Tika ini filem Mat Kilau meniti di bibir masyarakat, bahkan pelakon Fattah Amin antara yang menerima tempias baik peminat seni mahupun pengkritik filem.
Pelbagai respond diperoleh baik yang memuji tak kurang yang mengkritik. Namun, dalam perkongsian ini berbeza sentuhan.
Siapa tak kenal dengan Fattah, pelakon ‘kayu’ yang dikritik suatu ketika dahulu, namun kini pujian mencurah-curah usai membawa watak Awang menerusi filem Mat Kilau ini.
Saudara Da’i Wan berkongsi pandangan, bukan filem atau jalan cerita yang disentuh, sebaliknya penghargaan serta peranan seorang isteri yang berdiri teguh di sebelah suami sehinggakan kini menampakkan ‘belang’.
Assalammu’alaikum
Mungkin orang semua, sedang berduyun-duyun ke panggung wayang akibat dari viralnya cerita Mat Kilau hasil arahan Syamsul Yusuf yang kita sedia maklum tentang bakatnya mengarah dan mengadaptasi satu-satu filem itu diluar kotak pemikiran dan menjangkau banyak langkah kedepan utk mengejar pengarah2 hebat diluar negara.
Ramai orang telah berikan review terhadap filem ini.
Tapi kali saya tampil memberi review diluar tekaan kalian.
Ya, tentang pasangan ini.
Saya tahu, saudara Fattah Amin dulu banyak kali dikecam kerana lakonan dia. Tapi satu benda yang saya selalu nampak dan nak buat sharing pada kalian hari ini.
Ads
Tentang kehadiran seorang ‘Isteri’.
Sekiranya posisi kalian sekarang adalah seorang isteri, ketahuilah. Betapa pentingnya peranan kalian dalam mengubah seorang suami itu juga. TIdak semestinya dgn didikan dan bebelan sahaja.
Tapi ramai yang terlupa, khususnya isteri hari ini.
Cuba duduk, dan muhasabah.
Bila kali terakhir kamu puji suami kamu? Bila kali terakhir kamu senantiasa menjadi penyokong dia walaupun dia banyak kekurangan?
Jangan jadi seorang perempuan yang sering minta dipuji ‘Cantik’, tapi kamu tak pernah sebut suami kamu ‘Handsome’ di depan dia. Jangan jadi seorang isteri yang tahu bercerita tentang penat kamu. Tapi kamu tak pernah pun beri ruang utk suami menceritakan ‘Penat’ dia.
Ads
Jangan hanya memikiran tentang ‘Perasaan’ dan ‘Hati’ kamu tapi kamu terlupa tentang suami yang juga punya perasaan dan hati sama. Jangan bercerita tentang dirimu shj.
Hidup berdua adalah hidup utk berkongsi bersama. Ia bkn tentang dirimu shj, duhai seorg perempuan. Hiduplah dgn hati dan perasaan seorang suami juga.
Walauapapun orang kata diluar sana, yg kamu dgr tntng dia, ingatlah dia tetap suami kamu. Hadirlah menjadi isteri yg matang seperti Ibunya Imam as-Syafie yg bijak, cerdik, namun tetap menghormati keputusan suaminya yg mengikut jalan agama.
Sebenarnya, senang nak tahu keikhlasan kamu bersama suami itu. Bila orang berkata tentang kelemahan dia, kamu menyetujui dan kamu minta suami kamu ubah, atau kamu sanggah kenyataan itu dgn kebaikan dia, dan dibelakang tabir, kamu tetap percaya pd dia, dan dia adalah yg terbaik dlm version dia skrg, dgn ujian itu, dia akn melonjak jauh lebih baik. Itu menunjukkan kamu seorg isteri yg telah terbuka hatinya utk hidup berdua dgn dia, dan InsyaAllah akan saling menyokong sesama sampai mati.
Isteri begitu adalah persis Fazura. Saya perasan Pn Fazura, telah pun meletakkan kepercayaan itu pd suami dia, walaupun dia lagi sibuk sebagai seorang usahawan dan selebriti tanah air, tapi dia tetap percaya suami dia istimewa, risaukan keadaan suami dia, dan suami dia dapat buktikan yg ‘He can do it’.
Tahukah kalian, bagi para suami.
Ads
Cukuplah itu menjadi pendorong kami utk menjadi pemimpin yang terbaik. Pujian yg tulus itu memang akn dapat dirasai buat isteri yg suka memberi dan mengenang keadaan suami dia. Ada isteri diluar sana hanya bercerita tentang dia, pentingkan diri dia, dan apa lagi ’Untuk’ dia. Sdgkan sudah hidup berdua dan memiliki pasangan yg bernama suami.
Betulkan ia, perbaiki ia, kita banyak dgr tentang pujian kpd seorang isteri. Tapi kita terlupa ‘Pujian’ kepada seorang suami.
Lihat, kata2 Mrs Fattah Amin. Isn’t that beautiful? What an encouragement for her husband.
Yang benar, seorang hamba Ilahi yg suka berkongsi tentang kehidupan apa yg dia nampak- Da’i Wan.
Bawa anak-anak bermandi manda di pantai menjelang cuti sekolah ini memang menyeronokkan tapi sudahnya kulit pasti terkena sunburn. Hasilnya kulit jadi gelap dan tidak sekata. Pedih usah cakaplah.
Apa yang anda perlu tahu, sunburn terjadi apabila kulit terdedah kepada cahaya matahari atau sinaran lain seperti ultra violet (UV) yang melampau atau berlebihan, yang mana badan tidak dapat lagi membantu mengawal pigmen pelindung kulit iaitu melanin.
Cahaya matahari memancarkan cahaya dengan gelombang-gelombang tertentu terutamanya pada sekitar pukul 10 pagi hingga 5 petang yang membahayakan iaitu sinaran ultraviolet (UV).
Gelombang ini seterusnya akan memberikan kesan yang tidak bagus untuk kulit dan membakar kulit. Keadaan yang terlampau ini boleh menyebabkan keradangan atau inflamasi kulit. Kulit yang kerap terdedah ini bukan sahaja akan menggelapkan kulit bahkan menimbulkan masalah lain seperti jeragat, pigmentasi dan kulit nampak lebih tua.
Jadi bila dah sunburn, bagaimana nak pulihkan kulit segera? Lima bahan menggunakan alam semujadi ni sebenarnya sangat membantu untuk sejukkan kulit muka yang pedih. Malah mempercepatkan sunburn ada pulih. Jom cuba!
#Daun Lidah Buaya
Ambil beberapa tangkai daun lidah buaya dan patahkan di tengahnya. Ambil lendirnya dan sapu ke kulit wajah sambil mengurut perlahan. Cuba amalkan setiap hari. Pasti akan nampak kesannya nanti.
#Mayonis
Selepas berjemur lama di bawah sinaran matahari, sapu sedikit mayonis pada kulit dan anda akan dapat rasa kesan kelegaan. Mayonis juga mengandungi cuka yang membantu mengurangkan kesan kulit terbakar akibat sinaran terik cahaya matahari. Ditambah pula mayonis yang disimpan dalam suhu sejuk apabila disapu pada kulit mampu menyejukkan kesan terbakar pada kulit.
#Tembikai
Tembikai boleh menyejukkan kulit anda yang terbakar akibat sinar matahari. Hiris nipis tembikai dan tekan selama 20 minit pada wajah yang sudah dibersihkan, lalu bilas. Tembikai mengandungi zat astrigen yang bermanfaat sebagai tonik dan mampu menyejukkan wajah yang terbakar kerana matahari.
#Masker Timun & Susu Tepung
Ambil beberapa biji timun kecil. Kisar sehingga hancur. Seterusnya campur dengan 2 sudu susu tepung. Setelah campuran ini likat, sapukan ke kulit wajah dengan rata. Jadikan seperti masker. Khasiat timun dan susu tepung dipercayai mampu menyejukkan kulit yang terbakar.
#Tomato
Cuci bersih tomato yang hendak digunakan. Kemudian dibelah dua dan gosokkan tomato ini pada wajah secara perlahan-lahan. Biarkan ia kering seketika dimuka. Selepas 10 minit, cuci wajah dengan air bersih. Tomato juga mempunyai agen penyejukkan sendiri.
6 CARA MUDAH ELAK SUNBURN
1. Menggunakan krim atau losyen yang mempunyai formula penghadang matahari sekurang-kurangnya UV25-50 untuk perlindungan yang maksimum.
2. Jika sering memandu ketika waktu panas, gunakan sarung tangan sebagai pelindung. Tangan juga perlu dilindungi kerana kulit tangan yang terdedah kepada cahaya panas akan nampak lebih berkedut dan pigmentasi akan muncul.
3. Penggunaan pakaian dari kain kapas adalah yang terbaik untuk menyerap peluh. Pakaian pula hendaklah longgar dan elakkan pakaian berwarna gelap.
Sekadar gambar hiasan.
4. Jika terlalu panas contohnya berjalan-jalan di tepi pantai, pakailah topi atau payung.
5. Bukan sekadar berfesyen, amalkan penggunaan cermin mata yang boleh menyaring cahaya UV sekaligus mencegah katarak.
6. Ambil suplemen antioksidan bagi melindungi kulit. Sinaran UV ini adalah satu bentuk radikal bebas yang mampu merosakkan kulit .
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Anak anugerah yang terindah dan dinantikan oleh setiap pasangan suami isteri. Namun ada antara pasangan yang terpaksa menanti lama untuk memperoleh si kecil ini dalam rumah tangga mereka. Hadirnya si kecil dalam hidup mereka di tatang bagai minyak yang penuh.
Namun, masih ada si ibu yang bersikap kejam yang sanggup membuang anak sendiri. Terbaru dilaporkan seorang bayi lelaki ditinggalkan dengan satu nota di hadapan sebuah rumah di Kota Belud, Sabah.
“Saya sebagai ibu gagal menjaga Yusuf. Sejak lahir, Yusuf belum minum setitik susu. Biarlah Yusuf tinggal dengan puan.”
Demikian antara kandungan nota didakwa ditinggalkan bersama seorang bayi lelaki di hadapan sebuah rumah di Kampung Pompod, dekat sini, semalam.
Kehadiran bayi dipercayai baru dilahirkan itu dikatakan disedari pemilik rumah terbabit, seorang wanita berusia 33 tahun, selepas terdengar tangisannya kira-kira jam 5.30 pagi.
Difahamkan, bayi yang hanya berbalut kain itu ditinggalkan di atas kerusi berhampiran tangga rumah wanita terbabit.
Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintendan Mohd Zaidi Abdullah, berkata pemilik rumah yang bekerja sebagai kerani itu kemudian tampil membuat laporan polis pada jam 8.57 pagi.
Beliau berkata, wanita itu datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Belud dengan membawa bayi terbabit bersama nota dipercayai ditinggalkan oleh ibu kandungnya.
“Pengadu mendakwa beliau dan ibunya terdengar tangisan bayi sebelum keluar untuk memeriksa keadaan di luar rumah. Mereka kemudian mendakwa menemui bayi terbabit dengan sekeping nota yang ditujukan kepadanya.
“Nota itu meminta wanita terbabit menjaga bayi berkenaan dan menyatakan tarikh lahirnya ialah 29 Jun 2019, namun tiada nama ibu kandung bayi disertakan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Mohd Zaidi berkata, setakat ini, bayi itu berada dalam keadaan sihat dan tiada sebarang kesan kecederaan ditemui pada tubuh badannya.
“Pengadu mendakwa tidak mengetahui mana-mana saudara terdekat atau penduduk kampung yang baru melahirkan bayi.
“Susulan itu, polis akan menghantar pengadu dan bayi berkenaan ke Hospital Kota Belud bagi menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA) untuk mengenal pasti hubungan mereka,” katanya.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan atas kesalahan membuang bayi yang boleh dikenakan hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
“Orang ramai yang ada maklumat diminta tampil ke balai polis berhampiran untuk membantu siasatan,” katanya.
Sumber: Berita Harian
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Baru dikongsikan kisah nya dimasukkan ke hospital oleh sang suami, Wawa Zainal akhirnya selamat melahirkan bayi keempatnya petang tadi.
Berita gembira itu dimuatnaik Wawa sendiri menerusi laman Instagram miliknya beserta sekeping foto bersama suami, Aeril Zafrel dan bayi mereka di atas katil hospital.
“Alhamdulillah selamat melahirkan pagi tadi. Jam 2am menahan sakit.. tak sampai hati nak kejut Aeril.. tunggu la sampai 5 pagi.. sampai2 hospital dah 9cm 😅“Lain macam sakit dia walaupun anak ke4 dah. Nama belum ada, ada cadangan ke?😆 ,” tulis pelakon berusia 30 tahun itu.Menerusi perkongsian suaminya yang juga pelakon, Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Sunari turut berkongsi foto bersama bayi berkenaan selain mengucapkan terima kasih atas doa orang ramai.