Setiap yang manusia yang bernyawa pasti akan menemui ajal suatu hari nanti. Cuma kita tidak tahu pengakhiran yang bagaimana. Semua orang mahu mati dalam keaadaan yang baik namun segalanya di tangan Yang Maha Pencipta.
Namun wanita ini cukup ‘istimewa’. Arwah ibu kepada pendakwah terkenal Nusantara, Ustaz Abdul Somad meninggal dunia baru-baru ini dan berita tersebut dikongsikan oleh Ustaz Abdul Somad menerusi laman Instagramnya.
Menurut laporan portal berita seberang, Tribun News Ustaz Abdul Somad turut berkongsi detik-detik sebelum arwah ibunya menghembuskan nafas kali terakhir.
Ustaz Abdul Somad berkata, ibunya pergi mengadap Tuhan dalam keadaan yang dingininya iaitu selepas mandi, membersihkan diri, mengambil wudhuk dan menunaikan solat.
Ads
Ujar beliau lagi, seperti biasa ibunya sempat membaca Al-Quran, berzikir, mendirikan solat tahajud dan berwitir. Malah, arwah ibunya juga sempat bersahur untuk menunaikan puasa sunat hari Isnin. Sesudah itu, arwah membuka laman Youtube untuk menonton beberapa video ceramah milik Ustaz Abdul Somad.
Ads
Allahyarhamah Rohana kemudian mandi sebagai persediaan untuk menunaikan solat Subuh sebelum mengadu sakit kepala. Bagaimanapun, sesudah sahaja selesai menunaikan solat subuh, arwah ibunya jatuh pengsan dan segera dikejarkan ke hospital RS Sansani Pekanbaru.
Akhirnya, arwah yang berumur 71 tahun menghembuskan nafas terakhir di hospital. Jenazah kemudian dibawa pulang ke kampung halaman mereka di Sumatera Utara untuk dikebumikan.
Ads
Menurut Ustaz Abdul Somad, arwah sebelum ini mengharapkan dirinya tidak menanggung kesakitan terlalu lama selain mahu ‘pergi’ dalam keadaan bersih dan selepas menunaikan solat.
Sejak pandemik, sekolah melakukan pembelajaran secara tidak bersemuka. Walaupun agak kekok pada mulanya sesi pembelajaran ini, namun sejak setahun lebih mengunakan pendekatan ini, ramai yang sudah menerima norma baharu ini.
Biarpun tidak ke sekolah, anak-anak tetap mengikuti pembelajaran di rumah. Apa yang menarik dengan perkongsian puan Syarifah Norini bt Syed Ali adalah mengenai surat rasmi yang dibuat oleh anaknya mengenai aduan bilik yang berhabuk.
Biarpun isi kandungan surat berkenaan agak lucu, secara tersiratnya guru yang mengajar anaknya telah berjaya melatih anaknya memahami format surat rasmi.
“Memang betul sebarang aduan akan dilayan jika bersurat..tapi kalau gini nak buat surat maklumbalas ke acaner ni,” luahnya menerusi perkongsian di facebook di sebuah group.
Menerusi perbualan dengan Majalah Keluarga Online, Puan Syarifah memaklumkan bahawa anaknya Darwisyah bt Anuar Kamarudin yang merupakan murid darjah empat telah menulis surat kepadanya apabila biliknya berhabuk.
Tak sangka dapat surat aduan
“Bukan home work tapi surat ni dia tulis kepada saya kerana komplain bulu kucing banyak dibiliknya,” jelas ibu kepada tiga rang anak ini.
“Sebelum ni memang dia asyik merungut dia tak larat nak lap hari-hari ada habuk dan bulu ningking. Tak sangka pulak dia buat surat.”
“Darwisyah memang tak tahan habuk tapi disebabkan rumah kami ada seekor kucing dan bulunya merata-rata dia tak larat nak lap.
“Sebab tu lah dia minta saya dapatkan pembantu rumah. Saya nak tergelak dia buat surat komplain tu. Saya pun kongsikan di facebook,” jelas wanita ini yang juga merupakan seorang guru sains sukan di sebuah sekolah menengah di Perak.
Tambahnya lagi, anak bongsunya ini merupakan seorang yang mempunyai cerewet mengenai persekitaran rumah dan diri.
“Dia paling banyak cakap dirumah ni dan banyak komplain. Semua dia nak komplain, meja senget,baju kecik dan kasut tak cantik. Ikut suka dia je,” jelasnya mengenai keletah anaknya itu.
Puji guru BM
Dalam pada itu, puan Syarifah memuji cara gurunya anaknya mengajar sehingga tahu menulis format surat rasmi.
“Suka saya tengok surat tu. Terharu saya hasil pdpr anak saya mampu menulis surat sehebat itu pada usia 10 tahun.
“Hasil gurunya mengajar. Anak saya pandai buat surat rasmi..tahniah pada cikgunya!
Ada peraturan tambahan dah
Ekoran telah menerima surat aduan berkenaan, Puan Syarifah memberitahu bahawa telah menetapkan beberapa peraturan tambahan di rumahnya.
“Saya hanya buat peraturan tambahan iaitu setipa hari pada waktu pagi kita mesti bersihkan bilik masing-masing dari habuk.antaranya lap meja study dan mop lantai.
Biasanya saya dan anak-anak gotong royong bersihkan dalam dan luar rumah secara besar-besaran hari jumaat pagi.”
Berkesan cikgu BM ajar
Netizen siap bagi jawapan untuk surat rasmi aduan berkenaan. Bikin lucu!
Sumber: Cikgu Sherry
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Berkongsi resipi sambal bilis yang dimasak bersama jering, benar-benar membuatkan warganet ada yang terliur untuk mencuba rasa. Nampak begitu menyelerakan dan bolehlah dicuba untuk dijadikan menu istimewa yang ringkas untuk menu keluarga seperti yang dikongsikan oleh Aisyah Humairah.
Biasa buat Sambal bilis petai kali ni zie buat sambal bilis jering sedap makan dengan nasi panas-panas. Pek kemas dalam bekas kaca dan tutup rapat, tahan hampir sebulan simpan dalam peti cara #dapurpolis jom tengok resepi
Bahan kisar untuk ibu sambal:
(Pastikan kisar separuh hancur je jangan sampai lumat)
20 biji bawang merah
4 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
3 inci halia
3 inci lengkuas
15 biji cili padi hijau
15 biji cili padi merah (jika tak suka pedas boleh kurangkan)
10 biji lada hijau besar
10 biji lada merah besar
Bahan berikutnya:
Minyak masak @sajimalaysiaofficial secukupnya
Bilis mengikut banyak yang nak
Petai atau jering secukupnya
Cara-cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dengan api sedang atau kecil hingga pecah minyak. Pastikan minyak lebih dari bahan kisar dengan ini akan buat sambal tahan lebih lama. Proses menumis agak makan masa hampir satu jam sebab zie guna api kecil. Sesekali kacau untuk elak dari hangus
Sambal dah pecah minyak ambil separuh sambal simpan dalam bekas bersih dah sejuk baru tutup dan Simpan dalam peti. Boleh guna bila-bila masa untuk masak apa-apa jenis lauk (sambal sotong, nasi goreng, ayam goreng sambal, ikan berlada dan lain-lain)
Sambal yang berbaki dalam kuali boleh gaul bersama bilis yang telah digoreng separuh masak dan gaul juga bersama jering atau petai jika suka. Perasakan garam, gula, aji jika perlu kacau sebati. Kalau nak berkuah boleh masukkan sedikit air reneh hingga sebati. siap.
Hati ibu mana yang tidak pilu apabila anak yang tersayang mengalami komplikasi usus sehingga perlu mendapat rawatan di hospital.
Tanpa sangka, makanan yang dikatakan punca anaknya mengalami masalah kesihatan itu. Moga kisah ini menjadi pengajaran buat semua.
Selanjut ikuti kisah ini. Moga jadi ikhtibar.
Akibat terlalu banyak processed food Posting ni panjang sikit, tapi penting untuk ibu-ibu baca dan ambil tahu.
Simptom atau tanda Anak saya Zaim, sejak bulan Disember 2015 mengalami sakit perut yang agak kronik, yang macam diarhea, menyebabkan dia asyik ke toilet setiap kali lepas makan, dan tergolek2 kejang perut dan pedih di belah kanan.
Saya rasa kami ni setiap 2 minggu akan ke klinik untuk minta ubat. Bila teruk sangat, saya bawak ke ER Tropicana Hospital, dan doctor pun buatlah test MRI dan sebagainya. Suspek utama, appendicitis, so buatlah surgery buang appendiks,
walaupun masa doctor tunjukkan appendix yang kena buang tu nampak kosong je, macam takda apa2. Takpa laa, dia doktor, mesti dia pandai. Dah anak saya takda appendix. Tapi tak habis kat situ, sekali sekala dia masih jugak sakit begitu, walapupun saya dah masak dirumah.
Baru2 ini, dalam bulan Ogos, anak bujang saya mengalami sakit perut yang macam diarrhea, yang mengakibatkan dia perlu ke tandas setiap 5 min, dan duduk dalam tu sampai setengah jam atau 45 min. Paling teruk ialah sampai 20 kali sehari, sampai saya tak jumpa muka dia sangat sebab asyik duduk dalam toilet.
Masa tu baru lepas birthday dia yang ke 14 tahun. Masa ni dia ok, macam biasa. Hari Sabtu tu, waktu kami singgah di Petronas, dia dan neneknya turun beli Milo dalam kotak dan kek coklat kecil brand Gardenia. Diorang makan je la macam biasa, walaupun maknya ni membebel sebab kurang gemar dia makan benda2 macam tu.
Malam tu dia sakit perut teruk. Esok bawak pi klinik, doktor just bagi ubat diarhea dan tahan sakit tapi takda effect. So saya google sakit apa yang berkaitan dengan usus dan apa pakar yang patut saya bawak dia.
Hari Selasa saya bawak dia jumpa pakar Gastroenteritis, iaitu pakar usus dan gastritis. Immediately doctor schedule kan scope untuk dia, melalui mulut dan belah bawah pada keeseokan harinya.
Doktor juga suggest buat blood test to rule out sebarang jangkitan kuman atau bakteria. Getting ready for the scope procedure Gambaran dalam usus kecil dia
Saya ni dah risau, sebab takutkan penyakit IBS seperti Crohn’s Disease atau Colitis, sejenis penyakit autoimmune system, yang tiada ubatnya.
Apa penyakitnya? Semasa scope ini yang kita jumpa. Ini gambar dalam usus kecil dia. Sepatutnya dinding usus kecil ni licin dan bersih macam belah atas, tapi usus kecil Zaim ni ada banyak dinding sel yang bengkak, dan ada yang dah agak teruk sampai warna gelap. Gambar ni dah dibesarkan beribu kali.
Inilah yang dipanggil Irritable Bowel Syndrom (IBS), yang sangat menyakitkan bagi yang terkena. Dan sebenarnya ramai yang kena tapi tak tau apa jenis penyakitnya. Baru2 ini ada rakan yang suaminya ada simptom yang sama, doktor suruh potong bahagian usus yang terkena. Aduh sakitnya.
Saya yang masuk sekali tengok proses scope ni, Allah saja yang tahu hati saya. Sedih dan rasa bersalah yang amat sangat.
Sedih sebab dia terpaksa go thru procedure yang menyakitkan ini, walaupun doktor biuskan dia, tapi kesian saya tengok dia.
Rasa bersalah sebab, mungkinkah saya sebagai Ibu telah gagal menjalankan tanggungjawab menjaga pemakanan anak sendiri.
Selesai procedure, kami pulang. Doktor beri 3 jenis antibiotik yang kuat dosagenya, dan pesan supaya saya elakkan beri Zaim makan, dairy produk, segala jenis daging, teh, kopi, dan semua minuman yang tinggi gula dan berproses, semua jenis makanan pedas, dan makanan ringan. Semua tak boleh.
