Hiburan

“Semoga Beroleh Kesembuhan” Nora Dimasukkan Ke ICU Akibat Sesak Nafas!

Share

Penyanyi terkenal, Datuk Nora Ariffin, dilaporkan sedang dirawat di ICU sebuah hospital swasta di Kajang kerana sesak nafas kelmarin.

Perkhabaran itu dimaklumkan oleh suaminya, Dr Rushdi Ramli kepada penyanyi, Datuk Aishah yang kemudian memuat naiknya di Instagram.

“Nora masuk ICU Hospital KPJ Kajang kerana sesak nafas. Mohon doa ikhlas daripada semua,” tulisnya ringkas.

Aishah yang memuat naik hantaran itu di Instagram memohon doa agar Nora yang dianggap seperti adiknya diberikan kesembuhan segera.

“Allahuakbar! Adikku Nora Ariffin. Mari kita panjatkan doa, semoga memperoleh kesembuhan,” tulisnya.

Instagram Nora juga ditanda (tag) sahabatnya yang lain, yang turut mendoakan kesejahteraan kesihatannya.

Difahamkan Nora dimasukkan ke hospital berkenaan beberapa hari lalu akibat demam panas dan mengalami sesak nafas kira-kira jam 4 pagi kelmarin.

Menarik: Tahniah Azmi Saat Timang Bayi Perempuan, Luah Rasa Syukur Anak Isteri Sihat!

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

IKLAN