“Semua Rezeki Bukan Untuk Diri Kita Sebagai Suami & Ayah Tapi Keluarga.” Aaron Aziz Titip Pesanan Buat Aliff Aziz Undang Sebak!

Share

Aliff Aziz  muncul juara Gegar Vaganza musim ke-8 sekaligus menepati ramalan oleh peminat program berkenaan.

Biarpun mendapat tentangan sengit dari peserta Vikki Palikat Dan Suki, namun kekuatan vokal dan persembahan mantap suami kesayangan Bella Astillah tidak mampu dipertikai lagi.

Ucapan tahniah membanjri ruangan media sosial milik Aliff Aziz, penyanyi dari Singapura ini. Selain peminat, rakan selebriti turut berbuat demikian. Antaranya termasuklah Dato Aaron Aziz yang memuatnaik ucapan Yang cukup bermakna buat penyanyi Sayang ini.

“Tahniah Adik. Abg am proud of you. I know you can do something great and accomplish something not only for yourself but utk Isteri dan anak anak jugak. Ingat pesanan Abg dalam DM conversation kita.

“Don’t look back just forward baru lah kita boleh ke hadapan. Semua rezeki Bukan utk diri kita sebagai Suami dan Ayah Tapi utk keluarga.

Sambil menyatakan rasa kagum, pelakon filem KL Gangster ini turut menitipkan Doa semoga Aliff terus bersikap humble menjauhkan diri dari orang yang bersifat toksik.

“Alhamdulillah ALLAH naik kan you Dan memberkati mu dgn this great comeback. Stay humble always and stay away from toxic people. Congrats once again @iamaliffaziz.

Turut berkongsi kegembiraan dan ucapan tahniah pastinya peminat setia Aliff. Rata-rata melahirkan rasa syukur dan berharap Aliff terus berusaha gigih lagi untuk berjaya tanpa melupakan isteri dan keluarga.

zanaasyg Dia berubah, Allah bagi rezeki… 👏
synf_85 Rezeki allah bg bila berubah ke jlnNya
roh_anie71 Well said aaron..please keep on guide him as your brother in Islam..he is such a great person..thanks to Allah.Alhamdulillahi taala.
deeda_gee MasyAllah well said @aarondwiaziz. I’ve always admire you and yr beloved wife family to be out there. Hoping you will look after all the adik2 from Singapore which I’m very sure you have and will. Congratulations @iamaliffaziz . Heed big brother advised. May Allah SAW blessed both of you
ezanmarzuki9 Alhamdulillah..tahniah buat @iamaliffaziz ..rezeki xpenah salah alamat#syukur😍😍😍
nunimazlan Thniah thniah…dia berubah..Allah bgi rezeki…once again congrats @iamaliffaziz
Sumber: aarondwiaziz

 

 

 

 

IKLAN