Andai ibu-ibu ada yang bercucuk tanam dijadikan hobi untuk mengisi masa lapang, alangkah beruntungnya.
Bukan sahaja dapat mengutip hasil bila tiba waktunya, malah dengan bercucuk tanam juga boleh dijadikan aktiviti bermanfaat untuk dilakukan bersama ahli keluarga.
Menyedari hal itu, dengan hobi nan satu ini juga belanja dapur dapat juga dijimatkan bila mana hasilnya boleh dituai.
Pun begitu, sebelum hasilnya boleh dinikmati sering juga terjadi beberapa serangan penyakit pada pokok yang kita tanam.
Atasi masalah itu, kita boleh hasilkan sendiri racun organik yang lebih selamat digunakan dan dalam masa yang sama berkesan.
Nak tahu apa bahan-bahan yang diperlukan untuk hasilkannya, jom semak perkongsian bermanfaat ini.
Kawalan Serangga Organik
Bahan:
Ads
(A)
Daun serai wangi – drp. 4 batang serai
Bawang putih – 5 ulas
Minyak masak – 2 sudu makan
Air – 1L
(B)
Cuka – 10ml
Garam – 1 sudu teh
(C)
Sabun pencuci pinggan cecair – 1 sudu teh/500ml air
Cara-cara:
Ads
1. Kisar semua bahan (A) kemudian tapis guna kain (tapisan halus)
2. Masak sehingga mendidih dan masukkan bahan (B). Renihkan sehingga agak berminyak (keluar minyak drp. daun serai wangi)
3. Sejukkan sebelum guna.
4. Sebelum guna, masukkan bahan (C) dgn sukatan 1 sudu teh/500ml air.
Ads
ps:
Sukatan ini boleh digunakan 2 kali (boleh dibahagi 2). Tambah air utk penggunaan sukatan 500ml.
Ketika kecil dia sering diejek sumbing, senget dan sengau. Semuanya kerana dia dilahirkan sebegitu. Hasnoradiah Abu Hassan yang mengalami masalah lelangit rekah dan mulut sumbing.
Tidak mahu nasib yang sama dialami oleh pesakit lelangit rekah dan mulut sumbing membuatkan wanita berusia 55 tahun ini menghasilkan sebuah buku bagi memberi kesedaran kepada masyarakat berkaitan masalah kecacatan muka tersebut.
“Segelintir masyarakat tahu perkara yang dipanggil cleft lip and palate ini (lelangit rekah dan mulut sumbing). Tetapi mungkin tidak ada sebarang kesedaran terhadapnya.
“Niat saya bercerita mengenai kisah hidup dalam buku yang dihasilkan ini adalah untuk memberi inspirasi kepada mereka yang mengalami masalah yang sama seperti saya. Saya mahu masyarakat peka terhadap masalah sumbing mulut ini, ” terangnya yang mesra disapa dengan panggilan Nora.
Pembedahan pertama usia 3 bulan
Bagi memastikan mulut dan hidungnya seperti sekarang, Nora perlu melakukan hampir 10 pembedahan.
“Seawal usia tiga bulan saya telah melakukan pembedahan pertama. Bagi kanak-kanak yang dilahirkan dalam keadaan sebegini, bukan satu pembedahan sahaja sudah cukup. Masih banyak lagi proses pembedahan yang perlu dilakukan. Tidak mudah untuk membetulkan hidung dan mulut saya.
“Bila dilahirkan dengan lelangit rekah, ia memberi kesan pada muka. Hidung dan mulut saya tidak dilahirkan sempurna. Ia memberi kesan pada percakapan kerana lelangit pecah. Jadi sebelum pembedahan berlaku apabila bercakap, suara saya akan nyata sengau,” kata Nora tentang dirinya.
Sejak kecil diejek
Dilahirkan sebegini rupa, banyak perkara telah mengusik jiwanya. Sejak kecil dia sering diejek.
“Saya merana dalaman. Saya memang telah menjangkakan perkara sebegitu akan berlaku pada diri saya. Sering diejek dan dibuli ketika saya sekolah rendah sehinggalah saya berumur 17 tahun. Di sekolah, mereka akan panggil nama-nama tidak elok pada saya. Sumbing, senget dan sengau. Itulah nama saya yang mereka panggil. Diejek juga telah menyebabkan saya hilang keyakinan dalam diri.
“Ketika umur 30-an, saya berhenti melakukan pembedahan. Saya langsung tidak bercerita tentang masalah sumbing saya ini kerana terlalu malu. Kenapa saya malu?Sebab masa kecil kita telah diejek dengan pelbagai nama. Saya tiada keyakinan diri.
“Pada mulanya saya sendiri tidak boleh terima keadaan ini pada diri saya. Saya tertanya-tanya kenapa diri saya dilahirkan begini. Hanya beberapa tahun yang lepas barulah saya terima kenyataan bahawa inilah Allah hendak beri pada saya. Saya terima dengan hati yang terbuka.
“Setelah saya menerima keadaan diri ini, barulah saya terfikir, apa yang saya boleh lakukan? Saya mula berfikir-fikir untuk bercerita dan menulis buku tentang diri saya. Salah satu sebab sya ingin menulis buku kerana merasakan dalam masyarakat Malaysia ini tidak ada orang yang bercerita mengenai struggle dan accept mereka yang dilahirkan dengan kecacatan muka ini,” ujarnya lagi dan hasil peratusan jualan buku bertajuk Born To Smile itu akan disumbangkan kepada Persatuan Klef Bibir dan Lelangit Malaysia (CLAPAM) serta Kiwanis Malaysia.
Mahu beri inspirasi
Bersandarkan kepada pengalaman hidup sebagai pesakit lelangit rekah dan mulut sumbing, mantan Presiden Kelab Kiwanis Ampang Jaya, Selangor ini mahu memberi inspirasi kepada kanak-kanak yang dilahirkan dengan masalah yang sama.
“Saya tahu bagaimana keadaan mereka apabila diejek. Saya tahu sebab saya merasa. Insya Allah dengan keizinan Allah, saya harap cerita saya akan memberi semangat kepada kanak-kanak yang dilahirkan begini dan kepada kanak-kanak yang ada perasaan rendah diri.
“Banyak orang dalam dunia ini ada perasaan rendah diri. Saya hendak beritahu bahawa kita tidak perlu rasa rendah diri kerana kita ada cara-cara untuk overcome perasaan rendah diri itu. Perasaan rendah diri itu adalah masalah utama untuk kita pergi ke hadapan.
“Jadi sekarang ini saya tidak mahu bersembunyi lagi. Saya tidak mahu menyorok di belakang kejadian saya dilahirkan begini. Tetapi saya mahu menggunakan kisah saya untuk memberi inspirasi,” kataya dengan penuh semangat.
Beban bahu ringan
Setelah tidak menyorok mengenai keadaan dirinya, Nora merasakan seperti beban di bahunya telah ringan.
“Mungkin apabila saya berjumpa dengan orang mereka lihat wajah saya setelah disolek. Apabila solekan dibuang mereka akan nampak wajah asal saya. Apa perasaan mereka setelah melihat wajah asal saya?
“Saya juga mahu orang suka saya sebab apa ada dalam hati bukannya sebab apa yang saya tunjukkan di luar. Saya sedar masyarakat sekarang ini akan lihat luaran. Jika kita cantik, apa yang boleh kita berikan kepada mereka? Apa status dan kedudukan kita? Saya tidak mahu ada perasaan sebegitu lagi.
“Kalau ada orang nak kata kenapa muka saya begini. Saya tidak mahu ada tanda tanya. Jika kamu suka pada saya, ini adalah saya. Saya tidak malu untuk menyatakan sekarang bahawa saya dilahirkan begini.
“Tetapi saya mahu menggunakan cerita saya sebagai satu harapan dan inspirasi kepada kanak-kanak yang dilahirkan begini. Kadang-kadang kita tidak tahu mengapa Allah berikan cabaran. Tetapi setiap cabaran ada hikmah di sebaliknya. Ini cabaran saya,” ujar nenek kepada seorang cucu ini mengakhiri perbualan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Daun kari, limau purut, dan daun-daunan herba lain antara daun wajib ada untuk menaikkan lagi aroma dalam satu-satu masakan. Kekurangan bahan penambah ini buat kita terpaksa bertukar resipi di saat akhir. Walaupun sebagai bahan sampingan, namun tanpa daun-daunan ini masakan jadi tidak sempurna.
Nak simpan daun-daunan ini lama, busuk pula jadiknya. Jika anda ikut langkah yang dikongsikan wanita ini, masalah daun busuk atau daun kering pasti mampu diselamatkan. Bagaimana?
Perkongsian wanita ini di blog tellingstory11.blogspot.my boleh kita cuba. Katanya, teknik yang digunakannya ini buat daun herbanya bertahan sampai 3 bulan. Malah masih segar. Hebat kan? Jadi jomlah kita cuba.
“Bila dah lama kat KL, balik kampung tengok daun-daun yang segar depan mata, jadi jakun. Kalau di kampung takde masalah nak dapat daun-daun ni semua. Tanam belakang rumah je. Tapi beza kan kalau kat bandar. Sebab tu saya sangat menghargai daun pandan, daun kari, daun limau purut yang saya ambil ni.
Tapi kalau dah ambil dalam kuantiti yang banyak ni, macamana nak simpan supaya tahan lama? Kalau masak pun cuma guna dua tiga helai je kan. Meh sini saya nak kongsi cara saya simpan daun-daun ni semua.
Daun limau purut ni saya saya lalukan air diatasnya. Bagi daun ni segar sikit setelah terperap selama beberapa jam di dalam plastik.
Lepas tu simpan dalam plastik zip lock.
Simpan dalam peti ais kat tempat sejuk beku. Bila nak guna dalam masakan, keluarkan dan rendam sekejap dalam air paip. Takdelah daun-daun ni keras melengkung dalam gulai.
Ini selepas 3 bulan saya simpan di dalam freezer. Kandungan daun dalam plastik pun dah agak berkurangan setelah digunakan di dalam pelbagai jenis masakan.
Masih hijau dan nampak fresh kan daun pandan dan daun limau purut tu. Daun pandan tu saya terpaksa potong ikut saiz plastik zip lock.
Daun kari nampak agak berubah warna. Tapi baunya masih ada dan sikit pun tak hapak. Dalam masakan paling penting bau daun kari tu kan, bukan rupa parasnya yang menjadi ukuran.
Selain daripada tu, daun kunyit, lengkuas, daun kesum dan limau nipis pun saya pernah frozen kan. Dalam 3-4 bulan insyaAllah dapat bertahan. Kalau letak dalam peti ais yang tak beku tu, dah tentu layu dan kering.
Tapi daun ketumbar dan daun saderi saya tak rekemen untuk di sejuk beku kan, sebab bila keluarkan dari freezer, daunnya akan hancur dan batangnya pulak berair.
Ada orang melihat ruang makan keluarga bukan sekadar perlu ada meja dan kerusi makan semata-mata untuk terlihat sempurna.
Namun menjadikan ruang makan sebagai ruang tumpuan utama untuk membentuk sahsiah dan disiplin ahli keluarganya.
Ini sebagaimana perkongsian pengalaman dari doktor ini. Jom baca dan semoga bermanfaat.
MEJA MAKAN
Ni meja makan di rumah saya. Anda lihat susun atur atas meja tu. Pinggan plastik dan cawan plastik itu anak saya yang berumur 2 tahun yang susun.
Dulu, Ibubapa saya latih kami adik-beradik beberapa perkara.
[1] Bila tiba masa makan, tak kiralah kami lapar atau tidak, dah makan atau belum, kami kena berkumpul di meja makan di dapur. Pada hari minggu, minum petang dan makan malam adalah waktu wajib berkumpul. Pada hujung minggu, semua waktu makan adalah waktu wajib berkumpul.
