‘Bedtime story’ merupakan sesi ibu bapa membaca buku cerita atau berkongsi kisah-kisah menarik mahupun kisah tauladan kepada anak-anak sebelum mereka tidur. Sesi ini penting dan menjadi lebih bermakna kerana ia melibatkan hubungan emosi diantara anak-anak dan ibu bapa.Jalinan erat dan kualiti masa bermasa anak-anak pasti dapat dimanfaatkan ketika sesi bedtime stories ini.

Namun, jika tidak pernah lakukan ‘Bedtime stories’ dengan anak-anak,baik mulakannya dari sekarang.Ini kerana waktu masuk ke bilik tidur adalah waktu minda kita mula relaks berbanding waktu lain. Begitu jugalah pada anak. Suasana bilik yang samar-samar serta pengudaraan yang selesa akan membuatkan emosi anak-anak juga lebih tenang. Gelombang otak pula berada pada gelombang Alpha yang lebih baik untuk saranan positif dalam menasihati anak-anak.

Menerusi perkongsian Asrulnizam Abas, beliau berkongsi perkara yang Ibu Bapa boleh lakukan ketika sesi ‘Bedtime stories’ ini.

1.Bercerita

Berceritakan kisah pendek yang kurang dari 10 minit. Sebab biasanya kita masuk bilik pun tak terus tidur. 10 hingga 15 minit juga baru boleh lena. Ceritakan sahaja kisah rasul, kisah nabi asalkan ada value positif yang diterapkan. Sebenarnya bukan cerita yang nak disampaikan, tapi nilai dari cerita.

IKLAN

Di hujung sebelum tidur, berikan penerapan kepada nilai diri supaya anak-anak faham tentang konklusi kepada apa jua cerita dan ilmu yang kita cuba terapkan. Lepas ending cerita, terus baca doa tidur bersama mereka. Peluk dan cium mereka dengan ikhlas.

2.Ajarkan doa

Doa yang mula-mula lekat pada minda anak saya adalah doa tidur walaupun ada banyak doa lain saya ajarkan. Kenapa begitu? Seperti yang saya bagitau, waktu tersebut lebih fokus dan bertenang jadi mereka lebih cepat ingat. Ajarkan juga doa lain bila anak anda dah pandai doa tidur. Jika 1 bulan satu doa, satu tahun dah 12 doa. Banyak tu.

IKLAN

3.Questionaire

Yang ni adalah yang selalu saya buat. Sebab kekadang rasa kekok nak bercerita, jadi saya suka sharing berkaitan sains atau maklumat waktu nak tidur. Contoh; “Man, tahu tak kenapa telinga gajah sangat besar?” So anak-anak akan mula menjawab. Jika salah biarkan sahaja. Kemudian saya akan terangkan jawapan supaya mereka faham.

4.Rasionalkan situasi

IKLAN

Biasanya satu hari kita akan ada marah-marah pada anak kita. Percayalah, ini selalu kita buat. Dan selalu ya waktu marah kita sendiri tak rasional dan tak boleh jelaskan kepada mereka dengan baik. Jadi, waktu ini adalah waktu paling sesuai untuk rasionalkan situasi negatif yang berlaku pada hari tersebut.

Yang penting, 10 minit, tetapkan value. Buat ulangkali.

Semoga bermanfaat

Sumber Facebook: Asrulnizam Abas

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI