Semangat mendengar laungan Merdeka! Merdeka! Merdeka! Hari ini rakyat Malaysia untuk menyambut Hari Kebangsaan ke-65 di Dataran Merdeka.
Pastinya ribuan rakyat Malaysia teruja melihat perbarisan pada sambutan Hari Kebangsaan 2022 dengan tema ‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama’.
Apa yang menarik perhatian ramai adalah kehadiran Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat tiba menghadiri sambutan Hari Kebangsaan 2022 di Dataran Merdeka.
Dalam pada itu, wargamaya meluahkan rasa terhibur melihat Permaisuri Agong yang kelihatan bersahaja dan sporting malah turut memberi simbol mini ‘love’ ketika kehadiran di Dataran Merdeka.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Di Sebalik Populariti Kerjaya Sebagai “Mr. Pilot”.
Ads
Meninjau di ruangan komen teruja melihat Permaisuri Agong. Antara komen adalah seperti berikut.
“Suka tengok reaksi Permaisuri dan Agong. Mereka sangat bersemangat melambai kepada setiap kontijen yang lalu. Siap bagi mini
“Agung dan Permaisuri nampak bersemangat dan sentiasa ceria…Agung siap goyang2 kepala masa lagu Malaysia Baru…Permaisuri mcm biasalah…sentiasa senyum ..tak jemu2 membalas lambaian sambil mengambil gambar Kontinjen2 yg lalu.”
“Sempoi je permaisuri kita ni bagi mini.”
“comel je permaisuri Agung. Excited betul time persatuan jurumasak lalu.”
Ads
“erhibur wpn d depan tv, menonton gelagat Permaisuri Agong yg comel”
Perkahwinan adalah untuk sepanjang hayat, dan bukan untuk masa yang pendek. Kerana itu, sebagai suami isteri, kena ada sikap hormat menghormati dan mengharagai satu sama lain.
Namun, ada antara suami yang memandang enteng hal ini. Sehingga ada yang tidak mempedulikan langsung hal kebajikan isteri. Biarpun mungkin tidak menunjukkan secara-terang-terangan, namun pasti si isteri berkecil hati dan juga memendam perasaan.
Isteri adalah seorang insan yang patut dihargai oleh setiap suami. Walaupun mungkin mereka cuma seorang surirumah, tetapi besar pengorbanannya terhadap keluarga.
Isteri adalah seorang wanita yang patut disayangi, kerana perasaannya yang lembut dan sensitif. Saudara Firdaus Shakirin ada berkongsi pandangan mengenai hal ini.
Pernah tak isteri berhenti dari buat tugas-tugasnya?
Dia kena marah pun dia tetap masak…Dia merajuk pun dia masak…Dia tak sihat pun dia masak…Bergaduh dgn kita pun, dia tetap buat keje-keje umah…Dia balik kampung pun, dia mesej, telefon kita :
“Abang dah bangun?”, “Abang dah sampai tempat kerja?”, ” Abang dah lunch?”, ” Abang dah otw balik kerja?” , “Abang dah sampai umah?”, ” Abang dah makan malam?” Sampailah dia tanya, “Abang dah tido?”…
Berjauhan pun, dia tanya satu-satu…masih risaukan kita…jadi p la apa pun,duduk jauh macam mana pun dia tetap jalankan tugas-tugas dia sebagai seorang isteri…ambik tahu kebajikan kita, jaga suami…
Jahat mana pun suaminya itu, dia tetap buat tugas2 seorang isteri…dan kita yang jadi suami ni, ada tak tugas-tugas kita yang kita tak tunaikan terhadapnya? Ada kan…banyak sebenarnya tuan-tuan…
Balik kerja, ada tak kita tanya, ” Mcm mana hari ni, ayang ok?”…Ada tak mesej dia, ” Ayang dah makan? Ayang sihat tak hari ni…?” Jarang kan kita nk buat ni? itu hari biasa…kalau hari bergaduh, kalau tarik muka, lagi la tak buat langsung…
Tapi isteri tak pernah pun berhenti dari memikirkan tentang suaminya…even time tidur pun, bila terjaga, dia selimutkan suami dia…perbetulkan kedudukan tidur suaminya…pastikan suaminya itu selesa…
24 jam, 7 hari seminggu, 365 hari setahun, untuk SUAMI…dan kita pulak asyik memikirkan tentang perempuan lain? tentang kekurangan isteri? cari kelemahan isteri? Tak guna betul kita ni tuan-tuan…Hargailah isteri tuan-tuan tu…hidup dia, selain untuk Allah, adalah untuk SUAMINYA…jangan abaikan isteri, peluk cium, sayang isteri yang kita ada tu…
Hadiah dari Allah untuk kita…
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Caption yang lucu! Siapa yang tak kenal dengan pelakon, deejay dan pelawak, Sharifah Shahirah atau Shiera yang sering menghiburkan dengan gelagat bersahajanya.
Terbaru, menerusi muat naik video di Instgram miliknya dia berkongsi ucapan hari pertama menghantar anaknya ke tadika.
Percakapannya yang sempoi itu membuatkan peminat terhibur dengan mengatakan dirinya yang sudah tua masih menghantar anak ke tadika sedangkan ibu yang lain masih kelihatan muda.
Ehhh mak yang paling tua kat sekolah..mak ko boleh jadi pengetua. Ada lagi anak sekolah tadika.
Pastu awal January dah masuk. Ni Kita baru antar. For the first time dey Dey sekolah.
Dia tak pernah sekolah langsung. Mak dia terlupa.. Sibuk ig review. Pakai beg pun beli susu percuma beg.
Susu ibu salah satu makanan berkhasiat dan seimbang yang Allah berikan kepada wanita untuk disusukan kepada bayinya.
