Usianya dalam bidang seni lebih kurang dua tahun, namun rezekinya mencurah-curah. Begitu pun pelbagai kritikan dan tohmahan di terima sepanjangh pembabitannya. Bermula dengan menyanyi secarta smule, akhirnya dia menjadi artis rakaman dan bergelar selebriti yang semakin meningkat namanya.
Wany atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah bagaimanapun menjelaskan dia sendiri tidak menjangka akan memenangi anugerah berdasarkan undian peminat biarpun baru setahun jagung menceburkan diri dalam dunia hiburan.
“Alhamdulillah, banyak yang saya dapat 2 tahun ini.Walaupun banyak kecaman dilempearkan terhadap saya, tapi saya move on dan terima kutukan itu kerana itu adat. Cuma sebagai manusia, saya terima tapi sampai maki menyebut tentang keluarga membuatkan saya sedih.
“Sejujurnya saya masuk industri niat untuk bantu ibu yang nk berhenti kerja. Sebelum ini, ibu yang sara kami dua beranak waktu itu. Jadi, bila waktu kebetulan saya dapat tawaran untuk jadi artis rakaman. Jadi saya pun terima. Sekurang-kurangnya duit buat show boleh RM200- RM500 setiap bulan boleh tanmpuing kehidupan kami.
“Waktu itu tak terfikir pandangan orang, ikutkan bukan hanya penat fizikal tapi mental. Penatnya ketika itu hanya Tuhan yang tahu. Kalau fikirkan tak ada tanggungngan waktu itu, memang saya dah give up.
Ads
Agak menyentuh perasaan apabila Wany berkata dia terpaksa hanya makan roti bakar dalam tempoh seminggu dengan ibu dek kerana kepayahan hidup dan kekangan kewangan.
“Saya pernah melalui kehidupan yang memeritkan, duduk rumah sewa sampai satu masa kami mengambil keputusan untuk berpindah kle rumah yang ibu beli tapi belum siap. Tetapi kami hentikan pembinaan rumah tersebut dan tinggal di sana. Rumah ketika itu belum siap dan tak sesuai di diami tapi terpaksa juga duduk di situ. Seminggu tak pergi kelas sebab nak guna duit itu buat ibu pergi kerja.
“Kami hanya mampu makan roti bakar seminggu. Tapi kami melalui kehidupan itu dengan hanya berdoa supaya dimurahkan rezeki dan sangat terdesak begitu. Bila fikirkan balik, tak malunya waktu itu sampai meminta doa begitu sekali.
Walaupun berhadapan dengan situasi kewangan yang meruncing, namun Wany tetap meneruskan pengajian seperti biasa.
Ads
“Memang saya ada terfikir nak berhenti dari study tak boleh waktu itu sebab dah sampai ke tahun akhir. Sayangnya jadi tak nak berhenti. Bila duduk dengan ibu dan makan roti bakar itu paling best. Waluapun sedih tapi momen itu paling seronok sebab berdua dengan ibu.
Mengulas mengenai pelbagai kritikan yang diterima termasuklah kononnya ibu bapanya tak ajar agama sebab tu membiarkan dia menyanyi dan sebagainya, ujar Wany, orang yang mengkritik tak faham apa yang di alami oleh artis.
“Mereka hanya nampak dunia artis yang glamor namun disebaliknya mereka tidak tahu betapa sukarnya laluan tersebut.
Ads
“ Menyanyi susah sebenarnya, tak senang kerana bukan hari-hari dapat maintain prestasi dan ada turun naik. Kalau saya dilahirkan kaya, memang saya takkan jadi penyanyi.
“Orang tengok artis ini hanya hidup glamor, mekap cantik dan dapat tajaan banyak pihak… namun mereka tidak tahu banyak dugaan yang perlu ditempuhi. (Rasa penat) bukan sahaja secara fizikal, mental malah juga hati. Jika tidak fikirkan tentang tanggungan, pasti saya sudah lama give up.
Semakin hari umur kita semakin bertambah, dan bila semakin berusia itu bermakna tahap kesihatan juga selalunya akan menurun.
Jika dilihat statistik, dianggarkan 1.4 juta rakyat Malaysia mengalami masalah inkontinenss atau lemah kawalan kencing termasuklah 1 daripada 3 wanita berusia 40 tahun ke atas akan mengalaminya.
Tetapi hanya 31% sahaja yang ingin mendapatkan rawatan berbanding lebih ramai seboleh-bolehnya menyembunyikannya daripada pengetahuan orang lain hatta anak sendiri sekali pun tidak tahu keadaan tersebut.
Hal yang sama juga telah dilalui oleh Puan Juriah Jalalus Shuti apabila ibunya Puan Aminah Mohd Munir mengalami masalah tersebut sejak 4 tahun yang lalu.
Ini perkongsiannya
Setiap kali singgah ke rumah mak, saya sekadar nampak emak kerap masuk toilet dan saya sendiri tidak merasakan ada masalah tentang itu. Hinggalah suatu hari sedang berborak dengan mak, tiba-tiba mak bergegas ke bilik air dan belum pun sempat ke bilik air tiba-tiba ibu terkencing di situ.
Ketika itu air muka mak jatuh dan saya masih tidak menggangap ada sesuatu yang serius. Emak bersihkan kawasan tersebut dan saya buat-buat tidak tahu untuk elakkan mak terasa malu.
Apa yang saya perasan, mak selalu mengadu katanya kainnya semua sudah reput, kain dia dah rosak, cepat koyak dan hancur. Jadi setiap kali dia mengadu, saya belikan kain batik yang baru. Dan rungutan ini berkali-kali saya dengar hinggakan saya ambil keputusan untuk terus beli kain batik berkodi-kodi demi untuk mak.
Ini sebabnya
Kain itu rosak bukan sebab tidak berkualiti atau sebagainya TETAPI disebab direndam dengan air kencing setiap hari, itu penyebab utama kain batik yang dibeli mereput dengan cepatnya.
Selapas 6 bulan melihat keadaan mak dan keadaan rumah yang berbau, barulah saya dan kakak berbincang dan barulah kami sedar bahawa mak sebenarnya ada masalah mengawal kencing.
Kemudian saya ambil maid untuk cuci rumah mak setiap hari, tapi still bila pagi cuci dan petang sayang datang masalah bau masih ada. Saya rayu mak tinggal dengan saya, tapi mak tetap bertegas boleh jaga diri sendiri dan tidak mahu kehadirannya mengganggu kehidupan anak-anak bila duduk sebumbung.
Bila mak dah buat keputusan begitu, jadi saya datang ke rumah mak setiap hari untuk mop lantai dan salinkan kain. Hari-hari berulang alik memang penat dan saya terus merayu mak untuk tinggal sekali hinggalah setahun usaha memujuk ini saya lakukan.
Bila mak berpindah
Alhamdulillah, mak akhirnya mahu duduk sekali dengan saya. Bila saya berjaya pujuk itu bermakna semua masalah-masalah sebelum ini di rumah mak kini dibawa ke rumah saya pula.
Jadi untuk pastikan rumah tidak berbau dan suami serta anak-anak selesa, saya pastikan akan mop rumah berkali-kali. Kebetulan, pejabat dekat dengan rumah, jadi pagi sebelum kerja saya mop, tengah hari time lunch saya balik untuk mop dan balik kerja sebelum buat benda lain saya mop lagi sekali lantai.
Pun masalah ini tidak selesai sehinggalah saya dan kakak perasan, cara terbaik atasi semua ini adalah dengan memakaikan emak drypers dan bukannya perlu mop lantai sentiasa dan menukar lebih kerap kain batik dan pakaian yang dipakainya. Dan sekarang bila mak dah pakai dryper Tena, masalah semua itu hilang. Bau tak ada dan saya tidak perlu lagi mop lantai setiap hari. Bahkan mak lebih selesa dan kini hidupnya lebih nampak positif bila sudah mahu keluar berjalan-jalan bersama anak dan cucunya.
Semoga perkongsian ini dapat memberi pengetahuan kepada kita untuk melakukan yang terbaik kepada orang tua bila tiba waktunya nanti.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Wanita sememangnya cukup bertuah. Mereka mempunyai banyak sumber pahala untuk membantu kaki melangkah masuk ke syurga.
Selain berkorban nyawa melahirkan zuriat demi penyambung warisan keluarga, ada juga yang terpaksa berpenat lelah bersengkang mata dalam membahagikan masa menjaga anak-anak dan dalam masa yang sama bekerja membantu suami demi kelangsungan hidup.
Justeru, wanita memerlukan penjagaan yang lebih baik bagi memastikan kesihatan tubuh dalam keadaan yang baik. Berikut beberapa pesanan daripada Dr Hamid Arshat kepada wanita di luar sana, satu pesanan yang amat berguna untuk dipraktikkan, seperti pesanan seorang ayah kepada anak.
Pesanan kepada wanita dan pesakit-pesakit saya
1. Jagalah kesihatan anda sebelum ditimpa penyakit. Tiada harta dan wang ringgit yang bertimbun banyaknya pun yang boleh menebus kesihatan bila sudah dilanda penyakit kronik.
2. Pencegahan penyakit adalah lebih baik dari rawatan. Tapi bila sudah ditimpa penyakit perlu cari ubat dari peringkat awal. Cari ubat dari doktor bertauliah dulu. Rawatan alternatif dan tradisional boleh dikabungkan kemudian.
3. Berdoa kepada Allah SWT setiap hari dan setiap waktu dan ditempat yang makbul doa agar dikuatkan iman dan diberi kesihatan badan, jiwa dan panca indera. Jangan putus doa atau putus harapan. Allah Maha Pengasih dan Penyayang.
4. Kuasai, kawal dan urus diri untuk mengikuti cara,gaya, budaya dan tabiat hidup kearah sihat walafiat. Jangan asyik bergantung dengan ubat. Ubah minda dan ubah tabiat kepada ciri2 positif. Hapuskan kepercayaan dan amalan kuno yang tidak berasaskan ilmu pengetahuan.
5. Maksud hadis – pada akhir zaman (sekarang) dua perkara menjadi punca utama bagi pelbagai penyakit iaitu makanan tidak seimbang dan gangguan jiwa dan rohani. Memang benar.
Lain-lain punca penyakit ialah keracunan dari berbagai punca saperti bahan-bahan kimia, radiasi dan pencemaran.
6. Penyakit timbul dari tabiat makan yang tidak sesuai serta pemilihan makanan yang kurang berkhasiat dan berzat. Sering berlebihan gula dan karbohidrat. Juga makanan yang mungkin mengandungi toksin sebab diawet, diperoses, ditambah perisa serta disimpan dalam tin.
Jauhkan makanan tersebut dan juga makanan segera serta minuman manis dan bergas. Makan bahan-bahan yang mentah dan segar – banyakkan mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan.
70% dari makanan dari sumber tersebut. Kurangkan gula dan garam dalam masakan. Juga jangan memasak keterlaluan ( over cooking khususnya sayuran)
7. Makan bila lapar berhenti sebelum kenyang. Kunyah makanan perlahan-lahan dan berulang sehingga makanan dalam mulut jadi lumat sebelum ditelan. Tebaik kunyah antara 15 hingga 20 kali setiap suap makanan.
8. Mulakan makan dengan buah-buahan dan tunggu 15 hingga 20 minit sebelum makan nasi. Kalau boleh jangan tambah nasi; tambah lauk(protien) dan sayur-sayuran jika sajian pertama tidak mengenyangkan.
Waktu selingan (teh dan coffee break) makan kacang badam , gajus atau walnut berserta kismis, keroma atau berries yang dikeringkan. Biji-biji kuaci, labu, semangka, adalah makanan sihat. Disertai air kosong atau air teh hijau.
9. Kurangkan minuman kopi kepada satu atau dua kali sahaja dalam sehari. Biasakan minum jus buah yang segar. Jus air kelapa muda tanpa ditambah gula adalah jus buah yang terbaik dari segi kandungan zat, vitamin dan logam. Banyakkan minum air mineral atau air kosong. Mereka yang sering mengalami gangguan kencing dan lelehan lendir faraj amalkan minum juz cranberry, lemon , limau nipis atau kasturi.
10. Minyak kelapa dara (VCO) atau extra virgin olive oil adalah baik untuk fungsi otak dan jantung. Minumlah satu sudu pagi dan petang. Juga satu sudu madu lebah setiap hari.
11. Jadikan suka makan ulam dan salad sebagai satu tabiat dan budaya hidup. Ulam raja telah dikaji dan dibuktikan sebagai antikanser. Begitu juga pelbagai pucuk daun yang mudah ditanam disekitar rumah – Sambung Nyawa, Misai Kucing, Kacang Botol, Tujuh Jarum dan sebagainya- mengandungi pelbagai khasiat kesihatan ; mengawal kencing manis, darah tinggi serta meningkatkan fungsi otak dan jantung.
12. Bila sudah capai umur 50 tahun iaitu umur bagi kebanyakan wanita capai menopaus atau putus haid waspadalah tentang makanan. Ketika itu falsafah kita ialah makan untuk sihat bukan untuk menjamu selera atau untuk puaskan nafsu. Ketandusan hormon estrogen ketika menopaus boleh beri kesan negatif kepada kesihatan.
Banyak mengambil sayuran, bijiran dan kekacang saperti soya yang mengadungi phytoestrogen dan boleh dijadikan gantian. Jika mengalami gejala-gejala teruk akibat menopaus sebaiknya makan pil hormon estrogen sebagai gantian.
13. Stress yang tidak terkawal dan berlanjutan adalah punca bagi 1001 jenis penyakit. Sukar untuk kita lari dari pelbagai jenis tekanan fizikal, mental dan rohani kerana ia boleh timbul dimana-mana saja. Tetapi kita boleh tangkis, atasi dan mengurus stress supaya ia tidak menimbulkan penyakit.
14. Kaedah utama mengawal stress ialah mengamalkan ibadah mengikut jadual dan arahan Allah – solat fardu dan sunat, baca quran, zikir dan selawat, puasa dan sedekah. Quran adalah satu mukjizat dan rahmat terbesar dari Allah dan didalamnya terdapat syifa iaitu penyembuh bagi segala penyakit. Baca quran setiap hari.
15. Senyum selalu, ucap salam kepada sesiapa kita bertemu, bersalaman mesra dan berkenalan, kawal marah, jangan menyakiti dan menghina orang lain, terima teguran, rasa tawaduk dan rendah diri. Terima segala jenis musibah dan ujian Allah sebagai ‘ qada’ dan kadar Allah ‘
16. Senaman juga satu kaedah kurangkan stress. Pilih saja apa jenis senaman sesuai dengan gaya hidup kita selama 30 minit asalkan berpeluh – berjalan kaki, jogging, tunggang basikal, pergi gim, treadmill, taichi, silat atau yoga.
senaman hasilkan banyak khasiat kesihatan, menfaat dan kebaikan bagi kehidupan sesorang; bantu kawal penyakit diabetes, darah tinggi dan serangan jantung dan angin ahmar.
17. Lakukan ‘deep breathing exercise’ di mana-mana saja, sambil duduk atau berdiri; di pejabat atau dirumah ; di pejabat khusus setelah berjam-jam buat kerja atau pandang komputer. Duduk di kerusi, pusingkan menghadap ke belakang atau ke sudut.
Sedut nafas melalui hidung sedalam-dalam dan hembuskan keluar perlahan-lahan melalui mulut sambil baca subhanallah dan lafaz istighfar. Ulang beberapa kali selama 5 – 7 minit.
Kaedah ini boleh meningkatkan bekalan oksigen sambil mengurangkan karbon dioksida dari otak menjadikan kita lebih segar dan lebih tenang.
18. Amalkan memeriksa buah dada sendiri waktu mandi untuk mengesan ketulan khususnya kanser payudara. Untuk periksa payudara kanan, angkat ke atas tangan kanan dan guna tangan kiri untuk periksa.
Ulang sebelah kiri. Juga rasa dan periksa celah ketiak untuk kesan ketulan. Picit puting jika ada keluaran lendir atau darah. Jika ada symptom-simptom tersebut terus jumpa doktor.
19. Buat ujian ‘pap smear’ khususnya wanita yang pernah melahirkan anak, yang mengalami lelehan keputihan , perdarahan selepas persetubuhan dan perdarahan lepas menopaus.
Ulang ujian setiap tahun. Ini bertujuan mengesan kanser pangkal rahim. Malah lebih baik dikesan sebelum jadi kanser.
20. Pantau berat badan. Sebaiknya jangan biarkan melebihi 60 kg. Memang mudah naik berat tetapi untuk menurunkan berat badan sangat sukar. Kawal makan khususnya gula dan karbohidrat. Lakukan senaman setiap hari.
21. Jadikan tabiat berjumpa doktor jika ada sesuatu kelainan dalam edaran haid . Buat scan peranakan khususnya jika anda mengalami senggugut, perdarahan banyak, berpanjangan dan tak tentu masa atau merasai benjolan atau tumbuhan pada perut.
22. Amalkan makan multivitamins (saperti obimin atau lain), fish oil, kalsium dan vitamin C terus menerus sehingga akhir hayat. Jangan berhenti selepas bersalin. Jadikan ia satu tabiat dan amalan harian.
Makanan harian kita tidak dapat menampung keperluan vitamin untuk tujuan baik pulih tisu dan organ penting dalam tubuh badan. Keperluan vitamin dan logan meningkat selepas bersalin, penyusuan bayi dan lepas bedan. Wanita juga kehilangan logam iron ketika haid.
23. Makanan tambahan yang mengandungi pelbagai unsur saperti antioxidants, fiber, kolegen, peptides dan amino asid banyak dijual di pasaran. Saya sendiri mengambil extra virgin olive oil, grape seeds(mengandungi resveraterol untuk jantung dan otak), royal jelly dan honey dan habbatus sauda.
24. Jangan tanya saya ‘Apa pantang selepas bedah atau lepas bersalin”. Tanya saya ‘Apa yang baik dimakan waktu pemulihan?’ Pertanyaan kedua lebih wajar dan positif serta proaktif.
Semoga Allah berkati hidup kita dengan keteguhan iman, kesihatan badan dan murah rezeki yang halal. Serta kejayaan dan kebahagian hidup didunia dan akhirat. Aamin.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bagi yang mengikuti laman sosial Misi Rakyat, sebelum tular misi kutipan untuk Baby Nail sebanyak RM 9 juta, sebenarnya faundermisi sebelum ini telahpun membantu ramai lagi yang memerlukan.
Cuma apabila membuka kutipan untuk Baby Nail, angka RM 9 juta itu seakan agak mustahil lebih-lebih lagi ianya dibuka sewaktu Ramadan lalu dan angkanya sangat tinggi.
Ada juga yang mempertikaikan, kenapa rawatan terlalu tinggi dan sejauh manakah keberkesanan ubat RM9 Juta itu untuk Baby Nail, namun Foundermisi tidak pernah berputus asa.
Tampak seakan mustahil, siapa sangka jumlah yang mencecah hampir 8 angka itu berjaya dikutip hasil kerjasama rakyat Malaysia dalam tempoh yang singkat sahaja.
Perkongsian yang dibuat oleh TikTok @foundermisi ini berjaya membuatkan orang ramai sebak melihat keprihatinan rakyat Malaysia serta gembira apabila dana yang dikumpul berjaya dicapai.
Di sebalik usaha keras dalam mengumpul dana sebanyak RM9 juta, @akakfounder selaku isteri kepada lelaki yang berusaha keras ini tampil mendedahkan rutin harian suaminya dalam usaha membantu Baby Naail.
Menerusi perkongsian, difahamkan suaminya hanya tidur sekitar 3 jam sahaja sehari. Masa selebihnya digunakan di hadapan komputer dalam usaha untuk menjayakan misi ini.
Malah, suaminya turut pernah meluahkan rasa penat berusaha namun mengakui mempunyai tanggungjawab yang besar.
Beliau akui sebagai isteri, beliau sendiri agak terkejut apabila jumlah besar sebanyak RM9 juta berjaya dikumpul hasil usaha orang ramai menerusi tabung yang dibuka oleh suaminya itu.
Dimaklumkan Yayasan Misi Rakyat sudah berjaya didaftarkan secara rasmi di mana yayasan ini bakal menjadi platform untuk program crowdfund seterusnya dalam membantu lebih ramai individu yang memerlukan.
Menariknya, meskipun dibenarkan untuk mengambil 30% bagi menanggung kos operasi, pengasas Yayasan Misi Rakyat ini memaklumkan beliau memilih untuk menanggung kos operasi oleh beliau sendiri tanpa melibatkan duit sumbangan.
Beliau memilih untuk mewujudkan sistem yang jelas dan transparent dalam memudahkan orang ramai memantau sekaligus mengelakkan daripada penyelewengan. Tahniah diucapkan buat pengasas Yayasan Misi Rakyat dan juga orang ramai yang berusaha keras menjayakan misi ini.
Semoga usaha ini dalam membantu rakyat secara tidak langsung dapat menyatukan rakyat Malaysia.
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...