Setelah 2 tahun tidak boleh balik jumpa orang tersayang, akhirnya mereka yang terkandas di Singapura dapat kembali ke tanah air sendiri bermula tengah malam tadi. Pelbagai ragam dan detik indah berjaya dirakam lensa kamera yang menjadi viral di media sosial.

Senyum indah, tumpahnya air mata kegembiraan dan pelukan erat antara dua insan yang terpisah sekian lama sudah cukup menggambarkan betapa mereka ini begitu meraikan kelonggaran yang diberi.

Menerusi perkongsian ringkas Bernama, pasangan ini teruja dapat pulang ke tanah air selepas pembukaan Tambak Johor yang pernah disifatkan sebagai laluan darat tersibuk di dunia tepat jam 12 tengah malam tadi.

Paling teruja, pasangan ini membuka lagu raya berjudul ‘Balik Kampung’ untuk memeriahkan suasana mengadap kesesakan jalan raya untuk masuk ke Malaysia.

“Pasangan suami isteri memasang lagu ‘Balik Kampung’ di dalam kereta sementara meredah kesesakan memasuki Tambak Johor,” tulis Bernama ringkas.

Difahamkan, suasana di sekitar bandaraya Johor Bharu turut meriah, dengan orang ramai berkumpul bagi menunggu ketibaan ahli keluarga mereka dari Singapura dan ada juga yang hadir untuk merasai detik bersejarah.

IKLAN

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong menerusi kenyataan bersama memaklumkan, kedua-dua negara bersetuju untuk membuka sepenuhnya sempadan darat bagi pengembara yang telah lengkap vaksinasi mulai 1 April, selaras dengan fasa peralihan ke endemik.

Malaysia dan Singapura juga akan membenarkan pengembara yang telah lengkap vaksinasi, untuk merentas sempadan darat tanpa perlu menjalani kuarantin atau melaksanakan ujian COVID-19, termasuk ujian prapelepasan dan semasa ketibaan.

Menjengah ke laman Twitter, rata-rata berkongsi momen terindah setelah 2 tahun tidak boleh pulang ke tanah air.

Sempadan Darat Malaysia-Singapura Dibuka Jadi Tumpuan Orang Ramai. Siap Ada Nyanyi Lagu ‘Balik Kampung’! Sempadan Darat Malaysia-Singapura Dibuka Jadi Tumpuan Orang Ramai. Siap Ada Nyanyi Lagu ‘Balik Kampung’!

IKLAN

Sumber : Twitter Bernama

Agak-agak, menu apa yang best eh kat Jollibee? Haa meh tengok Zira Review!

Mama tak marah anak, boleh ke? Kalau tak marah macam mana nak dengar kata? Jom ikuti perkongsian ini!

IKLAN

Nak tahu cara mudah uruskan kewangan keluarga? Semak sini!

Yang mana adik adik ada masalah mata, jangan takut bagitau ibu ayah ye, macam BK squad ni!

Tayang bahagia di social media, realiti ke fantasi? Nak tahu, jom tengok!

Jom sertai E-Keluargagader https://toko.ideaktiv.com/product/jom-masak-menu-iftar-kegemaran-keluarga/

Sempadan Darat Malaysia-Singapura Dibuka Jadi Tumpuan Orang Ramai. Siap Ada Nyanyi Lagu ‘Balik Kampung’!

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI