Serba Moden Dan Futuristik,, Universiti Teknologi Sarawak, Baru Di Rasmi Tarik Perhatian Ramai!

Share

Bidang pendidikan semakin berkembang untuk para pelajar meneroka ilmu pengetahuan.

Jadi tidak mustahil, banyak universiti ditubuhkan bagi merealisasikan matlamat tersebut.

Universiti Teknologi Sarawak merupakan Universiti terbaru di Malaysia.

Nak tahu lanjut, ikuti perkongsian saudara Sir Kamarul.

Senibina bangunan yang moden dan futuristik, seolah-olah kita berada di Australia!

Universiti Teknologi Sarawak di Sibu secara rasmi dilancarkan mulai hari ini 10 November 2021.

Cantik gila!!!

Hak milik penuh kerajaan negeri Sarawak, Universiti Teknologi Sarawak kini menawarkan 100% biasiswa dalam pengajian Asasi.

Kos pengajian ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri Sarawak.

Pelajar pengajian asasi kini berpeluang melanjutkan pelajaran di sini!

Bagi pelajar ijazah sarjana muda (degree) dan ijazah sarjana (master), diskaun 50% yuran pengajian kini ditawarkan untuk semua kursus.

Ini bermaksud separuh kos pengajian kini ditanggung kerajaan negeri Sarawak!!

Ayuh!!! Jangan lepaskan peluang!!!

UTS adalah universiti pertama di Malaysia yang mencapai Green Building Index (GBI) Platinum.

Reka bentuk bangunan ini mempunyai tempat takungan air hujan yang berperanan melancarkan pengaliran air hujan.

Bagaikan air terjun di Airport Changi di Singapura!

Kemudahan dan fasiliti belajar terbaik dan berkelas dunia disediakan.

Memang selesa untuk semua pelajar.

Cuba layari laman web mereka untuk ketahui lebih lanjut.

Memang padu beb!

Sumber: Sir Kamarul

IKLAN