Senang Rupanya Nak Buat Tauhu Telur! Tak Payah Susah Beli Dah, Buat Sendiri Je Lepas Ni

Share

Mudah je nak buat tauhu telur homemade. Pelbagai menu boleh dimasak dengan menggunakan tauhu telur ni. Boleh dimasak sup, dijadikan inti dumpling atau dimasak bersama sayur pun sedap.

Tauhu ini sangat mudah didapati di pasaraya, namun ia juga sangat mudah untuk disediakan sendiri di rumah. Malah rasanya juga lebih sedap dan dijamin bersih serta halal. Saudari Zaimah Zakaria ada berkongsikan cara-caranya di bawah, jom cuba!

Cara Buat Tauhu Telur Homemade

Bahan-bahan:

5 biji telur gred A
225 ml air soya
1/2 sudu kecil garam
Plastik aiskrim
tauhu telur homemade

Cara-cara:

1. Pecahkan telur ke dalam mangkuk. Masukkan garam.

2. Kemudian tuangkan air soya dan kacau sebati.

3. Kemudian tapiskan ke dalam mangkuk lain untuk mengasingkan buih-buihnya.

4. Masukkan ke dalam plastik aiskrim dan ikat kemas.

5. Panaskan air dalam periuk, jangan sampai mendidih.

6. Masukkan tauhu tadi, masak selama 30 minit menggunakan api perlahan.

7. Bila dah bertukar warna, tandanya dah masak. Angkat tauhu dan sejukkan.

8. Sejukkan dulu baru sedia untuk dipotong.

9. Bila hendak digoreng, tabur dan salut kepingan tauhu dengan sedikit tepung jagung.

10. Goreng dalam minyak sehingga keperangan.

11. Sedia untuk dimasak dan digunakan dalam pelbagai jenis hidangan.

Sumber: Zaimah Zakaria

IKLAN