Sembelit, siapa yang mengalami memang akan tahu betapa sukarnya untuk membuang air besar atau tidak dapat buang air besar secara teratur. Ia adalah masalah yang biasa berlaku dan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, tanpa mengira usia atau jantina.
Sembelit juga sering dialami oleh ibu-ibu hamil dan juga ibu dalam tempoh berpantang. Tidak kira ibu-ibu yang bersalin secara normal mahupun secara pembedahan masalah sembelit ini memang sangat menyiksakan.
Selain melakukan senaman ringan, bagi membantu untuk memudahkan membuang air air besar, anda juga boleh cuba minuman ini. Perut kenyang, tiada masalah sembelit malah susu untuk bayi pun banyak. Bagi mereka yang sedang berusaha untuk menurunkan berat badan pun sesuai amalkan minuman ini ye.
Nak cuba? Ini resipinya untuk 1 hidangan (sekali minum).
Ads
BAHAN-BAHAN:
1 biji epal hijau
2 biji kurma
1 sudu teh serbuk kayu manis ceylon
1 gelas susu (saya pilih susu berkrim sebab rasa lagi lemak. Jika nak lagi bagus, guna susu rendah lemak (low fat)
Ads
CARA-CARA:
1. Potong kecil buah kurma dan buah epal. Epal jangan dibuang kulit kerana kandungan Flavonoid yang ada pada kulit sangat bagus untuk pelihara jantung dan elakkan strok.
2. Masukkan susu dan buah-buah yang dipotong tadi ke dalam pengisar. Nak lagi sedap boleh masukkan ais. (dalam gambar tidak dimasukkan ais). Kemudian masukkan serbuk kayu manis ceylon.
Ads
3. Kisar sampai semua bahan menjadi halus. JANGAN TAPIS. Minum semua sekali.
4. Siap! Sedia untuk dinikmati. Minuman ini boleh diamalkan setiap hari pada waktu malam atau bila-bila sahaja yang anda suka.
Tahukah anda barli mempunyai banyak khasiat dan bukan sahaja enak dijadikan air minuman mahupun bubur barli semata-mata.
Bahkan tidak hairanlah sehinggakan doktor ini menyarankan untuk dijadikan sebagai makanan harian untuk pesakit diabetes, hiperkolestrolemia dan hipertensi.
Nak tahu lanjut tentang kebaikan barli, ini perkongsiannya.
MAKAN BARLI PENGGANTI NASI
Nasi adalah makanan ruji orang Melayu di Malaysia. Ramai yang tidak nampu untuk meninggalkan nasi.
Dalam ceramah kesihatan, saya mencadangkan bagi pesakit metabolik seperti pesakit diabetes, hiperkolestrolemia dan hipertensi, agar menukarkan nasi dari beras putih kepada beras perang atau beras rebus (parbolied). Ini kerana beras putih mempunyai nilai GI yang terlalu tinggi berbanding dengan beras yang saya sebutkan tadi.
Mengambil barli dalam makanan dikatakan amalan sunnah.(Maaf saya tidak jumpa hadis yang berkaitan). Namun apa yang terbukti, pengambilan barli sangat baik untuk kesihatan. Ia mampu mencegah dan merawat penyakit.
Sebagai contoh untuk sarapan, boleh campurkan barli yang direbus dengan buah kurma, kismis, buah teen dan madu. Untuk makan tengahari atau malam, boleh gantikan nasi dengan barli, dimakan bersama lauk kari ikan bersama sayur yang ditumis.
Banyak manfaat barli, antaranya:
1. Merawat kencing kotor
Kencing kotor merujuk kepada jangkitan pada saluran/pundi kencing. Dengan mengamalkan minum air barli, ia membantu merawat masalah ini.
Ini kerana air barli bersifat alkali. Ia juga bersifat diuretik, yang meningkatkan penghasilan air kencing. Ini membantu pesakit kencing lebih banyak, dengan secara tidak langsung mengeluarkan kuman bakteria dari pundi dan saluran air kencing.
Air barli juga bersifat anti-keradangan yang membantu masalah penyakit ginjal kerana ia dapat menurunkan tahap asid urik dan kreatinine. Bagi pesakit ginjal (yang belum menjalani hemodialisis), minum air barli tanpa gula, sangat membantu merawat masalah ini.
Barli juga kaya dengan magnesium, yang dapat mencegah penghasilan batu karang.
Minum 2-3 gelas air barli sehar sehingga masalah tersebut berkurangan, dan kemudiannya sembuh.
2. Membantu Menurunkan Berat Badan
Barli kaya dengan serat, terutama beta-glucan. Ia memberikan rasa kenyang dalam jangka masa yang lama, mengelakkan dari rasa cepat lapar. Ia juga baik untuk sistem penghadaman badan dan meningkatkan metabolisma. Menggantikan nasi dengan barli dapat membantu menurunkan berat badan.
3. Merendahkan Tahap Kolestrol
Menggantikan beras dengan barli dapat mengurangkan tahap kolestrol jahat dalam darah, lalu mengurangkan risiko mendapat masalah sakit jantung. Ini kerana serat beta-glucan dalam beras barli dapat mengurangkan penyerapan kolestrol dari makanan ke perut dan usus.
4. Menjadikan Jantung Lebih Sihat
Menggantikan beras dengan barli juga dapat merendahkan tahap kolestrol di dalam darah, mencegah keradangan dan meminimakan proses pengoksidaan yang menyebabkan pemendakan kolestrol dalam saluran darah. Dengan ini ia membantu mencegah penyumbatan saluran arteri atau dikenali atherosclerosis.
Barli mempunyai sejumlah vitamin B (niacin) dan vitamin E yang dapat melambatkan proses keradangan dan pengoksidaan. Selain menghalang berlakunya atherosclerosis, barli juga dapat merendahkan tekanan darah tinggi yang menjadi punca bagi masalah serangan sakit jantung dan stok.
5. Membantu Sistem Penghadaman
Mengambil barli menggantikan nasi juga membantu penghadaman makanan dan baik untuk kesihatan perut dan usus. Barli bersifat alkali dan ini bagus untuk pesakit gastritis. Barli juga mempunyai banyak serat yang menjadi sumber prebiotik. Air barli juga mempunyai elektrolit yang seimbang, bagus untuk mereka yang mengalami cirit-birit.
6. Mengawal Tahap Gula pada Diabetes
Mengambil barli menggantikan nasi juga bagus untuk pesakit diabetes. Dua faktor yang terdapat pada barli, iaitu kandungan fiber yang tinggi dan kandungan serat beta-glucan yang melambat penyerapan gula dari makanan. Oleh itu barli mempunyai nilai Index Glisemik yang rendah, iaitu 45 berbanding beras putih GI 75.
7. Kulit Yang Lebih Sihat dan Cerah
Mengambil barli menggantikan nasi atau meminum air barli dapat menggalakkan perkumuhan dan mengeluarkan toksik dari badan. Ini menjadikan kulit yang lebih sihat dan cerah.
Barli mengandungi bahan asid azelaic yang digunakan untuk merawat jerawat. Ia dapat mengurangkan keradangan pada kulit, mengelakkan daripada liang pora kulit tersumbat. Barli juga bersifat antioksida yang dapat melawan radikal bebas. Ini melambatkan proses penuaan.
Ambil barli yang dikisar dan campurkan sedikit air untuk dijadikan mask muka. Biarkan selama 10 minit dan kemudian bilas dengan air yang bersih. Amalkan beberapa kali seminggu. Insya Allah kulit bertambah bersih, cantik dan tegang.
8. Menyejukkan Tubuh
Air barli sangat bagus untuk menghilangkan rasa panas badan. Hentikan pengambilan air berkarbonat, dan bertukar kepada air barli. Campurkan setitik stevia dan perahan limau. Sesuai diambil dalam keadaan suam ataupun sejuk.
9. Membekalkan Nutrisi Penting Kepada Ibu Hamil
Sama ada mengambil air barli atau menggantikan nasi putih dengan barli sangat bagus untuk ibu yang hamil. Selain membekalkan vitamin dan mineral, ia membantu mencepatkan proses penghadaman, mencegah sembelit, mengawal kadar gula dalam darah untuk mengelakkan masalah diabetis semasa hamil.
