Senang Je Nak Tanam Halia. Siram 2 Hari Sekali, Lepas Seminggu Keluar Tunas. Wanita Ni Kongsikan Caranya!

Share

Tanam sendiri halia? Tak ada masalah, jom cuba kaedah yang dikongsikan oleh puan Bebiyana Tambi Khan

ini. Cukup mudah,

Halia salah satu bahan utama dalam hampir setiap masakan kita, mesti ada simpan halia yang berbaki dalam peti ais atau dalam bakul bawah dapur. 

Mesti ramai tak tahu sebenarnya nak tanam halia senang sangat sangat. Saya dah biasa buat sampai orang nak beli anak pokok halia saya.

Nak tahu cara caranya sila tengok gambar ya.

ni contoh halia yang masih ada dalam peti ais, saya pakai “glove” sebab nak cuci dia
Kemudian potong potong halia mengikut tunas yang dah tumbuh
Rendam selama 20 minit dalam bancuhan racun kulat, ini untuk mematikan fungus yang ada
Kemudian, keringkan.
Letak kedalam tanah atau medium tanaman seperti cocopeat yang basah.
Kambuskan nya. Siram sekali dalam dua hari hanya untuk kekalkan kelembapan sahaja. Tunas akan keluar sekitar seminggu selepas ditanam.
Ta daaaaa! Ini yang Kak BB dah alihkan dalam guni.
Ini selepas 6 bulan, kalau nak dapat halia muda boleh harvest dah. Untuk dapatkan halia tua tunggu 2 bulan lagi (8 bulan total)
inilah hasilnya. Yang ini dah boleh guna untuk masakan anda. Selamat mencuba. Tanam halia ye
Bancuh serbuk racun kulat dengan air mengikut sukatan yang di syorkan

Selamat mencuba

Bebiyana Tambi Khan

JOM kita tanam halia

IKLAN