Menyesal tidak sediakan makanan yang sihat untuk anak
Malam tu saya menangis sedih seusai solat dan saya minta maaf pada Zaim kerana tidak betul2 menjaga makan minumnya. Saya insaf sangat, dan berazam untuk menggali lebih banyak ilmu tentang pemakanan yang betul.
Tindakan seterusnya Balik tu, selepas tenangkan diri, saya google lagi tentang kemungkinan penyakit yang berkenaan usus, Dan saya hubungi rakan saya, seorang pakar pemakanan.
Katanya, bertenang. Sekarang apa yang penting kita kena turunkan bengkak pada ususnya. You google apa jenis Anti Radang (Anti Inflamatory) food yang boleh you beri pada dia.
So saya google dan tengok apa yang ada dalam dapur saya. Yang paling cepat dapat ialah kunyit.
Saya bancuh air kunyit letak brown sugar sikit dan suruh dia minum. Budak baik ni terus minum walaupun ada sikit hokhek. Esoknya suruh dia makan kunyit hidup yang dihiris2 jadii ulam dengan nasi.
Saya juga pergi cari Turmeric Pill kat farmasi untuk dia. Saya beli juga buah Blueberries yang masyaAllah lah masamnya untuk dia makan.
Saya buat catatan kekerapan dia ke tandas semasa makan makanan ni. Alhamdulillah, 3 hari kemudian, dari 20 kali sehari ke tandas, turun ke 3-4 kali sehari.
Bengkak dalam ususnya dah kurang.
Saya juga masak masakan jenis air, semuanya saya letak kunyit..hahaha..kesian orang lain yang takda kena mengena. Saya buat ikan masak singgang, sayur bayam masak air, letak kunyit, ikan saya gorengkan saja, no sambal belacan whatsoever.
3 minggu dia tak ke sekolah. Sebab makanan disekolah tak sesuai dengan perut sensitif dia dan ditakuti cikgu tak percaya kalau dia kerap ke tandas nanti. Kami tulis surat minta cuti sampai dia betul2 sihat.
Oh ya, antibiotik tadi saya langsung tak bagi, hanya sekali, tu pun Zaim keluarkan balik dalam toilet lepas makan.
Anak semakin pulih
Result Minggu depannya kami dapat result blood test dan scope Zaim. Syukur alhamdulilah, tiada autoimmune system disease whatsoever. No kuman no bakteria. doktor suspek too much processed food.
Too much fastfood, pizza la apa la, too much spicy food, him being anak orang Negeri Sembilan, too much of the junkfood like roti2 dan sponge cake petronas yang high in processed sugar dan gluten dan food additives dan coloring, too much dairy food yang high in additives dan processed drinks. Dia ni suka sangat minum air Ice Lemon Tea dalam botol, Milo dan sebagainya.
Dilarang taknak dengar. Bila maknya takda, dipujuk ayahnya belikan. Hasil blood test menunjukkan uric acid dia agak tinggi dan perlu dikawal, untuk mengelakkan gout. So daging dan semua yang berkaitan perlu dikurangkan, banyak.
Saya dulu terlampau sibuk di tempat kerja. Balik lambat, bila dah lambat, masa bila nak memasak. So memang makan luar selalu. Conclusion nya
Sekarang, semua benda tak boleh beli. Makan saja apa yang saya masak. Roti pun makan hanya yang saya buat.
Sekarang dia dah kembali sihat sepenuhnya, tapi corak pemakanan dan jenis makanan kami sekeluarga berubah 360 darjah.
So, I’m making it my life mission now to educate myself, and mothers out there tentang pentingnya kita ambil tahu apa yang kita beri anak2 kita makan, begitu juga ahli keluarga lain.
Saya akan sharekan apa yang saya tahu tentang gluten, processed sugars dan sebagainya, insyaallah.
Jadikan cerita saya iktibar, semoga anak2 kita sihat2 selalu, berkat ibunya mengambil berat.