[2] Masa makan, adalah masa beri laporan harian. Belajar apa di sekolah, makan apa di sekolah, tonton kartun apa petang tadi, keputusan peperiksaan, dan sebagainya. Masa itu jugalah nak sampaikan pesan apa-apa. Cikgu suruh bawa kertas warna, tarikh mesyuarat PIBG, dan lain-lain.
[3] Apa sahaja yang dihidangkan, kami kena makan. Tak ada istilah, kalau lauk tu saya tak suka, saya akan dapat lauk gantian (contoh:telur goreng). Jangan berangan. Kalau kami keluar makan pula, kami selalunya akan order makan hidang, jarang ala-carte. Jika order ala carte, kami order makanan lain-lain, tapi pasti kami kongsi supaya semua orang dapat rasa.
Nampak macam ibubapa saya rigid, tapi sebenarnya ada banyak kebaikan dalam amalan yang mereka budayakan ini.
[0] Adik beradik saya, semuanya jadi doktor(seorang masih pelajar perubatan).
[1] Jimat masa dan tenaga. Semua orang makan serentak, jadi perlu makanan hidang sekali dan cuci pinggn mangkuk juga sekali harung.
Di samping itu, waktu makan juga jadi teratur. Ini baik untuk kesihatan tubuh badan.
[2] Ada masa bersosial yang tetap. Aktiviti dan peristiwa harian dilaporkan kepada ibubapa setiap hari. Kerana laporan-laporan ini, ibubapa saya kenal hampir semua kawan-kawan saya dan adik-adik saya. Kami juga sentiasa sepakat dalam membuat keputusan.
[3] Adik-beradik saya tiada yang cerewet bab makan. Kami makan semua aneka lauk-pauk, kuih-muih, buah-buahan, sayur-sayuran, asalkan halal. Ketika anak saya berumur 6 bulan, ibubapa saya dah ajar anak saya rasa(bukan makan) makanan harian yang kami makan. Hasilnya, kini anak saya tak cerewet sangat bab makan. Peria pun dia makan.
Selain itu,
[4] Anak saya membesar lihat atok nenek dia, pakcik makcik dia, ibubapa dia makan pakai tangan dan pakai sudu garfu, jadi pada umur dia 1 tahun, dia dah mula belajar gunakan peralatan. Kawalan motor halus mula dilatih pada usia itu.
Umur dia 2 tahun, dia dah pandai pegang pensel dengan cara yang betul(macam orang dewasa pegang). Saya tak ajar bagaimana nak pegang, saya cuma perlihat macam mana saya pegang pensel.
[5] Pada umur 2 tahun setengah, anak saya dah tahu meja makan adalah tempat untuk berkumpul. Dia tahu bagaimana nak susun atur pinggan dan cawan di atas meja. Setiap hari, jam 10 pm, bila saya balik dari pada kerja. Anak saya akan teman aku makan malam. Tak kiralah dia dah makan ke belum, dia akan makan bersama, atau teman saya makan.
[6] Saya ada pembantu rumah. Selepas makan, pembantu rumah akan kemas meja. Jadi, selepas makan, anak saya akan ambil tisu dan lap meja. Kalau makan di luar pun, selepas makan, dia nak lap meja. Dia lap tak bersih pun. Yang penting dia faham konsepnya.
Pada saya, dalam setiap rumah, meja makan adalah pusat pentadbirannya. Di situlah, rezeki dinikmati. Disitulah diskusi dan perbincangan di lakukan. Disitu jugalah, budaya, disiplin dan sahsiah dibentuk.
Oleh itu, pastikan meja makan di rumah anda sentiasa kemas, bersih dan teratur. Semoga kita semua sukses!
Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Aktivis Meja Makan
Nota: Jika tiada meja makan, gantikan dengan tikar. Sama sahaja mujarabnya.
Sheikh Muszaphar berkongsi cabaran membesarkan anak kembar Adam dan Noah yang mempunyai perkembangan berbeza sehingga berjaya meraih kejayaan dalam pertandingan matematik.