Air barli dapat mengeluarkan toksik dan air yang berlebihan dari badan. Ini boleh mencegah daripada edema.
Para ibu yang menyusu anak meningkatkan kadar penghasilan susu badan. Campurkan air barli yang panas dengan 1 sudu teh jintan manis, biarkannya selama 5-10 minit dan kemudian minumnya.
10. Meningkatkan Kekuatan Sistem Imuniti Badan
Sistem pertahan badan adalah perkara yang penting, untuk melindungi tubuh badan daripada jangkitan dan serangan kuman seperti demam, selesema dan lain-lain. Mengambil barli menggantikan nasi atau mengambil air barli sangat bagus untuk meningkatkan sistem imuniti tubuh kerana ia dipenuhi dengan pelbagai nutrisi seperti vitamin B, zat besi, kalsium, magnesium, zink dan selenium. Barli juga mengandungi zat besi, bagus untuk mencegah daripada anemia dan keletihan (fatigue).
Semoga bermanfaat.
Sumber : Dr Zubaidi Hj Ahmad
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bila rasa runsing dengan berat badan yang bagai dipam-pam, tentu membuatkan kita tercari-cari petua yang sesuai untuk diamalkan.
Oleh itu, mungkin perkongsian daripada Sahiza Mohd ini boleh dijadikan panduan.
Nak tahu lanjut ini perkongsiannya.
Saja nak share hasil amal minum air ASAM KEPING sebab selalu sakit kepala sebab doktor kata aku ada darah tinggi, migrin, resdung tapi tak sangka setelah 2 minggu tak ada dah sakit kepala tuh pastu amalan setiap pagi berat badan pun makin turun.
Jadi makin slim dan perut kempis dari berat 65 kini 60 kg mana tidakmya habis lemak lemak perut keluar tapi bukanlah cirit ye .
So bagi yang nak kurus tu boleh amal benda ni.
Patut ah orang dulu dulu selalu amal benda ni sebab bagus untuk yang kerja bawah matahari tak rasa panas kepala. Yang perut buncit akan jadi kempis badan pun rasa segar je.
Cara dia mudah je rendam 1/2 keping asam gelugur/keping dengan air panas sebelum tidur malam.
Bangun pagi minum air rendaman ni sebelum makan pagi.
Sumber : Sahiza Mohd
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pelakon Datin Niena atau nama sebenarnya Amaniena Kamarul Baharun baru-baru ini selamat melahirkan cahaya mata keduanya. bayi perempuan yang diberi nama Alyssa Marrisa itu lahir pada 20 Oktober yang lalu.
Terbaru menerusi perkongsiannya di laman instagram, Datin Niena Baharun memuat naik gambar dia selesai fasa berpantang dselama 44 hari.
Dia turut bercerita pengalaman melalui penutup pantang bersalin yang diakuinya pemting bagi setiap wanita selepas bersalin bagi mengekalkan kesihatan dan tenaga.
Bila tgh berpantang, yg paling Niena tak sabar nak buat adalah penutup pantang. Sebab yg ni special sikit dari pantang yg biasa.
Special tu dari segi rawatan, cth selain urut, tungku, scrub ada tambahan sprti tangas kering, ungkup wangi, mandi susu, mandi garam dan mandi bunga! Yg ni kalau nk buat semua ambik masa dlm 3hari. But, if buat tangas kering & mandi bunga saja pun dah ok!
Org tua2 dulu ckp, penutup pantang ni utk mengelak angin cpt msuk ke dlm badan slpas bersalin, dapat menaikkan lagi seri wajah ibu, dapat mengembalikan keyakinan/tenaga ibu sprt sediakala dan dapat merawat aura negatif ibu selama berpantang (stress/penat/sakit badan).
So, alhamdulillah selesai sudah penutup pantang bersama @fazrina_postnatalcare . Tkasih bt CL sy kak @watiarbaa & kak Emy yg bertungkus lumus menyiapkan penutup pantang, siap ada nama lagi. Cantik kan?