Melalui susuan ibu ada banyak kelebihan yang dapat dinikmati oleh ibu dan bayi. Antaranya ia dapat mengeratkan pertalian di antara ibu dan anak yang menyusu.
Walaupun ibu yang menyusukan anak namun peranan membesarkan anak tetap dipertanggungjawabkan pada dua orang iaitu ibu dan ayah.
Jika ibu bertanggungjawab memberikan makanan awal terbaik (susu ibu) kepada anak, ayah pula kena menjaga kebajikan ibu yang menyusu dengan menyediakan makanan yang cukup dan pakaian yang selesa.
Menurut Ts Siti Fatahiyah Mahamood, Pensyarah Kanan di Akademi Pengajian Islam Kontemporari, UiTM Shah Alam mengingatkan beberapa perkara yang boleh ataupun tidak boleh dilakukan oleh ibu menyusu mengikut pandangan Islam ketika dijemput sebagai salah seorang speaker webinar penyusuan Ya, Aku Mampu Susukan Anak.
Katanya ketika menyusukan anak, peluklah anak dalam pelukan yang selesa sebab anak akan rasa selesa dan selamat.
“Ibu menyusu kena peluk dengan penuh kasih sayang dan keikhlasan. Bila menyusu, pandang anak dalam pelukan penuh keikhlasan dan kasih sayang.
Jadi bila susu dengan ikhlas dan kasih sayang maka akan membentuk hubungan yang erat, makanan yang berkhasiat dan anak akan melalui pembesaran yang baik.
Tidak dinafikan bila menyusukan anak kadangkala ibu tak sihat atau ada masalah-masalah lain macam mengalami bengkak susu dan sebagainya tapi bila ada dua faktor iaitu ikhlas dan kasih sayang, macam mana pun dia sakit dan tak sihat dia akan menyusu anak dengan penuh kasih sayang dan ikhlas.”
Kata Ts Siti Fatahiyah lagi, ia sebagai salah satu tanda kekuasan Allah SWT. Ibu menyusu ini antara yang terpilih untuk menunjukkan kekuasaan Allah SWT melalui proses menyusukan anak.
Sebaiknya semasa menyusukan anak, ibu amalkan berzikir dan berdoa. Semoga dengan doa dan zikir ia menjadi asbab anak-anak membesar menjadi anak soleh dan solehah.
Ini kerana fasa menyusu adalah proses awal pendidikan anak. Jika boleh ibu tak perlu pasang muzik yang tiada manfaatnya.
Beliau turut berpesan agar ibu menyusu tidak melakukan perkara-perkara yang boleh memberi kesan kepada pembentukan akhlak anak semasa menyusukan mereka.
1. Jangan menyusu anak ketika dalam keadaan tertekan atau dalam keadaan sangat marah. Sebab menyusu anak berlaku bila selamat melahirkan anak. Dalam tempoh berpantang, emosi ibu ada pelbagai perubahan disebabkan pertukaran hormon dan sebagainya. Bila dalam pantang ibu kena kawal iman dan emosi supaya tak terbawa-bawa dalam emosi tak menentu. Jadi pastikan tak berada dalam keadaan tertekan atau emosi tak terkawal.
2. Menyusu juga satu proses pendidikan awal anak melalui penyusuan. Jadi ibu kena jaga akhlak dan aurat. Maksudnya tengah menyusu anak janganlah buat perkara yang menjatuhkan akhlak seperti bergaduh dengan suami, bergaduh dengan anak yang lain dan orang-orang sekeliling.
3. Ibu menyusu juga kena jaga aurat. Ibu perlu prihatin kepada keadaan menyusu. Ibu kena lihat persekitaran untuk memastikan auratnya terjaga. Sekarang sudah ada bilik khas untuk ibu menyusu di kebanyakan pusat membeli-belah. Ini bermaksud dunia juga mengiktiraf penyusuan susu ibu.
Ibu menyusu biasanya tahu bila masa anak dia kena menyusu, jadi bila nak keluar rumah atas urusan dan bila tiba masa menyusu anak, pastikan dah cari siap-siap tempat sesuai untuk menyusukan anak.
Susukan anak dengan penuh beradab dan penuh sifat malu dan keadaan menutup aurat dalam erti kata sebenar. Walaupun ibu sudah menutup aurat dengan memakai tudung ia bukan alasan untuk ibu menyusukan anak di mana-mana.
Sebaiknya cari tempat yang khusus untuk ibu menyusu bagi mengelakkan fitnah. Menyusukan anak di dalam kereta boleh tapi pastikan aurat ibu sentiasa terjaga.
4. Jangan asyik nak berselfie semasa menyusu anak. Ya, betul perbuatan menyusukan anak itu sangat bagus tapi janganlah tunjuk perkara yang boleh membawa kepada fitnah.
5. Trend sekarang juga ibu suka berkongsi gambar stok susu yang telah diperah. Walaupun alasannya berkongsi sebagai inspirasi di platform media sosial peribadi tetapi ia tetap mendedahkan aurat dan maruah sebagai wanita muslim.
Ts Siti Fatahiyah turut berkongsi sabda Nabi saw tentang kepentingan wanita muslim menjaga sifat malu kerana malu itu menjadi perhiasan kepada wanita solehah.
“Malu itu tidak datang kecuali dengan kebaikan dan kalau tidak merasa malu maka lakukan sahajalah apa yang kamu inginkan”
Maksudnya malu itu datang dengan kebaikan. Sebagai wanita solehah malu itu perlu dijaga. Kalau semua kita tak jaga takut-takut jadi fitnah
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kemenangan Foziya Abdullahi sebagai Miss World Somalia 2026 bukan sekadar menambah satu lagi nama baharu dalam dunia ratu cantik antarabangsa, sebaliknya membawa bersama naratif...