Perasan tak kalau kita pergi rumah orang yang ada anak kecil mesti akan ada bahagian dinding rumahnya berconteng.
Bahkan bukan rumah orang sahaja, malah rumah sendiri juga tidak kurang banyak juga hasil ‘karya’ anak terpampang di dinding.
Persoalannya kenapa anak-anak kita suka sangat menconteng dinding yang tersedia putih bersih? Sakit mata dibuatnya, malah hati pun rasa geram sangat. Jadi apa cara anda untuk hilanglan kesan contengan tersebut?
Jika masih buntu, di sini ada petua yang boleh diusahakan untuk memudarkan dan seterusnya menghilangkan kesan contengan tersebut.
Caranya cukup ringkas iaitu dengan menggunakan bahan sedia ada di dapur anda. Jom semak untuk lebih detail.
Bahan-bahan:
Ads
1 sudu baking soda
Air
Span
Cara-caranya:
1. Bancuh baking soda dengan air.
Ads
2. Ambil span dan basahkan ke dalam larutan tadi.
3. Sental bahagian dinding yang comot sehingga kesan kotoran hilang.
Edry KRU terkilan anak autistik dilayan kasar,”Jangan marah, maki OKU…” Menjadi ibu bapa kepada anak istimewa adalah satu perjalanan yang unik, penuh dengan cabaran, tetapi juga penuh dengan anugerah.
Bagi penerbit dan komposer, Edry Abdul Halim, beliau berharap orang ramai lebih peka dan memahami situasi dilalui individu dalam kategori orang kelainan upaya (OKU) termasuk memberi layanan baik kepada golongan istimewa itu.
Perkara itu dibangkitkan Edry selepas terkilan dengan layanan kasar diberikan terhadap anak ketiganya bersama isteri, Milia Mohammed iaitu Emery, 17, yang menghidap autisme ketika berada di sebuah restoran di ibu kota untuk makan malam, baru-baru ini.
Melalui perkongsian Edry menerusi video di akaun Instagramnya, beliau memohon orang ramai memberi ruang untuk golongan istimewa menikmati kehidupan normal. Ada kalanya mereka bertindak di luar kawalan tanpa mengetahui apa dilakukan sebenarnya salah.
“Emery anak istimewa saya, dia autistik, ‘non-verbal’ dan tiada cara komunikasi seperti kita yang sempurna ini. Dia berada di Kuala Lumpur untuk bercuti dan dua malam juga kita pergi makan di pusat bandar.
“Apa yang saya ingin tekankan, kadang-kadang tindakan anak istimewa ini tidak boleh dijangka dan dia buat apa sahaja. Dia ada masa impulsif, kalau hendak minum dia ambil sahaja daripada rak dan tak faham konsep kena bayar dan buat pesanan.
“Daripada dua malam yang kami keluar makan, ada berlaku situasi memberi trauma daripada layanan orang persekitaran. Sama ada itu adalah orang kedai atau pelanggan, kadang-kadang mereka tak faham anak istimewa ini lain daripada lain.
“Jadi, mereka tinggikan suara, marah dan maki. Masyarakat kita tak peka dengan insan yang mempunyai kekurangan dari segi keupayaan mental,” katanya.
Anggota trio adik-beradik, KRU itu juga menegaskan golongan istimewa yang mempunyai kekurangan dari segi keupayaan perlu dilayan dengan baik dan membantu merasai kehidupan normal.
“Sepanjang hidup, mereka perlu lalui hidup yang sebegitu, tapi mereka juga adalah manusia biasa yang mahu menjalani kehidupan normal. Mereka hanya ‘tumpang lalu’ di dunia normal kalian sekejap sahaja.
“Hanya perlu hadap perangai mereka satu atau dua minit sahaja. Ibu bapa seperti kami perlu hadap mereka sepanjang hidup. Jika kalian fikir satu atau dua minit itu susah, boleh bayangkan bagaimana kami menghabiskan sepanjang hayat untuk menghadap mereka.
“Kami tidak mengeluh dan harap kalian juga sama. Jika ada antara kalian berjumpa dengan orang yang nampak lain dan ada penjaga atau ibu bapa bersamanya, kalian akan selamat dengan bimbingan mereka.
“Bagi mereka ruang untuk ‘menumpang lalu’ kehidupan normal kalian untuk beberapa minit dan mereka akan pergi daripada kehidupan anda selamanya,” katanya.
“Biar kami yang uruskan, tapi jangan jadikan keadaan lebih teruk dengan melayani mereka secara agresif, marah atau maki. Tiada apa pun yang mereka buat, kalau ada sekali pun keluarga anak istimewa ada untuk bayar atau ambil tanggungjawab.
“Tolonglah, peka dengan kekurangan dihadapi golongan istimewa ini kerana bukan semua kekurangan boleh dilihat. Saya tidak mampu mengubah dunia, tapi kalau ada satu atau dua orang yang mengikuti saya dapat faham.
“Kalau ada berhadapan dengan seseorang berbeza, jangan layan mereka berbeza. Cuba sesuaikan diri dengan dunia mereka sekejap sahaja.
“Mereka hanya berada di dunia anda sekejap sahaja. Saya yakin dunia akan jadi tempat lebih baik kalau kita saling bertolak ansur,” katanya.
Edry mendirikan rumah tangga bersama Milia pada November 1999 dan dikurniakan empat orang cahaya mata, Emil, 24; Edylia, 21; Emery, 17, dan Elya, 14.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Sedih dan pilu mendengar perkhabaran akan kematian Adik Naufal Amsyar pagi semalam selepas empat hari dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF).
Berita sedih tersebut dikongsikan oleh bapanya Nabil Fikri Anwar, 28,menerusi aplikasi WhatsApp.
Menurut Nabil, anaknya Naufal Amsyar, yang juga bayi tunggalnya itu telah pulang ke rahmatullah.
“Assalamualaikum. Mohon sedekahkan Al-Fatihah buat anak saya Naufal Amsyar Bin Nabil Fikri yang telah kembali ke rahmatullah pada 9 pagi tadi,” katanya hari ini.
Selasa lalu, bayi malang yang dijaga seorang pengasuh wanita berusia 35 tahun di Tangkak itu dimasukkan ke hospital selepas dipercayai diserang sawan.
Hasil pemeriksaan awal mendapati terdapat kesan lebam lama dan baharu pada dahi kiri bayi selain pendarahan pada bahagian mata serta keretakan tempurung kepala.
Dalam pada itu, ibunya Eyka Rohmat memuat naik status selepas kematian anak tunggalnya itu. Sedih dan pilu terasa tatkala membaca catatan ibu ini.
9 bulan ummi bawak awak kehulur hilir , 10 bulan 5 hari je ummi dpt besarkan awk syg? ALLAHU. Disini awk dilahirkan disini jugak awak pergi tinggalkan ummi ayah syg ?tnggu ummi ayah tau nnt kita main air sama sama?
Berbanding dulu, kini penerimaan masyarakat bila bersalin melalui kaedah pembedahan semakin baik. Jika dahulu selalu dibanding-bandingkan sehingga membuatkan ibu jadi tertekan ketika berpantang.
“Baby berapa kilo?” “2.5 kilo.” “Bersalin normal?” “Tak, emergency caesar.” “Ruginya, baby kecil je kena caesar. Tapi tak apa la tak sakit nak bersalin. Saya bersalin normal je, 3.68 kilo. Ya Allah punya la susah.”
Pung pang pung pang. Emh.
Bersalin normal tu nikmat, bersalin caesar tu hikmah.mGeram je dengar, rasa nak tanya juga pernah kena caesar ke yang tahu bersalin caesar ni tak sakit? Huhu.
Rezeki setiap orang berbeza.
Ada yang mudah hamil, mudah bersalin tapi ujian lepas bersalin anak selalu tak sihat, suami pemalas ya ampun minta jauh 80 simpang.
Ada yang mudah hamil, susah bersalin subhanallah tapi lepas bersalin Allah mudahkan proses kesembuhan, bagi suami yang bantu semua urusan rumahtangga dan ibu ayah yang empati bantu sepanjang tempoh berpantang.
Ada yang susah hamil, mudah bersalin dan mudah proses penyembuhan. Ada yang susah hamil, susah bersalin tapi Allah ganti dengan anak yang sihat dan mudah diuruskan sepanjang tempoh berpantang ditambah pula dengan moral support dari keluarga.
Ada yang mudah hamil, mudah bersalin dan mudah semasa berpantang. Ada yang susah hamil, susah bersalin dan susah semasa berpantang. Rezeki pelbagai cara. Datang juga dalam bermacam gaya. Kalau asbab dosa yang buat kita susah, istighfar.
Bila kesulitan demi kesulitan yang Tuhan hantar kepada kita, kita hadapi dengan iman dan taqwa, tiada pun mustahil untuk diberikan kebaikan dan nikmat yang lebih baik.
Allah dah kata dalam al Quran, Allah dah lama bagitahu seorang ibu itu MENGANDUNG DENGAN KESUSAHAN DAN MELAHIRKAN DENGAN KESUSAHAN, dan kemudian menyusu dalam tempoh 24 bulan.
Dah tu apa yang nak hairan sangat kalau ada kesulitan semasa mengandung dan bersalin? Bukankah itu juga tanda arRahim dari Tuhan?
Kalau dikatakan ibu bersalin caesar atau susah bersalin (tempoh sakit yang panjang misalannya) berlambak dosa, dah tu yang beranak dalam tandas hasil suka-suka tanpa suami tu wali Allah ke? Kemon moms…
Kita lebih baik dari tu, tak perlu rasa hebat sebab berjaya bersalin normal dengan anak yang bambam dan rasa orang lain lekeh sangat. Mana tahu, rezeki dia Allah beri sudut lain. Ada suami yang baik, ibubapa yang baik, ibubapa mertua yang baik dan sahabat yang baik-baik. Rezeki dia je jumpa awak yang mulut kurang baik, huhuhu.
Tak rendah pun martabat seorang wanita bila ditakdirkan bersalin caesar. Bahkan ada situasi caesar jadi kaedah terbaik untuk ibu dan anak. Allah sentiasa beri yang terbaik walau nampak tak baik di mata kita.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.