Senyum Sampai Telinga! Nad Zainal Teruja Jumpa Semula Kereta Pertama, Guna Zaman Belajar

Share

Nak melepaskan sesuatu barang yang kita sayang itu bukan mudah, lebih-lebih lagi bila banyak memori yang tercipta bersama. Meskipun dah dijual, kenangan masih berada di minda, misalnya harta benda seperti kereta dan rumah.

Kadangkala, pernah tak terfikir untuk berjumpa semula ‘harta’ yang pernah kita jaga sepenuh hati kita itu? Ok ke tidak tuan baru yang menjaganya?

Itulah yang dihadapi oleh pelakon hebat Nad Zainal, apabila bertemu semula dengan kereta pertamanya!

Perkara ini dikongsikan oleh pemilik terkini kereta tersebut di laman Tiktok yang memaparkan beberapa individu serta Nad Zainal yang sedang berbual mesra bersama pemilik video tersebut di sebuah kawasan kilang.

“Excited dia sebab jumpa balik kereta pertama…” tulisnya di ruangan kapsyen.

Dalam perkongsian tersebut, Nad Zainal atau nama penuhnya Farah Nadia Zainal Abidin kelihatan sangat gembira apabila terjumpa semula kereta pertama yang pernah dimilikinya suatu ketika dahulu. Menurut pengguna TikTok ini, kenderaan tersebut sering digunakan oleh Nad Zainal sewaktu zaman belajarnya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga maya memberikan pelbagai reaksi dengan video berkenaan dan mengatakan mereka turut memahami perasaan teruja Nad Zainal apabila dapat berjumpa semula kereta yang dianggap penuh dengan memori. Bukan itu sahaja, ada juga dilihat memuji sikap rendah diri pelakon ini.

@bungaorkedrose Exited dia sebab jumpa balik kereta pertama dia 🥹 #fyppppppppppppppppppppppp
♬ bunyi asal – asran keyboard

Sumber : @bungaorkedrose

Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di https://toko.ideaktiv.com/product/ya-aku-mampu-susukan-anak/

 

IKLAN