Tiada bumi yang tidak ditimpa hujan, tiada lautan tidak bergelora dan tiada manusia tidak ditimpa penyakit. Begitulah resam kehidupan yang bukan sahaja dikurniakan keseronokan, kebahagiaan malah sakit juga perlu diterima dengan hati yang reda.

Menerusi perkongsian Ashraf Muslim berkenaan status kesihatannya kini setelah pernah diuji sebagai pesakit Covid-19, pelakot ini terus reda dengan kesakitan yang ditanggung akibat kesan daripada virus tersebut.

Menurutnya, dia mengalami kecederaan ‘acromioclavicular joint injury shoulder and elbow’ dan perlu mendapat rawatan selanjutnya.

“Ini semuanya kesan covid. Tapi AM redha jerlah. Hari ini kena buat treatment bahu ni sebab ada masalah acromioclavicular joint injury shoulder and elbow. Sebelum ini kena scapula.. lepas baik scapula kena pula ac joint shoulder”

“Ini Semua Kesan Covid-19, Saya Reda”. Ashraf Muslim Kongsi Kesakitan Demi Kesakitan Yang Dialami Kini!

IKLAN

“Dr Rahmani kata ada pernah kena injured ataupun hentakkan tak sebelum ini sehingga sakit waktu itu. AM jawablah takde sebab sakitnya datang tiba-tiba sahaja masa kena covid waktu kuarantin. Dia kata ada dua sebab benda ini terjadi,  pertama hentakan yang kuat atau pun disebabkan virus, kesannya otot kawasan itu mengecut.”

“Tapi AC joint itu sebagai secondary effects sahaja.. Masalah utama ialah post viral infection muscle wasting (otot kecut selepas jangkitan virus) menyebabkan sendi jadi lapse”

“Ini Semua Kesan Covid-19, Saya Reda”. Ashraf Muslim Kongsi Kesakitan Demi Kesakitan Yang Dialami Kini!

IKLAN

Menurut hantaran di Instagram, Ashraf turut berkata bahawa Covid-19 memberi kesan pada tubuh badannya meskipun telah pulih dan bebas daripada virus berkenaan.

“Jadi memang jelas kena covid sebab virus ini masuk dalam darah dan benda ini buat kerjalah. Yang AM perasan, memang AM sorang yang sportsmen banyak sangat sukan involve rugby, hoki, basketball dan injured tu biasalah.. tapi bila dah tua ni, mungkin ada bahagian dekat tubuh badan kita pernah injured jadi virus ini senang buat kerja dekat area tu. Takpelah kita redha dengan apa yang Allah berikan ini sebab Allah nak kita ingat pada DIA selalu.”

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ashraf Muslim (@ashrafmuslim)

Terdahulu Ashraf menjadi individu kesembilan yang disahkan mendapat jangkitan wabak Covid-19 selepas pulang daripada menjalani penggambaran drama berjudul Demi di Inverness, Scotland pada 31 Mac tahun lalu.

Sumber : @ashrafmuslim 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI