bulan. Lebih memilukan si anak kecil itu masih menyusu badan sepenuhnya.  Ikuti perkongsian dari fb Mohd Imran Ramdan.


Allahuakbar!!! Harapanku…. ini bukanlah lambaian terakhir daripada isteri dan anakku.. ujian ini terlalu berat buat ku sebagai ketua keluarga…

“Semalam Abah, Kini Isteri & Anak Pula Diangkut.” Lelaki Ni Ambil Alih Jaga Bayi Kerana Isteri Positif Covid-19. Sebaknya!

Tak ku sangka malam semalam abah ku diangkut, malam ni isteri dan anak ku pula diangkut.. setelah di siang hari tadi bertalu-talu panggilan dari pihak KKM yang membuatku jadi huru hara Dan haru biru…

“Semalam Abah, Kini Isteri & Anak Pula Diangkut.” Lelaki Ni Ambil Alih Jaga Bayi Kerana Isteri Positif Covid-19. Sebaknya!

Kesudahannye isteri Dan anak lelaki ku positif.. aku negatif. Allah dah aturkan semua ini untuk aku.. maka tinggal lah aku disini menggalas tugas sebagai ibu kepada anak yang lain khususnye Yusuf Arjuna yg berusia 9 bulan yg menyusu badan sepenuhnye… Tadi dah training guna susu botol.. harap tak meragam lah Yusuf ni… Allah..rabbi yassir..

IKLAN

“Semalam Abah, Kini Isteri & Anak Pula Diangkut.” Lelaki Ni Ambil Alih Jaga Bayi Kerana Isteri Positif Covid-19. Sebaknya!

Bila Dr dr KKM tepon nk jemput ke hospital anak lelaki aku ni…

Muhammad Rayyan Danish… Kau baru 6 tahun nak…..
Masuk tandas pun nak berteman….Mandi pun nak diperhatikan….

Ayah redha dengan ujian ini nak…. ayah mesti ada sifat seperti atuk yang dah diangkut malam td.. atuk senyum aje… Tp ayah tak sekuat tu nak….

Ayah dah deal dgn doc supaya abg danish diletakkan sebelah katil atuk.. mudah2an atuk dapat tgk2 abg danish…

IKLAN

“Semalam Abah, Kini Isteri & Anak Pula Diangkut.” Lelaki Ni Ambil Alih Jaga Bayi Kerana Isteri Positif Covid-19. Sebaknya!

Airmata ibu dah berjurai-jurai sejak pagi tadi… Tp nak buat mcm mane.. dah ketentuan Allah.. harap ibumu tabah.. ayah doakan abg Rayyan Danish cepat pulang…

Tggu ambulan dtg jemput abg Rayyan Danish mlm nanti..

#pray4rayyandanish
#bbimcovid19

Mohon semua rakan2 doakan isteri Dan anak serta keluarga saya tabah hadapi ujian ini.. assalamualaikum

IKLAN

Sebelum itu, Mohd Imran turut memuat naik kisah ayahnya yang cukup tenang menerima dengan baik berita dirinya disahkan postif covid-19.

“Semalam Abah, Kini Isteri & Anak Pula Diangkut.” Lelaki Ni Ambil Alih Jaga Bayi Kerana Isteri Positif Covid-19. Sebaknya!

Ahad 5/4/2020.. jam 545pm.. abah dapat call dr pihak KKM.. Positif katanya… abah dengan senyuman dan menadah tangan ucapkan alhamdulillah…

Abah memang seorang yang sangat penyabar dan sentiasa redha dengan ketentuan Allah.. semoga abah cepat balik..

Aku pula bagaimana?? Semoga aku punya sifat seperti abah.. abah dah diangkut ambulan pada jam 1030pm.

“Semalam Abah, Kini Isteri & Anak Pula Diangkut.” Lelaki Ni Ambil Alih Jaga Bayi Kerana Isteri Positif Covid-19. Sebaknya!

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI