Pelakon Mia Ahmad berkongsi cerita menyertai kelas membaca al-Quran bersama suaminya Mohd Izham Tarmizi.

“Ia Memori Terindah Dalam Perkahwinan Kami.” Mia Ahmad & Suami Belajar Mengaji, Mula dengan Iqra, Kini Pandai Baca Al-QuranMenerusi perkongsian tersebut, pelakon drama Hati Perempuan ini memberitahu, mereka mula memasuki kelas mengaji sejak dua tahun lalu.

Mia atau nama sebenarnya Samihah Ahmad Baderi bersyukur dan gembira apabila dia dan suami kini sudah mampu membaca al-Quran.

“Dua tahun yang lalu, selepas saya dan suami sama-sama mempelajari kelas al-Quran. Post ini bukan untuk menunjuk-nunjuk kebaikan ya tapi hanya kongsi perjalanan kami bersama sempena bulan al- Quran ini.

“Dan juga sebagai menghargai @kopiah_afik_ni dalam kesabaran dia mengajar kami. Terima Kasih ustaz. Saya juga hanya nak kongsi tak pernah saya bayangkan kami akan ada momen berdua belajar al-Quran bersama.

“Ia Memori Terindah Dalam Perkahwinan Kami.” Mia Ahmad & Suami Belajar Mengaji, Mula dengan Iqra, Kini Pandai Baca Al-Quran“Walaupun dah boleh baca, kami mula dari iqra tau sebab tahu masih merangkak-rangkak nak membaca. Saya ni mudah terhibur jadi selalu la rasa nak tergelak bila turn suami baca,” kongsi Mia lagi.

Mia memuatnaik video di Instagram miliknya pada Rabu yang memperlihatkan suaminya sedang belajar membaca al-Quran dengan ustaz secara maya.

“Ia Memori Terindah Dalam Perkahwinan Kami.” Mia Ahmad & Suami Belajar Mengaji, Mula dengan Iqra, Kini Pandai Baca Al-QuranDalam pada itu, dia menganggap pembelajarannya membaca al-Quran bersama suami merupakan kenangan yang paling indah dalam perkahwinan mereka.

IKLAN

“Yang pasti ni la memori paling terindah dalam perkahwinan kami. Ya saya tahu hangpa tak mahu tahu pun. Hanya kongsi, harap dapat beri inspirasi kepada keluarga di luar sana untuk sama-sama kita menuju Jannatul Firdausi.

“Saya doakan kita semua dapat menjadi orang yang baru dan orang yang lebih baik selepas bulan Ramadhan ni Insya-Allah,” ujarnya.

Begitupun, ibu kepada dua orang cahaya mata ini menegaskan perkongsian tersebut bukanlah untuk menunjuk-nunjuk ibadah yang mereka lakukan.

“Ia Memori Terindah Dalam Perkahwinan Kami.” Mia Ahmad & Suami Belajar Mengaji, Mula dengan Iqra, Kini Pandai Baca Al-QuranSebaliknya, dia berharap perkongsiannya itu juga dapat memberikan inspirasi kepada keluarga di luar sana untuk bersama-sama menjadi orang yang lebih baik selepas Ramadan.

IKLAN

Untuk rekod, Mia mendirikan rumahtangga dengan Izham Tarmizi pada 13 Januari 2017 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Sayf Issa, 4 dan Iris yang kini berusia dua tahun.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mia Ahmad (@mia.ahm4d)

Perkongsian tersebut meraih perhatian ramai. Rata-rata meminta Mia untuk terus berkongsi ilmu kebaikan bersama.

“Ia Memori Terindah Dalam Perkahwinan Kami.” Mia Ahmad & Suami Belajar Mengaji, Mula dengan Iqra, Kini Pandai Baca Al-Quran

sweet_sonia Keep sharing mia..sama² kita usaha mencari hidayah Allah❤️
haidziro_lady_roger Nanpak simple pd org lain tp benda2 mcm ni lh yg mengikat kasih syg pasangan kita yg kiranya “zero” seterusnya “hero” dihati kita. Much love mia ❤️
Aamiin. Ilmu takkan pernah habis. Tuntut selagi nyawa dikandung badan. Dengan ilmu yang baik, semoga menjadi asbab untuk bekalan akhirat nanti, Aamiin.❤️
Alhamdulillah. Suka sharing kak mia skrg☺️Semoga kak mia sekeluarga sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT. In sha Allah Aamiin🤲✨
noriza_jai ❤️ X pe yg penting benda positive Allah tahu niat kita, ini salah satu ibadah bahi sya ❤️❤️❤️❤️
nazziranazir Org yg sedang merangkak2 belajar lagi banyak pahala atas usahanya. Tahniah you guys! ❤️
julizahjaafar saya suka sharing akak banyak yang saya belajar dari akak…nak nak orang lain berubah kita kena berubah dahulu…
syurga.jna Xpa mia. Sharing hal2 begini blh jd teguran juga utk yg mgkn kadang teralpa dan terleka ❤️. Tq for the +ve sharing nak2 hal berkaitan agama islam 😘

Sumber: mia.ahm4d

IKLAN

ARTIKEL MENARIK: “Menunggu Kepulangan Yang Tak Akan Pulang.” Baru 3 Hari Habis Pantang, Suami Pula Meninggal Dunia, Kisah Wanita Ni Bikin Sebak!

ARTIKEL POPULAR: “Ya Allah Adik Gagah Juga, Kakak Tumpang.” Gelagat Comel Aafiyah Ditegur Tokti Menyakat Adiknya Bikin Ramai Terhibur

BACA INI JUGA : “Cantiknya Baby Khadeeja, Secantik Namanya. Muka Chinese Look.” Intan Ladyana Dedah Wajah & Nama Anak


Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI